Perlindungan Anti Bocor Shapee Overnite Sanitary Panties
Assalamualaikum dan hi semua, artikel kali ni khas untuk anda wanita yang teristimewa. Apabila waktu haid saya tiba, biasanya saya akan guna dua jenis sanitary pad iaitu satu digunakan pada masa aliran tinggi atau banyak. Untuk ini saya biasa gunakan yang lebih tebal, mempunyai ‘wing’ dan juga lebih lebar daripada yang biasa. Untuk hari-hari terakhir pula biasanya saya guna yang jenis nipis sahaja.
Tapi masalahnya yang saya hadapi ialah, walaupun dah guna yang jenis overnight pad pun masih lagi bocor dan paling tak best semestinya cadar atau pelapik tilam akan kotor semasa tidur terutama pada waktu malam. Jadi, saya rasa saya masih perlukan perlindungan tambahan dan saya telah mencuba Overnite Sanitary Panties daripada jenama Shapee untuk kali ini.
Overnite Sanitary Panties daripada Shapee ini saya cuba pakai masa tengah aliran haid tinggi terutamanya masa tidur malam. Bagusnya semasa bangun saya dapati ianya langsung tak bocor. Dan paling penting tak ada ‘spotting’ atau ‘period stain’ pada cadar tilam saya. Wow! Memang rasa happy sebab tak perlu bersusah payah nak basuh cadar lagi dengan kerap semasa waktu haid menjelang.
Jadi jom! Saya ceritakan serba sedikit kelebihan panties jenis ini.
Antara ciri-ciri yang ada pada Shapee Overnite Sanitary Panties ialah;
Ianya ada Dri-Comfy Technology iaitu teknologi penyerapan bau dan juga lembapan yang membuatkan anda rasa sentiasa kering dalam jangkamasa lama.3D-Shaped Comfort Fit Design, iaitu kaedah pelekap yang membantu mengekalkan kedudukannya pada bahagian pinggul anda serta bantu mencegah kebocoran pada masa aliran banyak.Soft & Breathable – Saya paling juga feature yang ini sebab rasa lembut je bila dipakai serta tidak melecet. Panty ini diperbuat daripada bahan yang lembut dan ada pengaliran udara yang bebas.Leak Proof Design - Bantu mencegah kebocoran sisi.Dan juga sangat sesuai untuk aktiviti harian semasa aliran haid biasa & tinggi atau sangat sesuai digunakan untuk ibu-ibu selepas bersalin.
Perlindungan Kebocoran Untuk Wanita Selepas Bersalin:Untuk ibu-ibu lepas bersalin yang risau rasa sakit nak pakai maternity pad biasa, anda boleh juga cuba yang jenis panty ini. Tak perlu rasa risau sebab ianya sangat senang untuk digunakan. Cuma terus sarung dan boleh dipakai tanpa seluar dalam biasa tanpa risau terkoyak.
Kekalkan Keselesaan Untuk Anda Yang Lasak:Ada juga wanita yang tergolong dalam kategori lasak dan perlu sentiasa bergerak ke sana sini tetapi risau waktu haid nih boleh menganggu pergerakan dan kebocoran hingga kotorkan pakaian. Tapi disinilah fungsi 3D bandnya membantu sanitary panty berada tetap ditempatnya dengan keadaan lembut dan tidak ketat. Jadi memang rasa selesa je bila dipakai walaupun dalam tempoh berjam-jam.
Sanitary panties ini juga berfungsi dengan cara yang sama seperti seluar dalam biasa, tetapi dengan adanya penyerapan tambahan itulah yang buatkan ianya special sikit berbanding panty biasa.
Produk ini telah memberi saya keselesaan penuh sepanjang malam. Terima kasih untuk produk dan saya cadangkan setiap wanita boleh membeli Shapee Overnite Sanitary Panties ini tanpa rasa teragak-agak dan nikmati tempoh haid dengan tenang.
Shapee Overnite Sanitary Panties
Dibungkus secara individu untuk menjamin kebersihannya
Lagi satu lepas guna tak perlu susah-susah nak tanggalkan ke bawah. Sebabnya anda boleh koyakkan je dibahagian sisinya untuk dilepaskan daripada pinggul. Senang kan? Cara-caranya ada sekali disediakan pada bahagian belakang kotak untuk anda refer seperti gambar dibawah nih.
Menyokong saiz pinggang/pinggul sehingga 40 inci
3D-Shaped Comfort Fit Design untuk keselesaan pemakai
Setiap panty juga dibungkus secara individu untuk tujuan kebersihan 3 bungkus setiap kotak.
Selain daripada Overnite Sanitary Panties ini, barang-barang lain seperti Wearable Breast Pump, Nursing Bra dan juga Disposable Nursing Pad juga boleh anda dapatkan di Shapee
Anda boleh ke instagram dan facebook Shapee atau di websitenya untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Overnite Sanitary Panties ini di:Instagram page: Shapeemy
Facebook : ShapeeMY
Website: https://bit.ly/34K33oc
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eksplorasilea.com/2021/01/perlindungan-anti-bocor-shapee-overnite-sanitary-panties.html