Mengharungi Setahun Penuh Liku Cabaran



Oleh Mahani Ishak Ketibaan vaksin Pfizer pada 21 Februari lalu adalah kemuncak usaha kerajaan membendung wabak COVID-19, seterusnya mampu memulihkan semula ekonomi negara. - Foto Ihsan MAS KARGO KUALA LUMPUR: Pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat cepat bertindak menangani setiap krisis, terutama kesan pandemik COVID-19 yang begitu ketara.
Tindakan itu termasuk memberikan bantuan munasabah dan seimbang kepada seluruh masyarakat yang terkesan dari segi ekonomi akibat wabak berkenaan.
Kemuncak kepada usaha itu ialah pada 21 Februari lalu apabila kelompok pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech dan semalam dengan ketibaan 200 liter vaksin Sinovac dari China.
Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata sepanjang setahun ini, kerajaan bukan saja mengumumkan pelbagai inisiatif tetapi proaktif serta terus membuat pemantauan bagi memastikan bantuan itu sampai kepada golongan sasar.
"Sepanjang hampir setahun menerajui kepemimpinan, kerajaan bukan saja segera memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi tetapi selari membuat pemantauan melalui laporan mingguan oleh unit laksana di bawah Kementerian Kewangan.
"Sebanyak lima pakej rangsangan dilancarkan tahun lalu bernilai RM305 bilion dan tidak termasuk peruntukan terbesar dalam sejarah yang diumumkan di bawah Belanjawan 2021 iaitu RM322.5 bilion.
"Ini sudah cukup membuktikan kerajaan bersungguh-sungguh membela nasib rakyat dan perniagaan dan dapat disaksikan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu, tidak sampai dua minggu selepas itu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dilancarkan dan disusuli pakej lain selepasnya.
"Apabila PKP kali kedua dilaksanakan pada 13 Januari lalu, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pula dilancarkan, tidak sampai seminggu sekatan perjalanan itu bermula,"katanya.


Beliau berkata, dengan pakej rangsangan itu, impak kemelesetan ekonomi, dapat diminimumkan dan perkembangan keseluruhan 2020, dianggap memuaskan berikutan ramai menjangkakan keadaan lebih teruk daripada itu.
Kira-kira 4.8 juta pekerja mendapat manfaat daripada Langkah Tambahan yang diumumkan bagi membantu meringankan beban kewangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam PERMAI.
Di bawah Pakej PRIHATIN pula, katanya, Program Subsidi Upah (PSU) kepada majikan diberi enam bulan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Selain PRIHATIN, PERMAI, PSU, tumpuan membantu golongan B40, Skim MYFutureJobs, Geran Khas PRIHATIN dan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Ahmed Razman berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menyusut negatif 5.6 peratus pada keseluruhan 2020, namun menunjukkan pemulihan ketara tahun ini.
"Ini sangat memuaskan kerana ramai menjangkakan lebih teruk daripada itu. Walaupun menyusut sepanjang 2020, namun negatif 4 pada November tetapi pada Disember ini mencatatkan 1.7 peratus, sekali gus penguncupan semakin perlahan.
"Angka eksport pula menunjukkan momentum positif lima bulan berturut-turut, berkembang 6.6 peratus pada Januari lalu kepada RM89.63 bilion (eksport Malaysia)," katanya.
Pengerusi Persatuan Pemandu Teks1M Lembah Klang, Yuzaimi Yusof, berkata ramai ahlinya mendapat manfaat sekali gus membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup dan sangat berterima kasih kepada inisiatif itu dilakukan secara berperingkat.
Berdasarkan keadaan semasa, katanya, tempoh setahun pentadbiran PN disifatkan baik dalam usaha mengawal ekonomi dan kebajikan rakyat.
"Antaranya pemandu teksi yang memohon mendapat bantuan one-off RM500, GKP RM3,000 dan BPN berikutan ramai termasuk dalam golongan B40.
"Misalnya menerusi GKP itu kami dapat sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan harian, malah ada yang menggunakan untuk menerokai bidang pekerjaan baharu, sekali gus tidak terasa diketepikan mendapatkan bantuan sewajarnya," katanya.
Individu cacat fizikal, Muhammad Nazreen Khuzairi Fauzi, 26, yang bekerja sebagai penghantar makanan, berkata banyak manfaat diperoleh secara individu menerusi PENJANA, BPN dan faedah caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) walaupun tiada majikan tetap.
"Saya dilindungi caruman PERKESO iaitu hanya perlu membayar RM60 setahun dan selama itu dilindungi insurans. Sejak dua tahun lalu, saya bekerja sebagai penghantar makanan," katanya yang turut mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM400.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/mengharungi-setahun-penuh-liku-cabaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spesifikasi Penuh Oppo Find X3 Pro Find X3 Neo Dan Find X3 Lite Tertiris

Spesifikasi Penuh Oppo Find X3 Pro Find X3 Neo Dan Find X3 Lite Tertiris

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 192 hits
Satu lagi ketirisan maklumat mengenai siri Oppo Find X3 kini tular di media sosial Siri ini akan dilancarkan pada 11 Mac ini dan menjadi peranti terkini daripada Oppo di bawah siri berkenaan Buat masa ini masih belum dapat dipastikan mengen...
Macam Ni Nak Minta Hantaran Rm20k Seram Owner Kesal Penyewa Cantik Tapi Bilik Penuh Dengan Sampah

Macam Ni Nak Minta Hantaran Rm20k Seram Owner Kesal Penyewa Cantik Tapi Bilik Penuh Dengan Sampah

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 258 hits
Macam ni nak minta hantaran RM20K Seram Owner kesal penyewa cantik tapi bilik penuh dengan sampahViral di media sosial video keadaan sebuah bilik sewa yang dipenuhi dengan sampah sarap longgokan pakaian bagai mengundang pelbagai reaksi neti...
Mengenang Artidjo Alkostar Hakim Yang Penuh Kesederhanaan Dan Ditakuti Para Koruptor

Mengenang Artidjo Alkostar Hakim Yang Penuh Kesederhanaan Dan Ditakuti Para Koruptor

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 171 hits
Hakim satu ini bahkan nggak segan menjatuhkan vonis 2 kali lipat lebih berat dari pengadilan tingkat pertama bagi para koruptor
Persahabatan Ikatan Hati Penuh Makna

Persahabatan Ikatan Hati Penuh Makna

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 180 hits
Persahabatan Ikatan Hati Penuh Makna Dia hadir saat tawa ceria Dia datang saat duka melanda Bukan kerana cinta Bukan sekadar untaian kata Hanya kejujuran untuk bersama meniti hari yang bermakna Hanya keikhlasan meredhai jalinan ukhuwah nan ...
Gelilah Tengok Muka Kau Lagi Kisah Dihina Diperli Kerana Muka Penuh Berjerawat

Gelilah Tengok Muka Kau Lagi Kisah Dihina Diperli Kerana Muka Penuh Berjerawat

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 178 hits
Baru baru ini viral beberapa keping foto seorang gadis tempatan yang mengalami masalah jerawat yang teruk Raut wajahnya yang sebelum ini licin berubah selepas memakai satu produk tempatan Dakwanya lagi perkara yang paling menyedihkan apabil...
Remaja Perempuan Di Kupang Ditemukan Tewas Penuh Luka Tusuk

Remaja Perempuan Di Kupang Ditemukan Tewas Penuh Luka Tusuk

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 147 hits
Tubuh korban juga terdapat luka tusuk menggunakan benda tajam di perut terdapat juga luka tusuk dileher lebam hitam di perut dan di kedua kaki korban
Golongan Anti Sains Dalam Dunia Penuh Sains

Golongan Anti Sains Dalam Dunia Penuh Sains

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 150 hits
1 Al kisah seorang pemuda yang anti sains tengah lepak di kedai mamak sambil minum teh ais sedang berbual dengan rakannya dengan penuh semangat dia menyatakan betapa dia anti sains Biasanya golongan anti sains ni dia datang pakej percaya bu...
Bunga Amp Kapsyen Penuh Love Zarina Sudah Berbaik Dengan Bekas Suami

Bunga Amp Kapsyen Penuh Love Zarina Sudah Berbaik Dengan Bekas Suami

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 187 hits
Hebahkan Thank u my Z Y demikianlah kapsyen yang ditulis pelakon Zarina Anjoulie pada foto dirinya menerima satu jambangan bunga daripada seseorang istimewa yang tidak didedahkan identitinya
Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


209 Doa Para Nabi

207 Chapter Master You Words

Coretan Dari Tingkat 2 Wad 29 Katil 18 Hprz 2

Sambutan Birthday Ke 9 Nur Wardina Soffea

Puding Jagung Yang Sedap

Play88 Online Slots The Evolution Of Graphics And Sound Effects