Pahang Corporation Tetapkan Kadar Sewaan Tanah Pertanian C Highlands Rm4 500 Seekar


 


KUANTAN -- Pahang Corporation Sdn Bhd menetapkan kadar sewaan tanah pertanian sebanyak RM4,500 seekar (0.4 hektar) setahun kepada pekebun di Cameron Highlands, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.
Beliau berkata seorang pekebun hanya dibenarkan menyewa tidak melebihi tiga ekar (1.2 hektar)  dengan tempoh pajakan selama 10 tahun dan proses pengurusan pemberian sewa, secara keseluruhannya akan melibatkan empat fasa.
Katanya, jumlah keseluruhan tanah yang terlibat ialah 1,155 hektar, dan setakat ini, dua fasa telah selesai melibatkan mukim Ulu Telom dengan keluasan 749 hektar, Ringlet (89 hektar) dan Tanah Rata (lima hektar).
"Tanah yang terlibat ialah tanah yang dipajak oleh Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands kepada Pahang Corporation, selaku pengurus hartanah. Petani yang berminat perlu melalui proses saringan jawatankuasa Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
"Tawaran sewaan tanah ini sebahagiannya diberikan kepada pekebun yang mendapat Lesen Pendudukan Sementara sebelum ini. Pemilihan pekebun bagi tawaran fasa ketiga dan keempat akan diteliti supaya mereka juga dapat memenuhi terma ditetapkan," katanya.
Mohd Soffi berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, bagi menjawab pertanyaan Chiong Yoke Kong (PH-Tanah Rata) yang ingin tahu jumlah tawaran dan kadar sewaan yang diagihkan kepada pekebun di kawasan tanah tinggi tersebut.

Menjelas lanjut, Mohd Soffi berkata kerajaan negeri menganggarkan sewaan tanah ini akan memberi pulangan hasil sebanyak RM4 juta pada tahun ini, manakala untuk tahun hadapan ialah sebanyak RM5.7 juta apabila semua tanah terlibat selesai disewakan.
"Kutipan hasil akan dibelanjakan untuk pembangunan dan pengurusan daerah. Kita meletakkan terma tertentu dalam meluluskan pajakan tanah dengan aspek alam sekitar menjadi fokus utama supaya diseimbangkan dengan aspek pembangunan.
"Kerajaan negeri telah merangka pelan pembangunan yang komprehensif dengan sasaran pembangun mampan menjadi rujukan dalam perancangan pembangunan agar Cameron Highlands dapat dijadikan pusat pertumbuhan yang seimbang," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/11/pahang-corporation-sdn-bhd-tetapkan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembela Hantar Memorandum Bantahan Isu Pencerobohan Tanah Haram Di Negeri Pahang

Pembela Hantar Memorandum Bantahan Isu Pencerobohan Tanah Haram Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 322 hits
KUANTAN NGO Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam telah menghantar memorandum bantahan terhadap isu pencerobohan tanah di Pahang di pejabat Menteri Besar Wisma Sri Pahang dekat sini semalam Memorandum telah disampaikan oleh Pengerusi PEMBELA ...
Covid 19 Adun Tanah Rata Gesa Kerajaan Buka Semula Luar Bandar Di Negeri Pahang

Covid 19 Adun Tanah Rata Gesa Kerajaan Buka Semula Luar Bandar Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 213 hits
nbsp KUANTAN Seorang Adun DAP menggesa Putrajaya membuka semula sekolah di kawasan luar bandar Pahang dan mengkaji semula keputusan menutup semua sekolah di seluruh negara bagi membendung penularan Covid 19 ADUN nbsp Tanah Rata Chiong Yoke ...
Mb Selangor Mengaku 427 Hektar Tanah Kerajaan Negeri Diceroboh Untuk Pertanian

Mb Selangor Mengaku 427 Hektar Tanah Kerajaan Negeri Diceroboh Untuk Pertanian

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 255 hits
SHAH ALAM 6 Nov Sebanyak 427 hektar tanah Kerajaan Selangor telah diceroboh pihak tidak bertanggungjawab setakat ini kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari Beliau berkata daripada jumlah itu 40 hektar tanah diceroboh di daerah Petalin...
Ada Banyak Lagi Tanah Di Pahang Diceroboh Secara Haram

Ada Banyak Lagi Tanah Di Pahang Diceroboh Secara Haram

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 225 hits
Tahun ini sahaja sebanyak 4 kes besar berjaya didedahkan BANGI Jangan sangka kes pencerobohan tanah secara haram hanya berlaku di Raub Pahang sahaja dakwa Pertubuhan Pembela Pembela Islam Badan bukan kerajaan itu mendakwa masih banyak lagi ...
Ceroboh Tanah Haram Pembela Akan Serah Memorandum Kepada Menteri Besar Pahang

Ceroboh Tanah Haram Pembela Akan Serah Memorandum Kepada Menteri Besar Pahang

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 248 hits
CYBERJAYA Pertubuhan Pembela pembela Islam Malaysia akan menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar Pahang Rabu ini sebagai bantahan terhadap pencerobohan tanah haram khususnya yang berlaku di negeri itu Pengerusinya Aminuddin Yahaya ...
2 Mayat Penghuni Resort Tertimbus Dalam Runtuhan Tanah Ditemui

2 Mayat Penghuni Resort Tertimbus Dalam Runtuhan Tanah Ditemui

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 320 hits
Dua mayat ditemukan tertimbus dalam tanah runtuh di sebuah resort pelancongan yang terletak di kawasan gunung di Tambun di sini awal pagi tadi Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Goh Boon Keng berkata mayat mangsa lelaki ditemukan pada pukul 9...
Film Perempuan Tanah Jahanam Wakili Indonesia Di Ajang Piala Oscar 2021

Film Perempuan Tanah Jahanam Wakili Indonesia Di Ajang Piala Oscar 2021

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 182 hits
Film Perempuan Tanah Jahanam akan menjadi wakil dari Indonesia untuk berlaga di Piala Oscar Hal itu berdasarkan keputusan dari Komite Seleksi Oscar Indonesia yang memilih film Perempuan Tanah Jahanam sebagai utusan resmi Indonesia
Mangsa Tanah Runtuh Ditemui

Mangsa Tanah Runtuh Ditemui

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 830 hits
ANAGIPOH 10 NOV Dua mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di sebuah vila di Tambun di sini awal pagi tadi berjaya ditemukan Mangsa pertama seorang lelaki berusia 39 tahun ditemukan jam 9 55 pagi manakala mangsa kedua seorang ...
Kejadian Tanah Runtuh Sebuah Resort Di Tambun Perak

Kejadian Tanah Runtuh Sebuah Resort Di Tambun Perak

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 563 hits
Mengejutkan bila pagi ini terbaca berita tentang Kejadian Tanah Runtuh Sebuah Resort Di Tambun Perak Yang terlibat ialah dua orang tetamu Banjaran Hot Spring Resort di Tambun Perak Mangsa yang dikhuatiri tertimbus di dalam kejadian tanah ru...
E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

More Than 20 Ji Members In Johor Igp

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Adik Wanie Feat Adam Zbp Dudo Sengat Jando Chord



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


New Environment

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Punca Otot Kejang

Aktiviti Majlis Forum Dan Pelancaran Buku Halatuju Nasionalis Ppim 18 05 2024

Status Hartanah Hakmilik Sementera Kekal Freehold Leasehold

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru