Menyesal Kerja Dengan Atok Bersama Ph Pulak Dah Hahahaha


Ramkarpal Singh menyuarakan kritikan pedas terhadap Dr Mahathir Mohamad hari ini berhubung cadangan agar bekas perdana menteri itu kembali mengetuai pentadbiran negara untuk kali ketiga

Tanpa berlapik, Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu menyalahkan tindakan-tindakan Mahathir di masa lalu sebagai punca keadaan semasa negara, dan menyuarakan kekesalannya kerana pernah bekerja dengannya di bawah PH

"Saya menyesal bekerja dengan anda. Andalah sebab mengapa negara ini (dalam keadaan seperti ini) sekarang. Andalah sebab mengapa negara ini perlukan pembaharuan.
"Dan hari ini anda kata anda nak 'selamatkan negara? Anda adalah orang terakhir yang mampu melakukannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ramkarpal mengulas cadangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) - yang diasaskan Mahathir - agar Mahathir menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sehingga PRU15

Menyampaikan keputusan jawatankuasa penaja Pejuang di Facebook, setiausaha politik Mahathir, Abu Bakar Yahya berkata: 
"Kami ahli jawatan kuasa penaja parti Pejuang telah pun memutuskan dengan sebulat suara bahawa Tun M sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan perdana menteri yang ada sementara menunggu pilihan raya umum ke-15 jika negara mahu diselamatkan."
Selepas keruntuhan pentabdiran PH Mac lalu, gabungan itu mendakwa ia mempunyai jumlah kerusi Parlimen yang cukup untuk kembali menubuhkan kerajaan

Bagaimanapun keputusan tidak dapat dicapai berhubung siapa yang akan menjadi perdana menteri

Di tengah-tengah kebuntuan antara Mahathir dan Presiden PKR Anwar IBrahim, DAP dan Amanah menyuarakan sokongan terhadap cadangan agar bekas pengerusi Bersatu itu sekali lagi mengetuai kerajaan

DAP dan Amanah juga kemudiannya menyokong cadangan Mahathir agar Presiden Warisan Shafie Apdal menjadi calon perdana menteri. Cadangan itu ditolak Anwar

Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng - yang menggesa Muhyiddin untuk fokus dalam usaha menangani wabak Covid-19 berbanding kemelut dalam Perikatan Nasional - memilih untuk menghindari isu berkenaan pendirian DAP

"Saya diminta oleh media untuk memberi komen tentang pendirian DAP mengenai perkembangan politik semasa berikutan perpecahan PN dan parti-parti komponen kerana tidak berpuas hati dengan kelemahan perdana menteri dalam menangani krisis kesihatan Covid-19.
"Namun, tidak ada keperluan untuk menyatakan atau mengulangi pendirian parti ketika orang awam mendambakan kerajaan yang bertanggungjawab kepada kepentingan negara dan rakyat, bukannya hanya untuk survival individu dan politik mereka sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Ramkarpal membangkitkan bagaimana Mahathir meletakkan jawatan pada awal tahun ini tanpa berbincang dengan pimpinan PH serta janjinya agar Anwar menggantikannya

"Dia letak jawatan sebagai perdana menteri. Dia kata ini kerana dia dikatakan tidak lagi ada majoriti pada masa itu...Dia tidak peduli untuk berunding dengan kerajaannya atau Kabinetnya. Dia buat mengikut caranya sendiri.
"Kini dia nak jadi perdana menteri sekali lagi. Sebagai warga Malaysia saya bertanya pada diri sendiri, adakah tiada orang lain?
"Adakah kita akan lantik orang sama yang berjanji kepada negara yang dia akan serahkan baton kepada Anwar tetapi hari ini memberitahu kita dia tidak sesuai untuk negara?
"Mengapa beritahu kami jika anda pada masa itu fikir dia (Anwar) sesuai? Untuk raih undi?" soalnya lagi.
Ramkarpal juga membangkitkan tindakan lampau Mahathir, terutama ketika pertama kali menjadi perdana menteri, termasuklah penangkapan pengkritik kerajaan

Dia juga berkata Mahathir menjanjikan sejumlah pembaharuan sebelum PRU14 tetapi kemudian berkata janji itu dibuat ketika dia tidak menjangka akan menang

"Dulu saya percayakannya.
"Hari ini dia benar-benar mahukan kerajaan tanpa Anwar, dan ia membangkitkan persoalan: Mengapa anda berbohong pada masa lalu dengan menjanjikan jawatan (perdana menteri) kepadanya?
"Saya hormat apa yang anda lakukan pada masa lalu. Anda musnahkan sistem kehakiman, penjarakan ramai orang kerana mereka menentang anda. Masih ingat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?" katanya lagi.
Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/10/menyesal-kerja-dengan-atok-bersama-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Itu Mosi Tidak Percaya Trending Terkait Uu Cipta Kerja Omnibus Law

Apa Itu Mosi Tidak Percaya Trending Terkait Uu Cipta Kerja Omnibus Law

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 231 hits
Omnibus law UU Cipta Kerja terus memancing reaksi dari berbagai kelompok masyarakat Reaksi kekecewaan memunculkan berbagai aksi salah satunya trending mosi tidak percaya DPR di Twitter karena aturan dirasa merugikan masyarakat pekerja Dikut...
Tolak Uu Cipta Kerja Jefri Nichol Ikut Aksi Turun Ke Jalan Warganet Heboh

Tolak Uu Cipta Kerja Jefri Nichol Ikut Aksi Turun Ke Jalan Warganet Heboh

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 202 hits
Selain Jefri Nichol banyak juga publik figur yang turut menentang pengesahan RUU Cipta Kerja ini
Ditemui Tiada Rumah Baru Kematian Ibu Boss Besar Shell Tawar Kerja Kepada Pemuda Ini

Ditemui Tiada Rumah Baru Kematian Ibu Boss Besar Shell Tawar Kerja Kepada Pemuda Ini

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 377 hits
Saat anak muda lain boleh menuntut ilmu makan ditanggung ibu bapa dan hidup selesa di rumah masing masing ada sesetengah remaja yang kurang bernasib baik terpaksa berhujan panas tanpa tempat berteduh Terpaksa bekerja di usia muda mereka laz...
Demo Tolak Uu Cipta Kerja Di Dprd Diy Rusuh 45 Orang Diamankan

Demo Tolak Uu Cipta Kerja Di Dprd Diy Rusuh 45 Orang Diamankan

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 205 hits
Yuliyanto menambahkan saat ini pihaknya akan melakukan olah tempat kejadian perkara serta melakukan pengusutan dan penindakan terhadap pelaku
Tanggapi Uu Cipta Kerja Krisdayanti Tak Ada Niat Manjakan Pengusaha

Tanggapi Uu Cipta Kerja Krisdayanti Tak Ada Niat Manjakan Pengusaha

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 182 hits
Krisdayanti menanggapi UU Cipta Kerja yang menuai polemik di masyarakat khususnya para buruh Sebagai anggota DPR RI Fraksi PDI Perjuangan Krisdayanti membantah adanya upaya pemerintah untuk berpihak kepada para pengusaha Pada dasarnya pemer...
Sikap Prabowo Subianto Dipertanyakan Setelah Gerindra Setujui Uu Cipta Kerja Dimana Prabowo

Sikap Prabowo Subianto Dipertanyakan Setelah Gerindra Setujui Uu Cipta Kerja Dimana Prabowo

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 159 hits
Partai Gerindra Ikut mendukung dalam pengesahan UU Cipta Kerja di Indonesia beberapa waktu lalu Masyarakatpun menanyakan bagai mana pandangan dari ketua Gerindra Prabowo Subianto Pasca UU Cipta Kerja Omnibus Law disahkan DPR RI melalui rapa...
Demonstrasi Bantah Undang Undang Tenaga Kerja Cetus Kekecohan Di Indonesia

Demonstrasi Bantah Undang Undang Tenaga Kerja Cetus Kekecohan Di Indonesia

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 260 hits
JAKARTA Beberapa siri demonstrasi membantah undang undang berkaitan tenaga kerja berlangsung di beberapa wilayah di Indonesia hari ini termasuk di kota Jakarta yang turut mencetuskan rusuhan sehingga merosakkan harta benda awam Demonstrasi ...
Melunak Puan Maharani Tiba Tiba Bela Kaum Buruh Dan Sebut Akan Lakukan Evaluasi Uu Cipta Kerja

Melunak Puan Maharani Tiba Tiba Bela Kaum Buruh Dan Sebut Akan Lakukan Evaluasi Uu Cipta Kerja

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 217 hits
Puan Maharani akhirnya muncul ke publik dan angkat bicara soal UU Cipta Kerja yang kini menjadi polemik masyarakat Bila sebelumnya kukuh mengesahkan UU Cipta Kerja atau Omnimbus Law Puan Maharani memberikan pernyataan mengejutkan bila dirin...
Dukung Omnibus Law Krisdayanti Uu Cipta Kerja Adalah Terobosan

Dukung Omnibus Law Krisdayanti Uu Cipta Kerja Adalah Terobosan

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 334 hits
Reaksi rakyat yang kisruh akibat disahkannya Omnibus Law yang diwujudkan pada UU Cipta Kerja nyatanya mengundang perhatian penyanyi yang kini duduk di Senayan sebagai wakil rakyat Krisdayanti Lewat unggahan Instagramnya krisdayantilemos pad...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang