Pengkhianatan Sang Majikan


KDN siasat dakwaan majikan ‘tip-off’ imigresen tangkap pekerja asing elak bayar gaji
IPOH – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat dakwaan kononnya ada majikan melaporkan sendiri kepada Jabatan Imigresen supaya membuat serbuan ke atas pekerja asing yang bekerja dengan mereka bagi mengelakkan pembayaran gaji.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata siasatan akan dijalankan secara terperinci mengambil kira pelbagai aspek jika benar wujud dakwaan itu bagi memastikan proses keadilan ditegakkan dalam menyelesaikan perkara berkenaan.

“Kita tidak boleh menuduh majikan sewenang-wenangnya konon mereka yang buat laporan kerana sebelum serbuan dan operasi, kita buat siasatan dan menggunakan strategi tertentu dalam memastikan majikan mengikut undang-undang.

“Begitu juga kepada pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dibayar levi tertentu. Sekiranya berlaku sesuatu, kita akan siasat dengan pekerja-pekerja termasuk jika belum dibayar gaji, siasat di mana dan dengan siapa mereka bekerja.

“Dan kita akan tuntut bagi pihak mereka. Itu semua dilakukan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak,” katanya selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun hari ini.

Beliau mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya terdapat serbuan Jabatan Imigresen terhadap pekerja asing di tapak pembinaan yang dilaporkan majikan sendiri untuk mengelakkan daripada membuat pembayaran gaji selepas projek bermula atau telah disiapkan.

Semalam, Jabatan Imigresen menahan sejumlah pendatang tanpa izin yang bekerja di tapak binaan kondominium di Setapak, Kuala Lumpur dan ada pihak termasuk netizen mendakwa serbuan itu dibuat hasil laporan majikan sendiri.

Sementara itu, Hamzah berkata sehingga kini, terdapat 40,000 permintaan daripada pemain industri untuk membawa masuk pekerja asing ke dalam sektor perladangan negara.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan belum menetapkan sebarang polisi dan memerlukan kajian mendalam untuk menilai dari sudut prosedur operasi standard (SOP) membabitkan proses vaksinasi, kuarantin, penginapan sebelum boleh menerima pekerja asing semula ke dalam industri.

“Kalau kita ingin benarkan mereka masuk, kita kena lihat dari sudut siapa yang akan bayar ujian COVID-19, kuarantin 14 hari di mana, kemudiannya apabila sudah selesai dan mereka ini bebas, adakah majikan menyediakan pusat perumahan yang mencukupi.

“Bila SOP ini semua telah diikuti, saya rasa tidak salah untuk mereka diberikan peluang, namun buat masa ini, polisi itu belum lagi dibenarkan,” katanya.

Difahamkan, buat masa ini sebarang kemasukan pekerja asing dihentikan berikutan pandemik COVID-19 sekali gus memberi ruang kepada pekerja tempatan untuk mengisi kekosongan berkenaan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebelum ini dilapor berkata Malaysia masih berdepan kekurangan lebih 500,000 pekerja sektor perladangan komoditi dengan anggaran masing-masing 220,000 pekerja tempatan dan 265,397 pekerja asing berdaftar bagi sektor terbabit setakat ini.

Menurutnya, angka itu adalah tidak memadai kerana Malaysia mempunyai jumlah keluasan 7.14 juta hektar tanah ladang yang memerlukan sejuta pekerja. – Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/pengkhianatan-sang-majikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majikan Perlu Hormati Kebebasan Beragama Kata Suhakam

Majikan Perlu Hormati Kebebasan Beragama Kata Suhakam

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 218 hits
MALAYSIA NOW Suhakam mengingatkan setiap sektor atau industri supaya memastikan langkah langkah diambil bagi menghapuskan sikap tidak bertoleransi terhadap agama ketidaksamaan dan diskriminasi Hak asasi untuk mengamalkan agama harus dihorma...
Larang Puasa Polis Bongkar Aktiviti Judi Ceti Haram Majikan

Larang Puasa Polis Bongkar Aktiviti Judi Ceti Haram Majikan

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 289 hits
Susulan kes pukul dua orang pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa semalam telah membawa kepada pembongkaran aktiviti judi haram dan sindiket ceti haram atau Along yang dijalankan syarikat milik majikan terbabit Ketua Polis Selangor...
Mengapa Suhakam Membisu Kes Pengawal Berpuasa Dipukul Majikan Kata Ahli Dewan Negara

Mengapa Suhakam Membisu Kes Pengawal Berpuasa Dipukul Majikan Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 186 hits
MALAYSIA NOW Suhakam dilihat membisu seribu bahasa berhubung kes pukul mengugut dan menghalang dua pengawal daripada menunaikan amalan agama mereka Dua orang pengawal keselamatan warga asing pulang ke rumah yang terletak di Desa Temuan Buki...
Pukul Pengawal Peribadi Terbongkar Pula Bisnes Judi Online Majikan

Pukul Pengawal Peribadi Terbongkar Pula Bisnes Judi Online Majikan

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 359 hits
SEMUANYA bermula dengan kisah pukul pengawal peribadi yang turut diugut bunuh majikannya kerana berpuasa Namun kini siasatan polis bukan hanya tertumpu kepada kes pukul pengawal peribadi dan ugut itu sahaja Memetik sidang akhbar Polis Selan...
Majikan Pukul Dua Pekerja Muslim Penceroboh Perlembagaan Perlu Ditentang Diadili

Majikan Pukul Dua Pekerja Muslim Penceroboh Perlembagaan Perlu Ditentang Diadili

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 305 hits
FAZLI RADZIRakyat Malaysia harus hidup dalam mempertahankan dua perkara dalam Perlembagaan iaitu Islam agama Persekutuan dan kebebasan beragama kata Naib Presiden AMANAH Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Sesiapa yang hilang hormat pada dua a...
Majikan Durjana Belasah Pekerja Muslim Yang Berpuasa

Majikan Durjana Belasah Pekerja Muslim Yang Berpuasa

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 289 hits
Bukan setakat dihalang berpuasa 2 orang pekerja tersebut juga digertak dan turut dibelasah sehingga menyebabkan kecederaaan Paling tidak boleh diterima apabila majikan tersebut turut menggunakan nama IGP kononnya dia berkuasa keatas IGP Pet...
Majikan Perlu Saring Rekod Pemandu Sebelum Benarkan Memandu

Majikan Perlu Saring Rekod Pemandu Sebelum Benarkan Memandu

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 190 hits
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye KUALA LUMPUR Pihak majikan digesa menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa untuk meneliti rekod pemandu bas ekspres sebelum membenarkan mereka memulakan perjalanan Pengerusi Ikatan K...
Kerjayagig Perkeso Cara Mohon Insentif Pekerja Rm600 Majikan Rm200

Kerjayagig Perkeso Cara Mohon Insentif Pekerja Rm600 Majikan Rm200

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 410 hits
KERJAYAGIG PERKESO CARA MOHON INSENTIF PEKERJA RM600 MAJIKAN RM200 Melalui pengumuman PEMERKASA oleh YAB Perdana Menteri PERKESO sebagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia akan melaksanakan insentif pengambilan pekerja di bawah yang...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman



Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan


Warrant Woes In El Paso An Attorney Can Help You Get Back On The Road

Media Orang Ramai Diingatkan Tidak Sebar Video Nahas Helikopter Tldm

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis

Helikopter Terhempas 10 Dilaporkan Terkorban

Resepi Tortilla Wrap