Persepsi Haq Dan Batil


اللهم أرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه"Ya Allah, tampakkanlah kepada kami yang benar itu sebuah kebenaran dan berikan rizki kepada kami untuk mengikutinya. Tampakkanlah kepada kami yang batil itu sebuah kebatilan dan berikan rizki kepada kami agar menjauhinya."Refleksi peribadi tentang doa ini:1. Manusia akan dihadapkan dengan pelbagai makhluk, idea, maklumat, produk dan bermaca-macam stimulus (ini bahasa psikologi). Stimulus ini akan diterima oleh sistem deria (proses sensasi) dan seterusnya disusun, diproses sehingga menghasilkan tafsiran (proses persepsi)
2. Manusia telah dianugerahkan dengan keupayaan penderiaan (dan hati untuk mempersepsi?). Penciptaan sistem deria ini selari dengan tujuan penciptaan manusia itu sendiri iaitu menghambakan diri kepada Allah swt. Oleh itu, tidak hairanlah jika kita dituntut untuk bersyukur dengan sistem deria yang kita miliki
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur"
(Al-Mulk 67:23)3. Secara fitrahnya, manusia mampu membuat pilihan yang baik dan pilihan yang buruk
"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa"(Asy-Syams 91:7&8)Dalam kata lain, manusia boleh memilih untuk bersyukur, dan boleh memilih untuk ingkar atau kufur atas nikmat yang diberi
4. Dalam doa di atas, kita digalakkan untuk memohon sensasi dan persepsi yang membawa kita kepada tingkah laku bersyukur. Bukan sahaja kita memohon kepada Allah swt untuk mendapat persepsi yang betul, kita juga memohon kekuatan menghasilkan tingkah laku yang betul berdasarkan persepsi yang betul itu
5. Dalam doa itu juga, kita secara jelas memohon untuk berupaya melihat apa-apa yang salah sebagai satu kesalahan. Kita tidak mahu dikelirukan dengan sesuatu yang kelihatan betul, tapi sebenarnya ia salah. Lebih buruk lagi, kita tidak mahu berbuat sesuatu yang salah
6. Seolah-olah tidak cukup kita meminta sesuatu yang betul; kita juga meminta terhindar dari sesuatu yang salah. Dalam konteks menuntut ilmu, kita perlu tahu ilmu yang betul, dan kena tahu juga ilmu yang salah. Sebagai contoh, ilmu frenologi ('membaca' personaliti berdasarkan permukaan kepala) sudah tidak diterima sebagai ilmu yang sah dalam psikologi. Pelajar psikologi perlu tahu tentang ilmu ini, perlu berupaya memandangnya sebagai ilmu yang batil (ini hukum jumhur ulama psikologi ya), dan perlu berusaha mengelak dari mengamalkan ilmu ini
Tidak semua yang kita dapat melalui pembelajaran, mimpi, ilham atau mana-mana punca ilmu (istilah falsafahnya ialah epistemologi - sistem ilmu) boleh diamalkan dan diraikan. Kita perlu berpegang pada alQuran dan Sunnah dalam menuntut ilmu. Ilmu kemanusiaan pula perlu diteliti secara sistematik dengan disiplin tertentu mengikut bidangnya
Dengan adanya kayu ukur dan piawaian ilmu yang jelas, maka barulah kita lebih berupaya melihat yang haq, yang batil, dan membezakan antara kedua-duanya
7. Penggunaan perkataan 'rezeki' dalam doa itu menarik pada fikiran saya. Kelihatannya, tingkah laku yang baik adalah satu bentuk rezeki juga. Buat tindakan yang baik adalah satu bentuk rezeki. Menahan diri daripada perkara yang tidak baik adalah satu bentuk rezeki juga. Kedua-duanya adalah rezeki yang patut kita syukuri
Mudah-mudahan tingkah laku kita adalah baik dan selaras dengan pemikiran yang baik

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pakalang.blogspot.com/2020/05/persepsi-haq-dan-batil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Ramai Yang Nak Menegakkan Perkara Batil

Masih Ramai Yang Nak Menegakkan Perkara Batil

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 242 hits
Nampaknya ramai yang kurang senang dengan Zul Yahya yang menyeru pekerja belakang tabir meninggalkan industri hiburan untuk mencari pekerjaan yang lebih diredai Allah Malah ada netizen melabel pelakon itu perasan bagus dan merasakan diri ah...
Kerana Tun Mahathir Kata Melayu Pemalas Kaum Lain Mempunyai Persepsi Tersebut Terhadap Orang Melayu

Kerana Tun Mahathir Kata Melayu Pemalas Kaum Lain Mempunyai Persepsi Tersebut Terhadap Orang Melayu

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 455 hits
Stereotyping Malays I have a Malay friend who is married with two young kids By day he works in the office After work he takes
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Fostering Critical Thinking In Our Children

Pantang Larang Berbincang Buat Tafsiran Sendiri Ayat Ayat Al Quran Yang Dipegang Kuat

Golden Lounge International Kuala Lumpur International Airport An Overview

Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan