Orang Yang Berpuasa Dan Berqiam Tetapi Sia Sia


Agama Islam sentiasa mementingkan niat dalam setiap perbuatan. Bahkan hadis tentang niat diletak pertama sekali dalam aturan Hadis 40 (Hadis Arbai’in) susunan Imam Nawawi bagi menggambarkan betapa pentingnya persoalan niat dalam seluruh ibadah seorang Muslim.
Niatlah yang akan membezakan sesuatu amalan itu diterima atau tidak. Niat juga akan diperhalusi dan dinilai oleh Allah kelak.
Inilah dua ibadah yang akan dilakukan oleh kita semua – berpuasa pada siang hari dan mendirikan solat sunat Tarawih pula pada malam hari.
Tetapi bayangkan jika amalan puasa dan qiam yang kita lakukan sebenarnya sia-sia sahaja dan Allah tidak menerimanya langsung. Kita sangkakan itulah saham pahala yang sedang kita kumpul, rupa-rupanya sedikit pun tiada nilai dan tidak dicatat oleh malaikat.
Ia satu kerugian yang tidak disedari kerana kecuaian kita menjaga niat dan kata-kata – hal yang pada bibir seakan ringan dan tidak signifikan tetapi besar nilainya.
Ibaratnya kita bekerja puluhan tahun dan menyangka bahawa ada simpanan pencen dan KWSP untuk kesenangan hari tua, tetapi apabila masanya tiba, rupa-rupanya akaun bank kosong!
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ
Maksudnya: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiamnya melainkan hanya berjaga malam”. (Riwayat Ibnu Majah, no. 1690 – Syeikh Syu’aib menilai hadis ini sebagai sahih dan sanadnya juga baik)
Mengapa Puasa Boleh Jadi Sia-sia
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلّٰهِ حَاجَةٌ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَه
Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”. (Riwayat al-Bukhari, no. 1770, 5597)
Dalam erti kata lain, Allah tidak mengambil kira puasanya, tiada nilai di sisi Allah melainkan dia hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja dek kerana lisan yang tidak dijaga.
Dia berpuasa namun masih menyakiti orang lain dengan kata-katanya, masih mengumpat, mencela, menfitnah dan sebagainya. Dan perlu diingat, kata-kata di sini bukanlah ucapan yang keluar dari bibir sahaja. Ia termasuklah apa yang ditulis di mana-mana medium tulisan seperti Whatsapp dan platform media sosial.
Mengapa Qiam (Solat Malam) Menjadi Sia-sia
Solat malam pula menjadi sia-sia apabila dilakukan bukan ikhlas kerana Allah tetapi sekadar ingin dipuji atau ingin dilihat baik serta dianggap sebagai orang yang soleh.
“Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riya’ (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)”. (Surah Al-Nisa’ 4:142]
Di akhirnya, soalan yang paling penting untuk ditanyakan kepada diri sendiri ialah – adakah kita mengingati Allah ketika solat atau ia hanya sekadar perbuatan tunduk-bangun sahaja. Adakah kita benar-benar berusaha untuk mendekati Allah atau sekadar meraikan kebiasaan bulan puasa.
Kesimpulan
Puasa adalah ibadah yang berkait dengan amalan yang lain bagi menjadikannya sempuran. Mungkin semua orang berpuasa, tetapi nilai pahala puasa setiap orang pasti tidak akan sama. Niat dan kata-kata – inilah dua perkara yang jika tidak dijaga sebaiknya akan mencacatkan pahala puasa. Puasanya masih sah namun tidak ada ganjaran pahala. Akhirnya, kita perlu mengingatkan diri sendiri bahawa tujuan puasa yang sebenarnya adalah menyuburkan kembali ketakwaan dalam diri.
Sumber: tzkrh.com 
The post Orang Yang Berpuasa Dan Berqiam Tetapi Sia-sia appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/orang-yang-berpuasa-dan-berqiam-tetapi-sia-sia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eyra Hazali Sebak Tidak Dapat Sambut Ramadan Bersama Keluarga Masih Berpuasa Walaupun Hamil Lima Bulan

Eyra Hazali Sebak Tidak Dapat Sambut Ramadan Bersama Keluarga Masih Berpuasa Walaupun Hamil Lima Bulan

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 558 hits
Hazirah Qasdina Hazali atau lebih dikenali sebagai Eyra Hazali berusia 21 tahun rasa bersyukur dapat meluangkan masa bersama suaminya Muhammad Haziq Nadzli yang juga merupakan seorang penjaga gol bola sepak di Johor Walau bagaimanapun belia...
Apakah Hanya Setelah Dua Tahun Perjuangan Menumbangkan Kleptokrat Menjadi Sia Sia

Apakah Hanya Setelah Dua Tahun Perjuangan Menumbangkan Kleptokrat Menjadi Sia Sia

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 252 hits
Bagi mereka yang tidak menyokong BN kerana ingin melihat kepimpinan kleptokrat dapat ditumbangkan dalam PRU14 lalu sekurang kurangnya dua perkara paling memedihkan hati ketika ini Pertama tumbangnya PH melalui pengkhianatan daripada dalam d...
Orang Berpuasa Yang Rugi

Orang Berpuasa Yang Rugi

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 297 hits
oleh Dr Ahmad Sanusi Azmi RAMADAN sudah pun tiba Bagi orang yang beriman inilah masa yang dinanti nantikan Mereka bersedia dengan persiapan yang rapi bagi menyambut Ramadan Perhatikan bagaimana Saidina Ali memuji Saidina Umar yang menyalaka...
Jasmine Suraya Nekad Mahu Berpuasa Sebulan

Jasmine Suraya Nekad Mahu Berpuasa Sebulan

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 261 hits
Selain Dr Soo Wincci pelakon Jasmine Suraya Chin turut mengambil keputusan untuk cuba berpuasa pada Ramadan kali ini meskipun bukan beragama Islam The post appeared first on
Lepas Sebulan Standoff Kapal China Tinggalkan Perairan M Sia

Lepas Sebulan Standoff Kapal China Tinggalkan Perairan M Sia

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 290 hits
Sebuah kapal peninjau China yang terlibat dalam standoff kapal cari gali minyak Malaysia di Laut China Selatan telah meninggalkan zon ekonomi eksklusif Malaysia menurut data perkapalan pada hari Jumaat Sejak pertengahan April kapal Haiyang ...
M Sia Terima Aset Rm465 3 Juta Selepas Lepaskan Anak Tiri Najib

M Sia Terima Aset Rm465 3 Juta Selepas Lepaskan Anak Tiri Najib

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 455 hits
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Riza Aziz berhubung pertuduhan pengubahan wang haram AS 248 juta berkaitan penyelewengan dana 1MDB Foto NSTP Fathil AsriKUALA ...
Blackpink Comeback Apa Kata Umat Islam M Sia

Blackpink Comeback Apa Kata Umat Islam M Sia

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 441 hits
BLACKPINK selesai merakam lagu baharu mereka dan kini sedang merancang tarikh penggambaran video muzik mereka InstagramHALAMAN HIBURANBlinks Siap sedia BLACKPINK bakal buat comeback Lihat berta ini BERITA baik buat semua Blinks kumpulan yan...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Lindungi Peranti Galaxy Anda Dengan Samsung Care

Khutbah Jumat Jika Seorang Muslim Memperhatikan Shalat Asalnya Agama Dia Itu Baik

Adab Apabila Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin

Menjadi Kesalahan Dan Teladan Buruk Jika Kerajaan Tidak Akur Dekree Ydpa

Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