Pembangkang Dinafikan Hak Mencalon Nama Speaker



Pengguguran dan pelantikan Yang di-Pertua (Speaker) baharu Dewan Rakyat semalam merupakan detik hitam kepada sejarah demokrasi berparlimen Malaysia.
Pakatan Harapan (PH) mengecam pelantikan Speaker baharu tanpa membenarkan Pembangkang menamakan calon mereka sendiri selepas berlaku kekosongan apabila Speaker sedia ada, Tan Sri Mohamad Ariff Yusof diundi secara majoriti untuk ditamatkan perkhidmatannya.
“Selepas usul mengosongkan jawatan Yang di-Pertua, usul menamakan seorang Yang di-Pertua baharu menampakkan sikap kerajaan Perikatan Nasional (PN), yang seharusnya lebih demokratik.
“Hujah Pembangkang agar masa 14 hari diberikan untuk menamakan calon tidak diendahkan. Malah calon Yang di-Pertua (kaedah pelantikan Speaker) juga tidak dipersetujui (dilakukan) secara undian di dalam Dewan.
“PH amat kesal dengan sikap kerajaan hari ini yang kelihatan mahu meletakkan Parlimen di bawah telunjuk eksekutif. Parlimen sebagai badan perundangan (legislatif) wajib bebas dari sebarang unsur kawalan dari luar. Jika Parlimen dikawal pihak eksekutif, maka demokrasi negara dalam keadaan yang amat tergugat,” kata kenyataan yang dikeluarkan PH.
Kenyataan itu juga mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana melakukan duluan (precedent) yang buruk di kalangan Negara-Negara Komanwel dalam hal penggantian Speaker di pertengahan penggal.
Menurut PH, peristiwa hitam semalam menempatkan nama Malaysia sebagai satu-satunya negara dalam gabungan berkenaan yang menggugurkan Speaker secara yang amat kontroversi.
“Ini bukanlah satu duluan yang membanggakan, lebih-lebih lagi apabila prosesnya tempang sedemikian rupa.
“Kami berasa kesal dengan perbahasan usul (mengganti Speaker) tersebut, di mana hanya empat orang pembahas dibenarkan berbahas dengan masa hanya 10 minit seorang.
“Bagi suatu usul yang bersejarah, seharusnya lebih banyak masa diperuntukkan bagi mendengar sepenuhnya hujah kedua-dua belah pihak,” kata mereka lagi.
Oleh itu PH memberi amaran kepada Kerajaan PN, tingkah laku songsang tersebut akan menguatkan tekad Pembangkang untuk membentuk kerajaan persekutuan baharu bagi mengambilalih pentadbiran PN di Putrajaya.
“Kejadian semalam yang merupakan titik hitam buat demokrasi di Malaysia mengukuhkan iltizam PH untuk memastikan mandat rakyat dikembalikan ke tempatnya,” akhiri kenyataan itu.
Kenyataan bersama berkenaan dikeluarkan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (KEADILAN), Datuk Wira Dr Hatta Ramli (Amanah) dan Loke Siew Fook (DAP).
Perlantikan Speaker baharu Dewan Rakyat semalam kecoh apabila Pembangkang mempertikaikan kekosongan hanya wujud selepas Speaker sedia ada diundi keluar.
Oleh itu Pembangkang meminta tempoh 2 minggu untuk mengemukakan calon, bersesuaian dengan peraturan mesyuarat Parlimen.
Bagaimanapun kerajaan PN tidak melayan permintaan tersebut dan Speaker baharu Datuk Azhar Harun segera mengangkat sumpah di tengah-tengah bantahan berpuluh-puluh Ahli Parlimen Pembangkang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28769

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Speaker Umum Anwar Ketua Pembangkang Parlimen

Speaker Umum Anwar Ketua Pembangkang Parlimen

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 170 hits
Yang di Pertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Saya berpuas hati Anwar mendapat sokongan daripada ahli ahli parlimen pembangkang untuk dipilih sebagai Ket...
Ahli Parlimen Pembangkang Bantah Tukar Speaker Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Pembangkang Bantah Tukar Speaker Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 317 hits
Oleh Rohaniza IdrisWakil pembangkang mahu Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dikekalkan NSTP MOHD YUSNI ARIFFINKUALA LUMPUR Sekumpulan ahli Parlimen pembangkang tidak bersetuju dengan cadangan penukaran Yang Dipertua Dewa...
Tak Terkawal Speaker Baru Arah Mp Pembangkang Keluar

Tak Terkawal Speaker Baru Arah Mp Pembangkang Keluar

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 271 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Sidang Parlimen sesi petang kali ini berlangsung dalam keadaan agak tidak terkawal dan kecoh sebaik sahaja Datuk Azhar Azizan Harun duduk di kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat Ia selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengus...
Muhyiddin Langgar Peraturan Usul Nama Speaker Baharu

Muhyiddin Langgar Peraturan Usul Nama Speaker Baharu

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 201 hits
Usul pemberhentian Speaker Parlimen Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof terus menjadi perbicaraan hangat dalam kalangan rakyat Terbaharu timbul persoalan kerajaan Perikatan Nasional akan melantik Speaker baharu tanpa melalui prosedur Aturan Mesy...
Pm Muhyiddin Usul Ariff Yusof Lepaskan Jawatan Speaker Dewan Rakyat

Pm Muhyiddin Usul Ariff Yusof Lepaskan Jawatan Speaker Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 315 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengusulkan Ariff Yusof melepaskan jawatan speaker Dewan Rakyat Beliau dalam cadangannya memberi alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan itu Saya ingin mencadangkan Dewan Rakyat ini mengambil ketetapan ...
Keputusan Undian Tukar Speaker Pn 111 Ph 109

Keputusan Undian Tukar Speaker Pn 111 Ph 109

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 172 hits
Tahniah perdana menteri dan terima kasih tan sri dato mohamad ariff bin md yusof di atas khidmat cemerlangDewan Rakyat baru sahaja meluluskan usul menukar Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan 111 menyokong berbanding 109 menentang Kejayaan usu...
Ganti Speaker Atau Bubar Parlimen Yang Berlaku

Ganti Speaker Atau Bubar Parlimen Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 244 hits
Persidangan Dewan Rakyat yang membuka tirai hari ini bakal tertumpu kepada usul mengosongkan jawatan Yang Dipertua dewan dan timbalannya yang dijangka menghangatkan suasana hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke 14 Usul itu...
Azhar Azizan Dilantik Speaker Baru Tanpa Undian

Azhar Azizan Dilantik Speaker Baru Tanpa Undian

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 291 hits
Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan Harun hari ini dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat baru menggantikan Mohamad Ariff Md Yusof Saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berbahagia Datuk Azhar Azizan Harun dipilih menjadi Tuan...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Membuat Cerita Bergambar Dengan Tema Perubahan Iklim Global

Resepi Char Kuew Teow Udang

Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi