Mendaki Jabal Thur




Semasa kecil saya kerap mendengar cerita tentang Jabal Thur dari guru agama dan tidak pernah terfikir pada masa itu saya akan menjejakkan kaki dan melihat sendiri gua yang sering digambarkan. Sebenarnya pendakian ke Jabal Thur ini tidak termasuk dalam jadual umrah kami dan saya mendaki ke bukit ini setelah mendapat kebenaran dari ustaz yang memimpin rombongan umrah kami. Kebetulan hari ini aktivity bebas dan tiada acara lawatan yang direncanakan oleh pihak agency. Setelah sarapan, saya dan seorang teman menaiki sebuah teksi menuju ke kaki Jabal Thur setelah diterangkan oleh ustaz cara untuk ke sini.


Jabal Thawr atau Bukit Thur terletak di tanah rendah Mekah sekitar empat kilometer di sebelah selatan Masjidil Haram. Bukit yang sinonim dengan Gua Thur ini menjadi saksi perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar dalam proses menyebarkan dan mengembangkan Agama Allah.


Saya dan seorang teman menaiki teksi dengan tambang 30 Riyal tanpa tawar menawar ke kaki bukit ini pada jam 07:45 pagi dan memulakan pendakian pada jam 07:55 pagi. Kami berselisih dengan ramai pendaki yang telah kembali turun. Mungkin mereka memulakan pendakian seawal pagi. Trek ke puncak jelas dan walaupun kelihatan agak menegak namun proses pendakian tidak sesukar mana pada pendapat saya. Namun bagi pendaki yang tidak pernah mendaki mungkin bertentangan dengan pandangan saya. Kami berdua membawa dua bekas air zam-zam sebagai minuman memandangkan sekarang musim panas. Seperti yang dijangka, pendakian ke puncak memerlukan air minuman yang mencukupi.



Di setengah-setengah bahagian, jalur dibina secara zig-zag untuk mengurangkan kecerunan. Trek bukit ini tidak berpohon dan terbuka namun sampai di bahagian tengah ke puncak, angin bertiup nyaman. Kami mendaki secara sederhana sambil merakam gambar dan bertegur sapa dengan pendaki yang berselisih turun. Sayangnya banyak batu-batu di sini diconteng oleh pengunjung dan terdapat banyak botol mineral kosong yang dilempar oleh pendaki yang tidak bertanggung jawab di bukit ini.





 Dengan cuaca yang agak panas, saya membayangkan dan merasa kagum dengan Asma, anak Saidina Abu Bakar yang setiap hari mendaki ke sini dalam misi menghantar makanan kepada Rasululah dan ayahdanya, tambahan pula ketika itu beliau sedang berbadan dua. Cerita dari guru agama semasa kecil tentang Jabal Thur ini bermain ligat difikiran saya sepanjang pendakian ke puncak


Menghampiri puncak, terdapat bongkah-bongkah batu bersaiz besar. Kami banyak berehat sambil merakam gambar di bongkah-bongkah batu ini. Dari sini kami melihat bandar Mekah dengan jelas.






Setelah mendaki sekitar satu jam 30 minit kami sampai di puncak Jabal Thur pada jam 09:30 pagi. Pemandangan 360 darjah dari puncak bukit ini memberi satu kepuasan bagi saya. Terdapat banyak bongkah-bongkah batu besar di puncak yang luas ini. Kami merakam gambar dari berbagai arah. Kami melihat dengan jelas menara jam di Masjidil Haram dan kami dapat pastikan arah kiblat.






Jabal Thawr atau Bukit Thur berdiri di ketinggian 458 meter dari paras bumi dan lebih tepatnya 748 meter dari paras laut. Di puncak inilah terdapat Gua Thur, tempat di mana Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar diperintah oleh Allah supaya bersembunyi selama 3 hari dari ancaman pembesar Bani Quraisy. Terdapat beberapa orang bersembahyang di sini sebelum kami memasuki ruang bawah batu ini. 


Saya melihat Gua Thur lebih menyerupai ruang kecil yang terbantuk dari tindanan batu besar yang tidak rapat ke tanah. Terdapat dua pintu iaitu di timur dan barat di hujung ruang kecil ini. Kami memasuki pintu dari timur dan keluar ke arah barat secara merendahkan diri seperti merangkak semasa melalui ruang bawah batu ini. Melalui dua pintu ini, saya terfikir tentang sarang labah-labah dan dua ekor burung merpati yang bersarang dan bertelur semasa peristiwa Nabi Muhammad SAW berada di sana pada masa itu.




Setelah puas merakam gambar, kami berdua melangkah turun pada jam 10:10 pagi dan sampai di bawah pada jam 11:00 pagi. Banyak teksi sedia menunggu di kaki bukit dan kami terus pulang ke hotel menaiki teksi dengan tambang 25 Riyal, kurang 5 Riyal dari tambang kami datang tadi. Mendaki Jabal Thur tidak disyariatkan atau diwajibkan oleh agama, saya mendaki sekadar mengisi masa dengan aktivity yang saya sukai sambil menjejaki sejarah yang ditinggalkan oleh Rasulullah. Kepada pendaki yang ingin mendaki ke sini tidak dibenarkan membuat amalan yang boleh memesong akidah. Terima kasih para Sahabat, labah-labah dan burung merpati. Terima kasih Allah. June 2019.

Nota:
Setelah pulang ke hotel, saya terbaca di internet, pihak kerajaan Arab tidak menggalakkan pendakian ke beberapa tempat di Mekah kerana terdapat pengunjung yang membuat amalan yang boleh memesong akidah.

Contact Umrah:
1-www.zuhudholiday2u.com
2-Ustaz Yusof +60193244717
3-Ustaz Sufie +60193492570




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2019/06/mendaki-jabal-thur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tafsir Al Quran Dengan Kaedah Bi Al Ma Thur

Tafsir Al Quran Dengan Kaedah Bi Al Ma Thur

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 349 hits
Berikut adalah sumber sumber Tafsir Al Quran dengan kaedah bi al Ma thur 1 Tafsir Al Quran dengan al QuranSebaik baik cara pentafsiran hendaklah mentafsirkan Al Quran dengan Al Quran kerana perkara yang dijelaskan secara mujmal pada satu ay...
Fakta Tentang Gua Hira Jabal Nur Tempat Wahyu Pertama Diturunkan

Fakta Tentang Gua Hira Jabal Nur Tempat Wahyu Pertama Diturunkan

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 788 hits
Gua Hira ialah sebuah gua yang terletak kira kira 3 2 kilometer dari Makkah di atas sebuah gunung atau bukit yang dikenali Jabal Nur atau Bukit Cahaya Gua Hira menyimpan catatan sejarah tempat junjungan besar Nabi Muhammad SAW menerima wahy...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah