Perawatan Fisioterapi Untuk Trigger Finger



Perawatan Fisioterapi untuk Trigger Finger


Apakah dia Trigger Finger?
Trigger Finger adalah satu penyakit jari yang am dialami. Puncanya disebabkan oleh keradangan dan seterusnya penyempitan sarung retinacular. Ini akan menyebabkan kesakitan, bunyi “pop”, dan kehilangan pergerakan jari yang terjejas. Walaupun ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja, ia di dapati lebih kerap dalam populasi pesakit kencing manis dan wanita, biasanya dalam linkungan umur 50an dan 60an





Punca Trigger Finger
Antara punca Tigger Finger ia lah pergerakkan yang berulang kali dan kecederaan. Tekanan serta penyakit degeneratif tulang juga menyumbang kepada peningkatan insiden Trigger Finger di tangan yang dominan


Gejala Trigger Finger

Sakit di pangkal jari atau ibu jari yang terjejas, sangkut di dalam kedudukan yang bengkokBunyi ‘pop’ apabila meluruskan jari
Satu nodul (pertumbuhan yang kecil atau ketulan tisu) pada pangkal jari atau ibu jari yang terjejaskekejangan jari atau ibu jari yang terjejas, terutamanya pada waktu pagi. Lama kelamaan ia mungkin sukar untuk meluruskan jari atau ibu jari dan ia terus dalam kedudukan yang bengkok

Diagnosis
Keadaan jari yang berbunyi dan sangkut dalam posisi bengkok sudah boleh diagnosis sebagai Trigger Finger. Walau bagaimanapun, diagnosis Trigger Finger boleh disahkan oleh ahli fisioterapi atau doktor, yang akan memeriksa jari dan tangan anda dengan sempurna

Bagaimana fisioterapi boleh membantu?
Rawatan fisioterapi dapat membantu mengurangkan bengkak, melegakan kesakitan dan kekejangan dan mendapatkan semula pergerakan fungsi jari, supaya anda boleh kembali kepada tugas harian anda dengan seberapa segera yang mungkin

Rawatan Fisioterapi yang dicadangkan adalah seperti berikut :

1. Urutan


Lakukan urutan di tempat yang mempunyai bonjolan bagi memudahkan aliran darah ke bahagian tersebut, Ia akan melicinkan sendi dan memudahkan pergerakkan. Mula dengan urutan dalam arah melintang. Kemudian dalam arah membulat. Teruskan urut selama dua hingga tiga minit dan diikuti oleh senaman mobilisasi


2. Air sejuk


Haba dan terapi sejuk digunakan untuk meningkatkan relaksasi dan mengurangkan kesakitan. Adalah penting untuk menggunakan ais selepas senaman dan selepas apa-apa aktiviti yang menyebabkan ketidakselesaan.Anda boleh rendam tangan anda ke dalam air sejuk selama 10- 15 minit untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan


3. Senaman


Letakkan tangan anda di atas permukaan yang kukuh. Secara Perlahan-lahan memisahkan semua jari sehingga boleh rasa sedikit regangan. Tahan regangan tersebut selama 10 saat. Ulang 10 kali



Gunakan tangan baik untuk menarik jari yang terlibat sehingga rasa regangan di bahagian bawah jari anda. Tahan lima hingga 10 saat, Ulangi 10 kali.



Mengambil benda lembut, genggam kuat untuk 5 saat. Lepaskan dan buka jari anda seluas mungkin, dan kemudian mengulangi 10 kali. Senaman dan pergerakan yang kerap boleh membantu memanjangkan tendon flexor serta melegakan gejala Trigger finger


Letakkan getah elastik di sekeliling jari anda. Gerakkan jari anda ke luar dengan memisahkan jari anda dari ibu jari anda. Tahan 5 saat. Ulang 10 kali


Senaman regangan dan kekuatan otot perlu dilakukan secara teratur. Senaman akan memulihkan pergerakan dan mengekalkan kekuatan genggaman tangan anda yang mencukupi. Regangan jari anda juga penting bukan sahaja untuk otot anda tetapi juga untuk tendon dan ligamen di jari anda yang terjejas. Mengekalkan fleksibiliti tisu adalah penting dalam rawatan Trigger Finger

Bagaimana Trigger finger boleh dicegah? Elakkan aktiviti yang memerlukan perbuatan menggenggam yang lama, menggenggam berulang kali atau penggunaan jentera yang meggetar tangan untuk masa yang berpanjangan, komputer dan mesin jahitan

RujukanTrigger finger: etiology, evaluation, and treatment Al Hasan Makkouk Æ Matthew E. Oetgen Æ Carrie R. Swigart Æ Seth D. Dodds Curr Rev Musculoskelet Med (2008) 1:92–96Bonnici AV, Spencer JD. A survey of ‘trigger finger’ in adults.J Hand Surg [Br] 1988;13:202–3
Verdon ME. Overuse syndromes of the hand and wrist. Prim Care Clin Office Pract 1996;23:305–19http://www.ipcphysicaltherapy.com/TriggerFinger.aspx



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zulfattah.com/2020/06/perawatan-fisioterapi-untuk-trigger.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Pasien Bagikan Jumlah Tagihan Perawatan Covid 19 Sampai 70 Juta

Seorang Pasien Bagikan Jumlah Tagihan Perawatan Covid 19 Sampai 70 Juta

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 205 hits
Dirawat di rumah sakit swasta sebelum dirujuk ke Wisma Atlet seorang pasien Covid 19 membeberkan biaya yang harus ia keluarkan selama perawatan Juno melalui akun Twitternya pada Selasa membagikan pengalammnya dalam sebuah utas Ini biaya per...
Perawatan Fasilitas Umum Di Gedung Kpk

Perawatan Fasilitas Umum Di Gedung Kpk

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 100 hits
Perawatan Fasilitas Umum di Gedung KPK Perawatan tersebut dilakukan untuk menjaga kenyamanan para pengunjung setelah hampir tiga bulan tidak dibersihkan akibat pandemi Covid 19
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah

Dolar Berada Dalam Kawalan