Najib Razak Enam Perubahan Ketara Hidupnya Selepas Bn Tewas Pilihanraya


SELEPAS Pakatan Harapan menang dalam pilihanraya umum yang lalu, akibat "Tsunami Rakyat Malaysia," berlaku perubahan besar dalam struktur pentadbiran Malaysia.

Tentu sekali Najib Razak, bekas perdana menteri merupakan individu yang paling terkesan dengan gelombang perubahan rakyat, kerana perubahan pentadbiran turut mengubah cara hidup bekas presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional itu.

Najib Razak kini bukan lagi seorang Perdana Menteri. Selepas parti yang diketuainya gagal mendapat majoriti di Dewan Rakyat, Perdana Menteri telah digantikan dengan Tun Dr Mahathir. Najib kini hanyalah sebagai ahli parlimen biasa yang mewakili Pekan, Pahang.

Kehidupan sebagai ahli parlimen biasa, tentu sekali jauh berbeza berbanding ketika dia masih memegang jawatan sebagai Perdana Menteri suatu masa dahulu.

Di bawah ini disenaraikan 10 perubahan ketara cara hidup Najib selepas Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya.

1. Tiada lagi polis iringi Najib setiap kali pergi ke mana-mana

Selari dengan keadaannya yang bukan lagi sebagai seorang Perdana Menteri, segala khidmat polis pengiring yang selama ini menjaga Najib dan keluarganya ketika keluar ke mana-mana sudah ditamatkan.



Selain itu tiada lagi peruntukan "outriders" Polis yang selalu mengekori kenderaan Najib ketika beliau masih berkhidmat sebagai PM.

Bagaimanapun, jika Najib masih memerlukan "outriders" untuk mengikuti kenderaannya, dia boleh sahaja mengupah sesiapa untuk mengiringi kenderaannya, dengan biaya dari wang kocekya sendiri, kerana tiada lagi peruntukan kerajaan untuk perkara itu.

2. Najib Razak dah pandai pergi himpunan rakyat

Antara perkataan paling popular dan paling diingati rakyat pernah keluar dari mulut Najib Razak suatu masa dahulu ketika masih merupakan seorang Perdana Menteri ialah:

"Demonstrasi jalanan bukan budaya kita,"



Tetapi itu dahulu kini, selepas BN tumbang, Najib terpaksa menjilat air ludahnya sendiri, kita lihat semalam (8 Disember 2018) Najib sendiri telah turun berhimpun dalam demonstrasi ICERD, malah Datin Rosmah pun turut sama mengikut Najib dalam himpunan tersebut.



Dalam erti kata lain, ungkapan "demonstrasi bukan budaya kita," yang pernah diucapkan oleh Najib satu masa dahulu, hanyalah sekadar ungkapan bongkak seorang pemimpin ketika berada di puncak kuasa.

Kita percaya sekiranya diadakan lagi himpunan-himpunan lain untuk membantah kerajaan di masa hadapan, Najib Razak dan Rosmah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk turut serta berhimpun. Tak percaya tengoklah nanti.

3. Najib buat sendiri kerja-kerja "cybertrooper," (tentera cyber)

Kalau dahulu, kita tahu bahawa Najib Razak telah mengupah ribuan cybertrooper untuk mempertahankan dirinya dan kerajaan Barisan Nasional daripada kritikan pembangkang.

Sejumlah dana yang besar dibelanjakan untuk menyebarkan propaganda kerajaan dan menangkis kritikan pembangkang.

Salah satu kumpulan cybertrooper yang terkenal mempertahankan Najib ialah kumpulan bot #RespectMyPM yang akan menghujani ruangan komen Facebook suami Rosmah itu dengan perkataan #RespectMyPM bertalu-talu.

BACA JUGA — Cybertrooper #RespectMyPM

Namun hari ini selepas BN tewas, meskipun masih ada cybertrooper yang berkhidmat untuk Najib, Umno dan Barisan Nasional, Najib sendiri terpaksa buat kerja-kerja cybertrooper ini.

Kita lihat begitu rajin Najib mengemas kini sendiri laman sosial Twitter dan Facebook miliknya dengan tulisan-tulisan yang begitu panjang, menunjukkan beliau ada masa yang banyak di rumah.

4. Tidak boleh melancong ke luar negara

Jika dahulu Najib Razak boleh pergi ke mana sahaja di dunia ini tempat yang disukainya. Malah beliau selama ini menggunakan harta kerajaan dengan sewenang-wenangnya untuk tujuan itu.

Sebelum ini Najib boleh gunakan jet peribadi milik kerajaan untuk terbang ke mana sahaja bagaikan jet peribadi itu Tun Razak yang punya.




Namun kini, Najib tidak lagi boleh gunakan jet peribadi itu kerana dia bukan lagi seorang Perdana Menteri.

Malah Najib juga sudah tidak boleh melancong ke luar negara. Ini kerana Najib telah didakwa di mahkamah atas berpuluh-puluh tuduhan rasuah dan penyelewengan wang rakyat, terutama berkaitan 1MDB.

Jadi bagi mengelakkan dia sebagai terduduh melarikan diri, mahkamah telah mengarahkan agar dokumen perjalanan (pasport) miliknya diserahkan kepada mahkamah.

Tanpa dokumen perjalanan ini, Najib tidak akan dibenarkan untuk melepasi pintu sempadan Malaysia untuk ke luar negara secara sah.

5. Najib terpaksa bayar sendiri bil air dan elektrik rumahnya.

Jika dahulu kerajaan Malaysia terpaksa menanggung bil utiliti elektrik dan air rumah Najib Razak di Sri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri.

BACA — Bil elektrik rumah Perdana Menteri RM2.3 juta

Jutaan ringgit duit kerajaan terpaksa dibelanjakan bagi tujuan itu. Namun kini Najib tiada pilihan terpaksa membayar sendiri menggunakan wang poketnya segala mak nenek utiliti rumahnya.

6. Perlu berulang-alik ke mahkamah

Jika dahulu semasa menjawat jawatan Perdana Menteri, setiap hari pada waktu pagi Najib mungkin perlu pergi ke pejabatnya di Putrajaya bagi menjalankan tugas sebagai seorang Perdana Menteri.

Namun kini, oleh kerana berpuluh-puluh tuduhan rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan yang dihadapinya di mahkamah, Najib perlu sering berulang-alik ke mahkamah untuk tempoh masa yang panjang sehingga kes mahkamahnya selesai.

Sama ada beliau akan dipenjara ataupun dibebaskan akhirnya nanti, itulah rutin yang perlu dijalani oleh Najib Razak untuk jangka masa lama, bertahun-tahun lamanya mungkin 7 atau 8 tahun akan datang pun kes mahkamahnya masih belum selesai.

Jika tak datang perbicaraan mahkamah, waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya, wang jaminan berjuta ringgit yang telah dibayar bagi menjamin kebebasan akan "hangus".

Jadi Najib tak ada pilihan terpaksa berulang-alik ke mahkamah setiap kali ada perbicaraan.

Andai kata jika Najib dimasukkan ke dalam penjara nanti pun, mungkin dia masih perlu berulang-alik ke mahkamah jika ada lagi kes-kes pertuduhan terhadapnya yang belum selesai.

Satu pertuduhan sahaja pun boleh memakan masa sehingga 5 ke 8 tahun, apatah lagi berpuluh-puluh kes pertuduhan yang sedang dihadapi oleh Najib, silap hari bulan kes pertuduhan terhadap beliau bukan selesai kerana tamat perbicaraan, tapi kerana nyawanya tamat terlebih dahulu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.milosuam.net/2018/12/najib-razak-enam-perubahan-ketara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mujahid Kata Isu Th Dah Settle Cepatnya Najib Razak

Mujahid Kata Isu Th Dah Settle Cepatnya Najib Razak

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 39 hits
Isu TH dah settle Cepatnya Hari ini turut dilaporkan tentang kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusuf Rawa mengenai isu Tabung Haji Katanya walaupun TH berdepan dengan pelanggaran Akta Tabung Haji 1995 sejak 2014 namun ...
Najib Razak Dan Rosmah Mansor Melawat Anggota Bomba Adib Dan Ini Respond Mohammad Adib Bila Mereka Datang

Najib Razak Dan Rosmah Mansor Melawat Anggota Bomba Adib Dan Ini Respond Mohammad Adib Bila Mereka Datang

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 443 hits
Najib Razak Dan Rosmah Mansor Melawat Anggota Bomba Adib Dan Ini Respond Mohammad Adib Bila Mereka DatangNajib Razak Dan Rosmah Mansor Melawat Anggota Bomba Adib Dan Ini Respond Mohammad Adib Bila Mereka Datang
Th Tabung Haji Bukan Tabung Harapan Adakah Ph Mahu Bank Run Terhadap Th Najib Razak

Th Tabung Haji Bukan Tabung Harapan Adakah Ph Mahu Bank Run Terhadap Th Najib Razak

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 50 hits
Langkah kerajaan PH semalam untuk mempolitikkan Tabung Haji dengan mendakwa TH telah terlebih bayar dividend untuk 4 tahun berturut turut sehingga mengalami defisit RM4 1 bilion serta aset TH sedang dijual bukan satu langkah yang bijak Lebi...
Senyap Senyap Guan Eng Jual Lapangan Terbang Najib Razak

Senyap Senyap Guan Eng Jual Lapangan Terbang Najib Razak

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 39 hits
Loading Loading Jika Menteri Kewangan Pakatan Harapan mengumumkan secara terus bahawa mereka akan jual sekurang kurangnya 30 dari lapangan terbang bangunan hospital hospital awam stesen keretapi dan tanah tanahnya tentu ramai akan
Lagi 2 Adun Sertai Bersatu Selepas Enam Bulan Keluar Umno

Lagi 2 Adun Sertai Bersatu Selepas Enam Bulan Keluar Umno

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 27 hits
Dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri bebas di Johor disahkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia sekaligus menjadikan kerusi yang dipegang oleh Pakatan Harapan kini sebanyak 39 kerusi Dua Adun itu yang merupakan bekas ahli Umno ialah Ad...
Saadatul Nafisah Wanita Berani Sebalik Pendedahan Salah Laku Najib Razak

Saadatul Nafisah Wanita Berani Sebalik Pendedahan Salah Laku Najib Razak

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 136 hits
SALAH laku Najib Razak yang didakwa mengarahkan laporan akhir 1MDB diubahsuai antaranya untuk memadam nama Jho Low dalam laporan 1MDB menjadi tajuk utama sumber berita dalam negara beberapa hari ini Pendedahan itu jelas sekali menunjukkan b...
Najib Razak Tiba Di Kuala Lumpur Tetapi Cara Beliau Pergi Ke Tempat Itu Jadi Bualan Netizen

Najib Razak Tiba Di Kuala Lumpur Tetapi Cara Beliau Pergi Ke Tempat Itu Jadi Bualan Netizen

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 116 hits
KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kelihatan turut hadir dalam himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di bu negara petang ini Beliau yang memakai baju Melayu be...
Saya Sedih Ekonomi Malaysia Hancur Bawah Lim Guan Eng Najib Razak

Saya Sedih Ekonomi Malaysia Hancur Bawah Lim Guan Eng Najib Razak

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 69 hits
Saya dapati bahawa Menteri menteri kita kerap melancong ke luar negara Maszlee pergi Darell Leiking pergi Lim Guan Eng pergi Ada juga yang pergi ke London untuk lawatan sambil belajar Dahulu setiap kali ada misi ke luar negara Menteri mente...
Bagaimana Kalau Najib Razak Isi Borang Ppbm

Bagaimana Kalau Najib Razak Isi Borang Ppbm

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 80 hits
Adakah Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan menyambut mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sekiranya beliau mengisi borang permohonan Persoalan itu diutarakan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng dalam responnya terhadap persoalan ditim...

Darah Babi Segar Ramuan Rahsia Laksa Penang Terkenal

Video Terkini Suv Putih Berjaya Diangkat Naik Mengejutkan Ini Yang Dikongsi Oleh Pasukan Penyelam

Status Fb Pemandu Suv Dua Bulan Lalu Membayangkan Seolah Mendiang Tahu Dia Akan Pergi

Pilu Lihat Mayat Pemandu Terperangkap Dalam Suv Jatuh Jambatan

Vaksin Atau Tak Vaksin Lihat Gambar Ini Dan Nilaikan Sendiri

Tengok Gambar Daging Pun Dah Tahu Bukan Babi Mas Tak Perlu Minta Maaf Netizen

Keluarga Mendiang Moey Yun Peng Mahu Tuntut Keadilan

Mazda Cx 5 Berjaya Dinaikkan Kini Tunggu Laporan Bedah Siasat



Wad Mental Paling Ganas dalam Sejarah Pendedahan Kisah Hitam Rumah Sakit Jiwa Byberry

Resepi Asam Pedas Daging Tetel

Top 4 Misi Berjaya Ke Planet Zuhal

Resepi Terung Goreng Berlada Paling Simple

Sejarah Kejatuhan Constantinople dan Empayar Byzantine di Tangan Empayar Uthmaniyyah


Doa Untuk Ketika Di Bebani Hutang

Mengapa Yamaha Lexi Layak Menjadi Skutik Terbaik Pada 2018

The War On Trees

Wan Azizah Rayu Orang Asli Undi Ph Dan Lupakan Bn

Tak Sabar Nak Sambar Jersi Rasmi Harimau Kumbang 2019

Cermin Belakang Kereta Pecah