Organoponik Organoponic Organoponicos


Satu istilah baru yang penulis blog JomTanamSayur ( JTS ) temui sewaktu merayau di internet ialah Organoponik ( Bahasa Malaysia ), Organoponic ( Bahasa Inggeris ) atau Organoponicos ( Bahasa Sepanyol ).
Dan ianya mempunyai kaitan erat dengan Negara Cuba

Apakah itu organoponik / organoponic / organoponicos ini dan apakah kaitannya dengan Negara Cuba

Sejarah awal perkataan organoponik / organoponic / organoponicos bermula sekitar awal 1990an apabila rejim Soviet Union runtuh

Negara Cuba yang mengamalkan sistem republik sosialis bergantung hampir sepenuhnya kepada Soviet Union untuk perdagangan terutamanya

Negara Cuba terkenal kerana sumber gula tebunya dan hasil inilah yang di dagangkan dengan Soviet Union untuk mendapatkan bahan2 makanan, binaan, jentera2 termasuk jentera pertanian, baja2 dan racun2 kimia serta minyak dll

Apabila jatuhnya Soviet Union sekitar 1991, maka Cuba terputus majoriti bekalan2 bahan dagangannya ( lebih kurang 80% import dan 75% exportnya )

Ini menyebabkan rakyat Cuba mengalami masa2 yang amat sukar terutama untuk  mendapatkan bekalan makanan. Masa2 inilah yang dinamakan rakyat Cuba sebagai " periodo especial " / special period


Ditambah lagi dengan sekatan perdagangan yang ketat oleh negara jirannya iaitu Amerika Syarikat atas dasar perbezaan ideologi

Kekurangan minyak, baja dan racun kimia menyebabkan jentera2 pertanian serta ladang2 skala besar terpaksa mengurangkan pengeluaran

Rakyat Cuba akhirnya dengan bantuan kerajaan Cuba telah memulakan apa yang dikenali sebagai organoponik / organoponic / organoponicos iaitu satu sistem pertanian secara organik skala kecil di bandar2 terutama di Havana

Organoponik / organoponic / organoponicos boleh diterjemahkan sebagai pertanian bandar organik / urban organic farming.
Menariknya kerana mereka menggunakan apa sahaja kawasan lapang yang ada untuk bercucuk tanam ( tempat letak kereta, tempat pembuangan sampah, tanah kosong tepi jalan dll )

Oleh kerana kebanyakan tanah kosong adalah milik negara, maka kelulusan untuk pertanian di bandar menjadi lebih mudah

Kerajaan Cuba juga menyediakan bantuan khidmat nasihat, latihan, benih dan sebagainya


Tanah2 diusahakan oleh individu juga secara perkongsian / koperasi. Hasil tuaian adalah untuk masyarakat sekitar dan tapak jualan ( sale point ) biasanya berhampiran kawasan kebun / ladang

Mereka menggunakan apa sahaja bahan2 yang ada terutamanya sisa tanaman, tinja haiwan, sisa makanan dan sebagainya. Sisa dari tanaman tebu yang banyak digunakan sebagai asas menyuburkan tanah

Pada awalnya, hasil agak kurang ditambah dengan tanah yang bermasalah, curah hujan yang jarang, kurang latihan dan pengalaman. Namun lama kelamaan dengan hanya menggunakan bahan2 organik, kesuburan tanah semakin baik dan hasil pun meningkat

Penggunaan batas berdinding, sistem penyiraman titis, kompos, vermikompos, bio-pestisida, tanaman campuran, tanaman penampan dll yang di tambah baik dari masa kesemasa akhirnya menjadikan Cuba negara contoh pertanian organik

Banyak wakil2 negara luar yang datang belajar dan cuba mengamalkan konsep organoponik / organoponic / organoponicos di negara masing2

Video dibawah adalah ringkasan berkaitan sistem pertanian di Cuba termasuk organoponik / organoponic / organoponicos


Semoga bermanfaat ..

Selamat berkebun & bye ..

#JomTanamSayur#KebunBandar#Organoponik

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://jomtanamsayur.blogspot.com/2020/12/organoponik-organoponic-organoponicos.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Cerita Filem Terbaru 2024 Di Pawagam

Habiskan Duit Bayar Kepada Pakar Yang Pandai Beri Penjelasan Cara Dia Hilangkan Masalah

Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024