Panduankini Bagaimana Kenaikan Opr Beri Kesan Pada Kita


malaysiakini.com
Panduankini
Diterbitkan: May 14, 2022 10:41 AM

PANDUANKINI | Selang beberapa bulan, bank, institusi penyelidikan kewangan dan penerbitan perniagaan akan berspekulasi tentang Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan ini akan disusuli dengan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan sebarang perubahan pada kadar itu.

Pada 11 Mei lalu, BNM mengumumkan OPR akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus.

Sedikit perubahan pada kadar ini akan memberi kesan secara langsung kepada orang ramai.

Malaysiakini meneliti perkara ini dan bagaimana ia akan memberi kesan terhadap dompet dan akaun bank kita semua.

Apakah itu OPR?

OPR mewakili kadar faedah minimum yang dikenakan di kalangan bank untuk pinjaman antara bank dan ia ditetapkan oleh BNM.

Ia antara alat yang digunakan bank pusat ini untuk menggubal dasar kewangan bagi mengawal bekalan wang negara dan mempengaruhi hala tuju ekonomi.

Sejak 2011 hingga 2019, OPR berkadar antara 2.75 peratus kepada 3.25 peratus. Namun bermula 2020, BNM mula menurunkan kadar itu di tengah wabak Covid-19 yang menjejaskan ekonomi global.

Bank meminjam sesama sendiri?

Ya, bergantung kepada kegiatan pinjaman dan deposit serta pengeluaran yang dilakukan pelanggan, bank mungkin mengalami kekurangan atau lebihan dana. Bank yang kekurangan dana ini akan membuat pinjaman semalaman daripada bank yang ada lebihan.

Hal ini menjamin sistem perbankan kekal stabil dan ada dana yang cukup.

Mengapa BNM naikkan OPR dan apa kesannya pada ekonomi?

BNM berkata pengurangan OPR sebelum ini kepada 1.75 peratus - terendah dalam sejarah - adalah untuk menyokong ekonomi ekoran wabak Covid-19 yang melanda.

Pengurangan itu membolehkan pinjaman yang lebih murah agar perniagaan mampu membuat bayaran untuk mengekalkan perniagaan mereka. Ia juga membantu perniagaan yang bermasalah dengan mengurangkan kadar pembayaran pinjaman mereka.

Namun dengan ekonomi domestik kian stabil, BNM memutuskan untuk mengurangkan sokongan ini.

Mengapa orang biasa perlu ambil tahu?

Apabila kadar faedah untuk pinjaman wang antara bank terkesan, begitu juga dengan kadar faedah kepada pinjaman seperti kebanyakan kita.

OPR mempengaruhi kadar faedah jangka pendek, kadar deposit tetap, kadar tukaran asing, kadar faedah jangka panjang dan banyak lagi. Ini akhirnya akan memberi kesan kepada perniagaan, pekerjaan serta harga barangan dan perkhidmatan.

Bagaimana perubahan OPR mempengaruhi pinjaman?

Apabila OPR naik, pembayaran pinjaman akan meningkat kerana bank mengalihkan kos pinjaman yang lebih tinggi kepada pengguna, menerusi kenaikan kadar faedah. Selain itu, jumlah pembayaran mungkin sama tetapi tempoh pembayaran dilanjutkan.

Jika OPR diturunkan, pengguna akan mendapat manfaat apabila jumlah pembayaran semula diturunkan atau tempoh pinjaman dipendekkan.
Ini terpakai kepada pinjaman utama seperti perumahan, kereta dan peribadi.

Misalnya pada 12 Mei lalu, CIMB mengumumkan ia akan menaikkan kadar pinjaman dan pembayaran semula sebanyak 0.25 peratus bermula 18 Mei.

Adakah ini bermakna kita perlu bayar lebih untuk nasi lemak dan teh tarik?

Secara logiknya, harga nasi lemak dan teh tarik tidak sepatutnya terkesan, tidak seperti ketika harga gula naik lima sen sekilogram dahulu.

OPR tidak memberi kesan secara langsung kepada kos barangan dan perkhidmatan harian.

Namun kemungkinan ada kesan tidak langsung.

Misalnya, ia boleh memberi kesan kepada barangan pengguna seperti televisyen, laptop atau telefon jika ia dibeli menggunakan pinjaman peribadi atau perjanjian sewa beli.

Pada masa sama, peniaga kecil mungkin cuba mengalihkan kos peribadinya kepada pelanggannya.

Jika seorang pemilik kopitiam kini perlu membayar lebih untuk pinjaman perniagaannya, dia mungkin berhasrat untuk menaikkan sedikit harga untuk menampung perkara itu, selagi pelanggan mampu menanggungnya.

Bagaimana OPR akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan kecil dan sederhana?

Menurut pakar ekonomi Yeah Kim Leng, golongan berpendapatan kecil dan sederhana - yang lazimnya menanggung hutang - akan perlu memperuntukkan lebih banyak pendapatan mereka untuk membayarnya.

“Mereka perlu lebih berjimat untuk hal-hal lain selain menghadapi kos sara hidup yang meningkat,” katanya.

Namun, katanya lagi, mereka yang ada simpanan dapat menampung perkara ini dengan pendapatan faedah yang meningkat.

Bagaimanapun mungkin ramai yang tidak menikmati peningkatan itu jika dilihat kepada ramainya pencarum KWSP yang mengeluarkan simpanan mereka di tengah wabak Covid-19.

Adakah kita menjangka OPR terus meningkat nanti?

MIDF Amanah Investment Bank yakin akan ada lagi kenaikan 25 mata asas pada suku ketiga tahun ini.

Dalam nota penyelidikannya, Ambak Research pula berkata BNM telah mencadangkan yang kenaikan kadar itu selari dengan langkah yang diambil beberapa bank pusat lain sebagai satu cara untuk mengawal pengeluaran modal.

“Langkah BNM ini menandakan keperluan mengawal aliran keluar modal dan menyokong ringgit.

“Ini menunjukkan mungkin ada cukup ruang untuk kenaikan OPR sekali atau dua kali lagi dalam separuh kedua 2022.

“Ini berdasarkan premis bahawa pelabur tidak akan mengekalkan dana mereka di Malaysia jika boleh dapat pulangan lebih baik di negara lain,” katanya.

Semua pakar setuju kenaikan OPR pada masa ini?

Kenanga Research berkata pihaknya terkejut BNM turut sama meningkatkan kadar faedah kerana merasakan pemulihan ekonomi secara relatifnya kekal rapuh dan purata inflasi headline kekal di tahap yang boleh dihadapi.

Begitu juga dengan CEO Centre for Market Education Carlemo Ferlito yang dipetik Malaysian Reserve sebagai berkata, langkah itu mungkin terlalu awal dan akan menyebabkan pengecutan ekonomi serta menjejaskan pewujudan peluang pekerjaan di saat ia amat diperlukan.

Panduankini ini disediakan oleh Andy Heong.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/panduankini-bagaimana-kenaikan-opr-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesan Kenaikan Opr 2

Kesan Kenaikan Opr 2

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 223 hits
Sebentar tadi Bank Negara umumkan kenaikkan OPR sebanyak 25 points ke 2 0 Biar kami jelaskan apa yang sebenarnya berlaku 1 Apa makna kenaikan ni sebenarnya Bila OPR naik automatik bayaran ansuran bulanan kepada pihak bank akan naik Bila OPR...
Polis Kesan Lelaki Curi Ekzos Kereta

Polis Kesan Lelaki Curi Ekzos Kereta

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 214 hits
AMPANG Polis sedang giat mengesan seorang lelaki disyaki mencuri ekzos sebuah kereta dalam kejadian di Pandan Perdana di sini awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata mangsa telah meletak...
Ulasan Kesan Ngeri Konsep Negara Berpendapatan Tinggi Najib

Ulasan Kesan Ngeri Konsep Negara Berpendapatan Tinggi Najib

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 139 hits
ULASAN Kesan ngeri konsep negara berpendapatan tinggi Najib Dalam debat semalam Najib Razak menyebut dengan tegas jangan tinggalkan idea negara berpendapatan tinggi Mana mana kerajaan dan perdana menteri ketika pentadbiran mereka akan selal...
Mysejahtera Kini Boleh Kesan Penyakit Hfmd

Mysejahtera Kini Boleh Kesan Penyakit Hfmd

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 181 hits
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini sedia mengumumkan bahawa imbasan kod QR MySejahtera sudah tidak lagi diwajibkan bermula 1 Mei 2022 Walaubagaimanapun pengguna yang disahkan positif masih lagi perlu mengemaskini status kesihat...
Malaysia Sukar Tarik Pelabur Kesan Tindakan Kerajaan Ph Masih Menakutkan Pelabur

Malaysia Sukar Tarik Pelabur Kesan Tindakan Kerajaan Ph Masih Menakutkan Pelabur

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 182 hits
Oleh Sirajuddin AhmadPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri sudah pulang dari misi lawatan keluar negara Dalam misi itu agak ramai juga mereka yang berjawatn Menteri turut ikut bersama Rombongan besar namun hasil nya kecil Boleh dikatakan ...
Kesan Makan Tidak Teratur Semasa Mengandung Aku Flat Dan Drop Terus Badan

Kesan Makan Tidak Teratur Semasa Mengandung Aku Flat Dan Drop Terus Badan

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 267 hits
Permandangan indah belakang KK Ibu Anak dekat dengan pejabat juju tak sampai 5 min memandu dah sampai Kat sini tenang dan damai klinik kerajaan kesukaan juju Jam 7 pagi dah buka pintu Tak apa kan juju update kisah preggy kat sini secara ber...
Minyak Masak Alami Kenaikan Harga Mendadak Sehingga Rm10 Tidak Termasuk Akhap

Minyak Masak Alami Kenaikan Harga Mendadak Sehingga Rm10 Tidak Termasuk Akhap

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 296 hits
nbsp Minyak masak yang dilaporkan mengalami kenaikan harga sehingga RM10 bagi botol lima kilogram tidak dikawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kerana ia adalah kategori minyak masak campuran Menteri Perdagangan Dalam Ne
Pasangan Mata Wang Nzdusd Berpotensi Untuk Meneruskan Kenaikan Harga 9 Mei 2022

Pasangan Mata Wang Nzdusd Berpotensi Untuk Meneruskan Kenaikan Harga 9 Mei 2022

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 131 hits
Berdasarkan kepada carta 4 Jam harga dilihat telah menembusi rintangan bawah Ichimoku cloud kami mempunyai kecenderungan kenaikan harga bahawa harga akan meningkat ke tahap rintangan pertama kami pada tahap 1 27247 di mana rintangan tinggi ...
Opr Hike Will Not Dampen Loan Growth Research Houses Say

Opr Hike Will Not Dampen Loan Growth Research Houses Say

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 167 hits
The earlier than anticipated 25 basis point increase in the overnight policy rate to 2 0 percent was viewed by research firms as having no impact on banks loan growth though short term volatility is anticipated MIDF Research has maintained ...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Fam What Happened To The World Cup Tickets

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar

Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya