Nafsu Yang Tersembunyi




Beberapa pakar sejarah Islam meriwayatkan sebuah kisah menarik, kisah Imam Ahmad bin Miskin, seorang ulama abad ke-3 dari kota Basrah, Iraq. Beliau bercerita:Aku pernah diuji dengan kemiskinan pada tahun 219 Hijriyah
Waktu itu, aku sama sekali tidak memiliki apa-apapun, sementara aku harus menafkahkan seorang isteri dan seorang anak. Himpitan hebat rasa lapar terbiasa mengiringi hari-hari kami
Maka aku bertekad untuk menjual rumah dan pindah ke tempat lain. Akupun berjalan mencari orang yang bersedia membeli rumahku
Bertemulah aku dengan sahabatku Abu Nashr dan kuceritakan keadaanku. Lantas, dia malah memberiku 2 lembar roti isi manisan dan berkata: “Berikan makanan ini kepada keluargamu.”Di tengah perjalanan pulang, aku berselisihan dengan seorang wanita faqir bersama anaknya. Tatapannya jatuh di kedua lembar rotiku. Dengan nada yang sayu dia memohon:“Wahai Tuan, anak yatim ini belum makan, tidak terdaya kerana terlalu lama menahan rasa lapar yang menghimpit diri. Tolong berikan dia sesuatu yang boleh dia makan. Semoga Allah Ta'ala merahmati Tuan.”Sementara itu, si anak menatapku tekun dengan tatapan yang tidak akan kulupakan sepanjang hayat. Tatapan matanya menghanyutkan fikiranku dalam khayalan ukhrawi, seolah-olah syurga turun ke bumi, menawarkan dirinya kepada siapapun yang ingin meminangnya, dengan mahar mengenyangkan anak yatim miskin dan ibunya ini
Tanpa ragu sedetikpun, kuserahkan semua yang ada ditanganku. “Ambillah, beri dia makan”, kataku pada si ibu
Demi Allah, padahal waktu itu tidak sesen pun dinar atau dirham yang aku miliki
Sementara di rumah, keluargaku sangat memerlukan makanan itu
Spontan, si ibu tidak dapat membendung air matanya (menangis) dan si kecilpun tersenyum indah bak purnama
Kutinggalkan mereka berdua dan kulanjutkan langkah kakiku, sementara beban hidup terus bergelutan difikiranku
Sejenak, kusandarkan tubuh ini pada sebuah dinding, sambil terus memikirkan perancanganku untuk menjual rumah. Dalam keadaanku seperti itu, tiba-tiba Abu Nashr dengan kegirangan mendatangiku
“Hei, Abu Muhammad...! Kenapa kau duduk-duduk di sini sementara limpahan harta sedang memenuhi rumahmu?”, tanyanya
"Masyaallah....!”, jawabku terkejut. “Dari mana datangnya?”“Tadi ada seorang lelaki datang dari Khurasan. Dia bertanya-tanya tentang ayahmu atau siapapun yang mempunyai hubungan kerabat dengannya. Dia membawa berduyun-duyun kenderaan barang penuh berisi harta,” ujarnya
“Jadi?”, tanyaku kehairanan
“Dia itu dahulu saudagar kaya di Basrah ini. Kawan ayahmu, dulu ayahmu pernah memberikan kepadanya harta yang telah ia kumpulkan selama 30 tahun. Lantas dia rugi besar dan bangkrap. Semua hartanya musnah, termasuk harta ayahmu. Lalu dia lari meninggalkan kota ini menuju Khurasan. Di sana, keadaan ekonominya beransur-ansur baik. Bisnesnya meningkat dan berjaya. Kesulitan hidupnya perlahan-lahan pergi, berganti dengan limpahan kekayaan. Lantas dia kembali ke kota ini, ingin meminta maaf dan memohon keikhlasan ayahmu atau keluarganya atas kesalahannya yang lalu
Maka sekarang, dia datang membawa seluruh harta hasil keuntungan perniagaannya yang telah dia kumpulkan selama 30 tahun berniaga dan ingin berikan semuanya kepadamu, berharap ayahmu dan keluarganya berkenan memaafkannya.”Ahmad bin Miskin melanjutkan ceritanya:“Kalimah puji dan syukur kepada Allah Ta'ala meluncur dari lisanku. Sebagai bentuk syukur. Segera kucari wanita faqir dan anaknya tadi. Aku menyantuni dan menanggung hidup mereka seumur hidup
Aku pun terjun di dunia perniagaan seraya menyibukkan diri dengan kegiatan sosial, sedekah, memberi bantuan dan berbagai bentuk amal soleh. Adapun hartaku, terus bertambah melimpah ruah tanpa berkurang
Tanpa sedar, aku merasa TAKJUB dengan amal solehku. Aku MERASA, telah MENGUKIR lembaran catatan malaikat dengan hiasan AMAL KEBAIKAN. Ada semacam HARAPAN PASTI dalam diri, bahawa namaku mungkin telah TERTULIS di sisi Allah Ta'ala dalam daftar orang-orang yang SOLEH
Suatu malam, aku tidur dan bermimpi. Aku lihat, diriku tengah berhadapan dengan hari kiamat
