Melaka Jadi Lubuk Pemburu Artifak


 
Bukan hanya terkenal sebagai negeri pelancongan dengan pelbagai tinggalan binaan bersejarah malah Melaka semakin digilai golongan pemburu artifak serta kumpulan pemburu harta karun tinggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka.


Difahamkan sekeping pinggan seramik yang ditemui golongan ini mampu dijual di pasaran gelap mencecah sehingga RM15,000.



Golongan ini yang bergerak secara berkumpulan atau solo akan menjadikan lokasi di pulau terpencil serta pesisir Sungai Melaka untuk mencari tinggalan perkakas, siling emas atau artifak sama ada untuk koleksi peribadi atau untuk dijual kepada pengumpul barangan antik.


Hanya segelintir sahaja dikesan jujur dan bertindak menyerahkan kepada pihak bertanggungjawab.


Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA), Nurman Mohd Baroldin berkata, kumpulan ini dikatakan menggunakan peralatan metal detector (pengesan logam) sensitif untuk mencari artifak bernilai ini.


"Saya percaya ada penemuan (artifak) dalam kalangan mereka. Sebelum wujudnya kumpulan ini, pernah terdapat individu yang kerjanya menyelam untuk mencari tinggalan sejarah ini di Sungai Melaka.


"Adakalanya kita dapat maklumat berlaku penemuan artifak tertentu. Tetapi apabila ditanya, mereka menafikannya selain ada juga yang turut merahsiakan lokasi penemuan," katanya.



Beliau berkata, pihaknya turut mendapat maklumat terdapat individu yang bertindak menjual artifak ditemui seperti seramik di pasaran gelap negara jiran.


"Selain permintaan tinggi, nilai harga ditawarkan juga lumayan. Maklumat diterima, sekeping pinggan seramik lama ditemui boleh dijual mencecah sehingga RM15,000.


"Bila disimpan atau dijual, sudah pasti kajian tidak dapat dijalankan. Sekiranya penemuan itu disimpan di dalam muzium, masyarakat dan generasi akan datang lebih menghargainya dan mengetahui susur galur sejarah ketamadunan dan kegemilangan Melaka sebelum ini," katanya.


Menurut beliau, terdapat juga orang awam dan penduduk setempat yang menemui artifak bersejarah ini namun segelintirnya mengambil sikap mendiamkan diri serta tidak melaporkan kepada PERZIM mahupun Jabatan Warisan Negara (JWN).



"Mungkin mereka bimbang artifak dijumpai itu akan dirampas. Sebenarnya kami hanya ingin mendapatkan maklumat berhubung barangan yang ditemui sama ada peninggalan sejarah atau koleksi belum terdapat dalam simpanan kami.


Lubuk pemburu artifak
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/04/698852/lubuk-pemburu-artifak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2021/04/melaka-jadi-lubuk-pemburu-artifak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yb Hulk Hilang Sabar Amuk Peniaga Bazar Ramadan Melaka

Yb Hulk Hilang Sabar Amuk Peniaga Bazar Ramadan Melaka

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 165 hits
FMT ReportersNorhizam Hassan Baktee dilihat bertengkar dalam klip video yang tular semalam MELAKA Seorang anggota exco yang dilihat memarahi peniaga di bazar Ramadan dalam klip video yang tular berkata beliau hanya mahu memastikan prosedur ...
Rakyat Melaka Boleh Berbuka Di Padang Dataran Pantai Mbmb

Rakyat Melaka Boleh Berbuka Di Padang Dataran Pantai Mbmb

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 213 hits
Oleh HADI AB MANAP ZAINAL Abu mengadakan sidang akhbar selepas program Santuni Kasih Permata Hati sempena sambutan ulang tahun ke 18 Bandaraya Melaka Bersejarah di Hospital Melaka FOTO RASUL AZLI SAMADMELAKA Tiada halangan untuk orang ramai...
Resepi Kek Pandan Gula Melaka

Resepi Kek Pandan Gula Melaka

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 391 hits
Memang sedap sangat kek pandan gula melaka yang ana makan waktu anniversary kami tahun lepas Kek hadiah dari anak anak Kak Long dan Adik Ika Kek tempah dengan jiran kami juga tapi memang premium lah rasa kek dari Ida Limau Purut Ida memang ...
Kuih Buah Melaka

Kuih Buah Melaka

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 157 hits
Assalamualaikum Hai semua Kuih buah melaka ada yang sebut kelempong Ada juga sebut onde onde Sedap dan kanak kanak sangat suka kuih ni Sebab manis ada gula melaka dalam tu kot Sebab tu kanak kanak kalau jumpa sure berebut LM nak share resep...
Ancaman Harimau Malaya Pupus Denda Tinggi Bakal Buru Pemburu Haram

Ancaman Harimau Malaya Pupus Denda Tinggi Bakal Buru Pemburu Haram

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 147 hits
Denda lebih tinggi ke atas pemburu haram dan enam pelan kondusif membuktikan keseriusan Kerajaan dalam memastikan populasi Harimau Belang Malaya tidak pupus di negara ini kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasar...
Video Taktik Strategis Si Pemburu Kuis

Video Taktik Strategis Si Pemburu Kuis

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 135 hits
Sepuluh tahun dilalui beragam hadiah berdatangan ke rumah pria akrab disapa Ozi ini Mulai dari sekadar pakaian botol minuman printer ponsel bahkan hingga sepeda
Terkini Dap Isytihar Adly Calon Ketua Menteri Melaka

Terkini Dap Isytihar Adly Calon Ketua Menteri Melaka

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 123 hits
April 20 2021 Nama Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Katil Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pakatan Harapan kembali memerintah negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Perkara itu disuarakan ...
Polis Melaka Rampas Rokok Arak Seludup Lebih Setengah Juta

Polis Melaka Rampas Rokok Arak Seludup Lebih Setengah Juta

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 153 hits
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA ABDUL MAJID Mohd Ali menunjukkan rokok dan minuman keras tanpa cukai bernilai RM685 000 yang dirampas polis UTUSAN DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA MELAKA Polis berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan minum...
Pertandingan Speedy Mathematics 2021 Peringkat Negeri Melaka

Pertandingan Speedy Mathematics 2021 Peringkat Negeri Melaka

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 538 hits
Semalam Cha Chu dan Pqa ada masuk Pertandingan Speedy Mathematics Pertandingan ni anjuran Unit Pembangunan Bakat Murid JPN Melaka Persatuan Matematik Olympiad Melaka Bebudak ni masuk dalam kategori Sekolah Rendah Mama dapat info pertandinga...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats