Messi Patah Lengan
LIONEL Messi patah lengan kanan ketika membantu kelab itu mencatat kemenangan 4-2 ke atas Sevilla, pagi tadi. - Foto ReutersMessi patah lengan
BARCELONA: Kapten Barcelona, Lionel Messi bakal terlepas aksi selama tiga minggu, selepas patah lengan kanan ketika membantu kelab itu mencatat kemenangan 4-2 ke atas Sevilla, pagi tadi.
Susulan daripada kecederaan itu, Messi tidak akan diturunkan untuk perlawanan ‘Clasico’ menentang seteru utama, Real Madrid pada 28 Oktober ini.
Ousmane Dembele menggantikan Messi pada minit ke-25, selepas pemain Argentina itu diperiksa oleh doktor kelab di tepi padang ekoran pertembungan dengan pemain Sevilla, Franco Vazquez.
Messi yang membantu gol pembukaan dijaringkan Philippe Coutinho pada minit kedua dan meledak gol kedua pasukan, dilihat mengalami menderita kesakitan, meninggalkan padang dengan lengan kanannya berbalut.
“Apa yang jelas, ia boleh dikatakan satu kehilangan,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde.
“Kami tahu apa yang diberikannya kepada kami dan apa yang kami terlepas apabila dia tidak ada bersama kami. Kami perlu mengharunginya dan kami akan bersedia.
“Adalah jelas yang kami perlu akur dengan ketiadaannya, tetapi kami akan cuba membiasakan diri. Kami mempunyai sumber, biarpun kami akan berdepan beberapa pasukan yang sangat sukar.”
Selain aksi ‘Clasico’, penjaring sepanjang zaman Barca itu juga tidak boleh diturunkan untuk perlawanan Liga Juara-Juara, Rabu ini menentang Inter Milan di laman sendiri dan aksi timbal balik di Milan, 6 November depan.
Pertahanan Barca, Gerard Pique mengakui ketiadaan Messi akan membawa impak kepada pasukan tetapi percaya pasukan dapat mengharungi beberapa perlawanan selepas ini tanpa terlepas banyak mata.
“Dia memberi kami ketenangan apabila dia berada bersama pasukan tetapi kami tidak begitu menderita tanpanya,” katanya.
“Terdapat perbezaan besar antara mempunyainya di padang ataupun tidak tetapi kami mempunyai sebuah pasukan yang cukup kuat untuk memenangi perlawanan sama ada dia bermain ataupun tidak.” - AFP
1407 dibaca
Berita Berkaitan
Ketegangan politik motivasi Barca
Barcelona mula jelajah tanpa Messi
Messi dijangka kembali beraksi menentang Malaga
Messi sumbat gol ke-500 bersama Barcelona
Barcelona benam Betis 2-0, kekal teratas La Liga
Messi intai rekod penjaring gol terbanyak dalam sejarah La Liga
Barcelona diikat di Valencia, Sevilla dahului liga
Messi cetus kebangkitan benam Juventus
Trending
'Buat apa padam, itu saya yang dulu'
2 pelajar UiTM Tapah maut dirempuh kereta
Lindungi anak dari internet - Hannah Yeoh
Bukan malam JDT - Figueroa
Kementerian Pendidikan cadang kokurikulum belajar berenang mulai 2019
Irfan Bakti tabik aksi Mohd Sufian
Disyorkan
Itu bukan gaya Chelsea - Sarri
Ronaldo ledak gol ke-400
Keputusan aksi La Liga
Keputusan aksi Ligue 1
Madrid tewas kepada Levante, Lopetegui makin tertekan
Keputusan aksi Serie A
Persiapan rentasi kesejukan Antartika
Nor Azam sedia sahut panggilan
Tanzania tahan 104 orang disyaki militan
Tchetche puas takluk Larkin
Liverpool menang cara susah - Klopp
Sudah 10 Hari Travel Solo Di Beberapa Negara, Nabila Huda Kongsi Pengalaman
© 2018 BH, New Straits Times Press (M) Bhd. A part of Media Prima Group.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://buletinsabahfa.blogspot.com/2018/10/messi-patah-lengan.html