Aku juga lihat, manusia bagaikan berombak lautan. Aku juga lihat, badan mereka membesar. Dosa-dosa pada hari itu berwujud dan berupa, dan setiap orang memikul dosa-dosa itu masing-masing di punggungnya
Bahkan aku melihat, ada seorang pendosa yang memikul di punggungnya beban besar seukuran kota Basrah, isinya hanyalah dosa-dosa dan hal-hal yang menghinakan
Kemudian, timbangan amal pun ditegakkan, dan tiba giliranku untuk perhitungan amal
Seluruh amal burukku diletakkan di salah satu sisi timbangan, sedangkan amal baikku di sisi timbangan yang lain. Ternyata, amal burukku jauh lebih berat daripada amal baikku..
Tapi ternyata, perhitungan belum selesai. Mereka mulai meletakkan satu persatu berbagai jenis amal baik yang pernah kulakukan
Namun alangkah ruginya aku. Ternyata dibalik semua amal itu terdapat "NAFSU TERSEMBUNYI". Nafsu tersembunyi itu adalah riya', ingin dipuji, merasa bangga dengan amal solehku. Semua itu membuat amalku tak berharga. Lebih buruk lagi, ternyata tidak ada satupun amalku yang terlepas dari nafsu-nafsu itu. Aku putus asa
Aku yakin aku akan binasa. Aku tidak punya alasan lagi untuk selamat dari seksa neraka
Tiba-tiba, aku terdengar suara, “Masihkah orang ini mempunyai amal baik?”“Masih...”, jawab suara lain. “Masih berbaki yang ini.”Aku pun menjadi tidak tentu, amal baik apakah gerangan yang masih berbaki? Aku berusaha melihatnya
Ternyata, itu HANYALAH dua LEMBAR ROTI isi manisan yang pernah kusedekahkan kepada wanita fakir dan anaknya
Habis sudah harapanku... Sekarang aku benar benar yakin akan binasa sebinasanya
Bagaimana mungkin dua lembar roti ini menyelamatkanku, sedangkan dulu aku pernah bersedekah 100 dinar sekali sedekah dan itu tidak berguna sedikit pun. Aku merasa benar-benar tertipu habis-habisan
Segera 2 lembar roti itu diletakkan di timbanganku. Tak kusangka, ternyata timbangan kebaikanku bergerak turun sedikit demi sedikit, dan terus bergerak turun sehingga lebih berat sedikit dibandingkan timbangan keburukanku
Tidak sampai disitu, tenyata masih ada lagi amal baikku. Iaitu berupa AIR MATA wanita faqir itu yang mengalir saat aku berikan sedekah. Air mata tak terbendung yang mengalir kala tersentuh akan kebaikanku. Aku, yang kala itu lebih mementingkan dia dan anaknya dibanding keluargaku
Sungguh tak terbayang, saat air mata itu diletakkan, ternyata timbangan baikku semakin turun dan terus memberat. Hingga akhirnya aku mendengar suatu suara berkata, “Orang ini selamat dari seksa neraka...
Masih adakah terselit dalam hati kita nafsu ingin dilihat hebat oleh orang lain pada ibadah dan amal-amal kita..????!!
Allahuakbar!!! Aku bermohon kehadrat Allah Tuhan Pemilik Hari Pembalasan agar diriku, keturunanku juga sahabat²ku semua dijauhkan dari sifat dan juga amal dari Nafsu Yang Tersembunyi
Sumber tazkirah telah kupetik dari kitab "KISAH TAULADAN""Ar-Rafi’i dalam Qalam (2/153-160)"
Semoga kita diberi kefahaman untuk amal dan beroleh manfaat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/nafsu-yang-tersembunyi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rog Phone 3 Mempunyai Tetapan Skrin Kadar Segar Semula 160hz Tersembunyi

Rog Phone 3 Mempunyai Tetapan Skrin Kadar Segar Semula 160hz Tersembunyi

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 206 hits
Asus ROG Phone adalah telefon pintar dari Asus yang memfokuskan permua ROG Phone 3 juga adalah antara yang terawal yang dilancarkan dengan Snapdragon 865 dan merupakan peranti ketiga dari mereka Peranti ini sering dikenali ramai dengan kema...
Agenda Tersembunyi Di Dalam Tuntutan Cukai Ke Atas Bossku Adakah Muhyiddin Terlibat Sama

Agenda Tersembunyi Di Dalam Tuntutan Cukai Ke Atas Bossku Adakah Muhyiddin Terlibat Sama

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 243 hits
Mahkamah Tinggi baru baru ini mengarahkan DS Najib Razak a k a Bossku membayar cukai pendapatan sebanyak RM 1 7 billion Arahan Mahkamah adalah selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 106 dan seksyen 106 Akta Cukai Pendapatan 1967 yakni L...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats