Mommy Hood



Bismillah
Hi. Terasa nak menulis, sambal minum kopi di tepi tingkap dengan pemandangan hutan atau air terjun
Hidup aku agak hectic sejak sebulan dua ni. Semua kerja nak buat dan nak kejar sebelum puasa dan raya. Itu belum masuk rutin di rumah. Kadang-kadang sampai rumah je, battery aku dah flat. Haih...This is life. Juggling with so many things in your hands are not easy, but you have no choice

Walaupun penat, tapi aku rasa hidup aku terisi. Aku lebih focus dan bermatlamat dalam kehidupan seharian. Aku lebih bijak merancang hidup. Kalau dulu, balik kerja boleh je cakap tak tahu nak buat apa. Tapi sekarang, aku dah tahu aku nak buat apa untuk seminggu ke depan

Being a mother, aku tak boleh lari dari emosi. Kadang-kadang nak nangis sebab penat sangat. Kadang-kadang rasa happy sampai rasa macam di awanan. Dan orang yang selalu nampak turun naik mood aku semestinyalah suami aku. Dialah punch bag aku time aku bad mood, tapi dia jugalah bantal empuk aku kalau aku gembira. Means dia selalu ada dengan aku walau apa keadaan sekali pun (walaupun kadang-kadang dia ada kat situ sebagai pasu bunga je read: tak buat apa-apa) 
Nuha dah 10 bulan. Cepatnya masa berlalu. Terasa nak pause dia sekejap supaya aku boleh preserve kecomelan dan keletah manja dia tu. Wallahi aku akan rindu momen-momen ni. Baru aku faham perasaan ni, sebaik aku menjadi seorang ibu. Dan berapa ramai yang tahu aku sebak hampir setiap malam setiap kali merenung dia tidur. Aku selalu cakap pada dia yang aku akan jaga dia full time soon bila family kita dah senang sikit. Aku akan jadi WAHM dan Nuha akan ada dengan aku selalu. I'm sorry for not always being with you for now, Nuha. But please know that we love you so much

Dah masuk Q2, kami sekeluarga masih belum berpeluang untuk bercuti bersama. Suami aku sangat sibuk. (Cliché). Hahhahaha! Aku teringin nak ke Sabah. Tapi dengan adanya Nuha, memang kami perlu rancang elok-elok in and out. Kalau boleh nak flawless je. Insya Allah lepas raya lah kita fikir balik plan ni. Sekarang kita focus nak kutip duit raya je dulu buat tambang kapal. Kehkehkeh

Oh yea. Pesanan kepada readers aku, kalau nak tanya apa-apa kan, ada dua platform yang boleh diguna: 1. Tekan butang 'contact' dan tulis soalan di situ. Tapi sebelum tu, perkenalkanlah diri. Kalau nak tanya tentang tips and tricks travel, itinerary ke, apa kata cerita dulu situasi korang. Jangan main sondol je ; sis RM200 cukup tak untuk 4hari 3 malam punya penginapan kat Tioman? Aku ni tak tahu hujung pangkal, terpaksa email balik tanya details area mana, pergi dengan family ke dengan kawan, bajet berapa. Ehhhhhhhh kerja aku pulak~2. Boleh komen terus kat ruang komen di bawah setiap entri. Senang. Both methods ni akan ada notification yang masuk ke email aku supaya aku alert. Insya Allah aku akan reply punya~
I will be back in no time
Mak Nuha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dhiyadahlia.blogspot.com/2019/04/mommy-hood.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
41kg Cantiknya Mommy Gambar Terbaru Amyra Rosli Jadi Tumpuan Peminat

41kg Cantiknya Mommy Gambar Terbaru Amyra Rosli Jadi Tumpuan Peminat

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 140 hits
Pada hari Ahad yang lepas telah berlangsung acara Anugerah MeleTOP Era 2019 di Axiata Arena Bukit Jalil Rata rata penampilan selebriti yang hadir dengan menggayakan fesyen masing masing menjadi bualan peminat Tidak ketinggalan pelakon drama...
Bercerita Pasal Pelakon Bollywood Kareena

Order Nasi Ayam Berempah Tapi Mana Ayam Berempahnya

Sinopsis Dendam Pontianak

Mekdi Panggilan Tempatan Bagi Mcdonald S Kini Jelas Terpampang Di Restoran Mcdonald S Bukit Bintang

Misteri Binaan Piramid Terjawab Dalam Al Quran

Sebenarnya Keris Boleh Dipos Tapi

Orang Perut Busuk Busukkan Keadaan

Kedai Makan Di Sungai Bakap Yang Pelayan Nya Kurang Ajar



Asal Usul Petua Halau Kucing Dengan Botol Air Merah

2 Saintis Gila Buang 12 000 Tan Kulit Limau Tetapi Hasilnya Mengagumkan

7 Sebab Anda Boleh Menjadi Gila Apabila Bekerja di Kilang iPhone

Orang Sabian Golongan Ahli Kitab Yang Jarang Diceritakan

7 Fakta Dahsyat Tentang Kes Rampasan Pesawat Oleh D B Cooper


Beautiful Flowers Within The Day With Same Day Flower Delivery Little Flower Hut

Tabung Haji Pak Ungku

Golden Hour Telok Nipah

Penganjuran Program Nanoteknologi Terbesar Di Malaysia Nanosummit Malaysia Conference And Expo

Isu Kibarkan Bendera Malaysia Terbalik

Masya Masyitah Usop William Tan Lil J Eiffel Alif Timah Cici Oh Malaysiaku Lirik