Personaliti Melalui Tulisan Tangan


Bolehkah kita mengenali personaliti menerusi analisis tulisan tangan?

Jawapan ringkasnya: TIDAK.

(1) Kalau sekadar suka-suka nak buat analisis tulisan tangan, itu hak anda untuk berhibur. Cumanya, kalau aktiviti suka-suka tu melibatkan perbelanjaan yang banyak, ia jadi perbuatan membazir. Ia tak mendatangkan faedah berbanding alat ujian personaliti yang sudah ada himpunan bukti kesahan dan kebolehpercayaan.

(2) Dua kajian yang dilaporkan dalam satu artikel jurnal mendapati tiada korelasi yang meyakinkan antara penilaian grafologis dengan skor ujian personaliti. Huraian personaliti yang dibuat oleh grafologis tidak sama dengan apa yang didapati daripada ujian menggunakan Big Five Questionnaire. Big Five kata extraversion tinggi, tapi grafologis kata rendah. Kajian juga mendapati dua orang grafologist yang membuat analisis secara berasingan tidak menghasilkan huraian personaliti yang sama. Si A cakap lain, si B cakap lain. Ibarat menimbang berat badan mengguna dua penimbang yang berbeza. Yang satu kata 80kg, yang ratu lagi kata 60kg. Jadi, bolehkah kita percaya hasil analisis ini?

(3) Kalau nak guna analisis tulisan tangan untuk membuat keputusan berkaitan pemilihan pekerjaan, eloklah ditinggalkan amalan itu. Ada banyak bukti yang menunjukkan analisis tulisan tangan tak mampu nak meramal prestasi atau pencapaian kerja. Hasil tinjauan kajian-kajian yang telah dilaporkan, Driver, Buckley dan Frink (1996) menyimpulkan bahawa “graphology should not be used in a selection context”.  Kesimpulan ini bukan berdasarkan SATU kajian sahaja ya. Ada banyak kajian yang telah diteliti keputusannya. Secara keseluruhannya, grafologi tidak wajar dipakai.

(4) Central Intelligence Agency (CIA) di USA juga berminat dengan tajuk ini. Mereka mahu tahu sejauhmana tulisan tangan dapat diguna untuk memahami personaliti dan tingkah laku seseorang. Kalau boleh pakai, seronoklah CIA. Makin senang nak buat kerja-kerja perisikan. Dalam perpustakaan CIA, ada dijumpa satu laporan (dahulunya SECRET) yang telah dikelaskan sebagai bukan rahsia. Penulis laporan itu membuat kesimpulan bahawa "At the present time I do not consider the evidence for graphology as an assessment technique sufficiently impressive to include it in assessments.."

(5) Saya sendiri pernah meminta pelajar melakukan ujian tulisan tangan sebagai eksperimen dalam kursus di universiti. Hasilnya: peserta kajian tak boleh nak bezakan tulisan tangan perempuan dan lelaki. Kadar ‘tekaan’ yang betul tidaklah begitu memberangsangkan. Macam teka lambungan duit siling je. Kalau jantina penulis pun tidak dapat dikenalpasti dengan tepat, apatah lagi personalitinya.

Kesimpulan daripada jawapan panjang ini ialah: amalan grafologi untuk mengenali (apatahlagi meramal) personaliti adalah satu pseudopsikologi yang wajar ditinggalkan.

Gunakanlah kaedah-kaedah yang lebih sahih.

Rujukan tambahan

https://pdfs.semanticscholar.org/.../3afd31c55f87c2b1871a...

Driver, R. W., Ronald Buckley, M., & Frink, D. D. (1996). Should we write off graphology? International Journal of Selection and Assessment.

Rujukan tambahan

https://pdfs.semanticscholar.org/.../3afd31c55f87c2b1871a...

Driver, R. W., Ronald Buckley, M., & Frink, D. D. (1996). Should we write off graphology? International Journal of Selection and Assessment.


https://www.cia.gov/library/center-for-the-study-of-intelligence/kent-csi/vol3no3/html/v03i3a04p_0001.htm?fbclid=IwAR0un1UR3_5Mdks-BVDqIY1rFVNyXpqXe3Y0hx-tW6Xp1dLO8JEJE6wvfUY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pakalang.blogspot.com/2020/05/personaliti-melalui-tulisan-tangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belum 10 Menit Di Tangan Dana Blt Ditarik Lagi Aparat Desa

Belum 10 Menit Di Tangan Dana Blt Ditarik Lagi Aparat Desa

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 157 hits
Bagaimana rasanya jika bantuan langsung tunai Covid 19 yang sudah diserahkan kemudian diambil kembali oleh pemerintah desa Kejadian yang bikin keki itu benar benar dialami Tunce Djawalu warga Desa Saripi Kecamatan Paguyaman Kabupaten Boalem...
Kenaikan Bil Elektrik Perikatan Nasional Jangan Cuci Tangan

Kenaikan Bil Elektrik Perikatan Nasional Jangan Cuci Tangan

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 232 hits
Saya ingin merujuk kepada rungutan dan tidak puas hati rakyat terhadap kenaikan bil elektrik Tenaga Nasional Berhad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Perkara ini mula ditimbulkan di laman sosial sekitar 19 Mei 2020 iaitu hampir 2 minggu...
Kuasa Di Tangan Agamawan Rakyat Dapat Apa

Kuasa Di Tangan Agamawan Rakyat Dapat Apa

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 209 hits
Kredit Ust Emran Ahmad Kuasa apabila di tangan agamawan bukanlah jaminan rakyat akan mendapat manfaat Kerap berlaku dalam sejarah agama ditunggang oleh agamawan untuk mendapatkan kekuasaan Konon demi agama tetapi yang untung bukanlah agama ...
Suami Potong Tangan Istri Dengan Kapak Hanya Karena Ini

Suami Potong Tangan Istri Dengan Kapak Hanya Karena Ini

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 218 hits
Tahun 2017 adalah masa kelam bagi Margarita Suaminya memotong tangannya dengan kapak Sebelum peristiwa itu terjadi Margarita sempat melaporkan kekerasan yang dia alami ke polisi Namun laporannya tidak segera ditindaklanjuti Saat suami menga...
Adakah Sah Wuduk Pada Rambut Berminyak Tangan Berinai

Adakah Sah Wuduk Pada Rambut Berminyak Tangan Berinai

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 370 hits
Adakah sah wuduk pada rambut berminyak dan tangan yang berinai Apakah hukumnya Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Sahkah kalau orang lelaki memak...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

Terengganu Fc Umum Harga Tiket Agarbomb Performance Cup 2024

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Hada Labo Hydrating Water Gel

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director



10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Terbaru Best Di Platform Online Netflix Malaysia 2024 Mesti Tonton


Apa Itu Baraan

Attention

Apa Yang Berlaku Selepas Halving Bitcoin Bulan April Nanti Nak Beli Ke Nak Jual Btc

Dari Negeri Paling Utara Ke Negeri Paling Selatan

Always Evolving Explore The Latest Offerings At Bandarbetvip

Menang Dipuji Kalah Dicaci Begitulah Nasib Salah Di Liverpool