Matahari Untuk Tumbesaran Tetapi Bukan Sinaran Uv


Lumrah bagi anak-anak kecil aktif bermain tak kira masa. Ini merupakan salah satu perkembangan yang baik bagi kanak-kanak malah mereka sangat memerlukan cahaya matahari untuk tumbesaran tetapi harus diingat, sinar UV yang ‘jahat’ tak seharusnya terkena pada kulit si manja! Cahaya matahari membantu penyerapan kalsium untuk tumbesaran yang sihat dan kuat.
Aktiviti seperti berenang, bermain basikal, bermain bola di luar rumah terlalu lama tanpa perlindungan boleh menyebabkan anak-anak terdedah dengan sinar ultra violet (UV) dan menyebabkan pelbagai komplikasi terhadap kesihatan tubuh badan anak-anak dan salah satunya kanser kulit.

BAHAYA SINAR UV
Sinaran UV adalah sinaran yang tidak nampak melalui mata kasar dan paling merosakkan kulit. Ianya terbahagi kepada tiga jenis:
Cahaya UVA: Menembusi jauh ke dalam kulit dan mempunyai risiko untuk bertindak balas dengan sesetengah bahan yang ada dalam produk kosmetik yang boleh menyebabkan kerengsaan atau melecur.
Cahaya UVB: Menghasilkan selaran matahari (sunburn).
Cahaya UVC: Selalunya diserap oleh alam sekeliling (atmosfera) dan ini tidak menyebabkan kerosakan kulit.
KESAN SINARAN UV
Tanpa kita sedari sebenarnya kanak-kanak lebih banyak terdedah kepada sinaran UV berbanding orang dewasa. Ia boleh terjadi ketika mereka di sekolah atau bermain di taman.
Pendedahan kepada cahaya matahari yang lama boleh menyebabkan kulit terbakar (Sunburn) dan menyebabkan kerosakan kulit yang kekal, penuaan pra-matang iaitu kedutan kulit yang ketara, kulit kasar dan bertompok-tompok, kanser kulit kesan daripada pendedahan cahaya matahari yang lama dan kerosakan mata akibat sinaran UV. Bukan itu sahaja, ia akan menyebabkan kulit anak menjadi sensitif serta lapisan kulit yang rosak.

CARA LINDUNGI KULIT ANAK
Ibu bapa harus jauhi anak-anak daripada  terdedah kepada sinaran matahari antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang kerana pada waktu ini sinaran matahari amat terik.
Alternatif lain, pengunaan topi atau pelindung untuk mengelakkan daripada sinaran matahari di bahagian tengkuk, kepala dan mata.
Selain itu, pakaian yang sesuai dan pengunaan cermin mata hitam untuk elakkan terkena sinaran cahaya UV.
Gunakan krim pelindung sinaran matahari yang melindungi daripada pancaran UVA dan UVB, serta mempunyai sekurang-kurangnya SPF 30 walaupun pada waktu mendung.
Jangan lupa mengaplikasikan krim pelindung sinaran matahari kembali tak kira untuk aktiviti indoor atau outdoor anak-anak, disarankan oleskan krim pelindung sinaran matahari setiap 2-3 jam memiliki perlindungan maksimal.

GUNAKAN BIORE UV KIDS PURE MILK UNTUK MELINDUNGI KULIT ANAK
BIORE UV KIDS PURE MILK adalah mineral sunscreen yang dirumus khas dengan lembut untuk kulit kanak-kanak yang sensitif dan halus dengan formula hypoallergenic. Tekstur ringan, tidak melekit dan licin yang menyerap secara sekata dapat melindungi kulit halus kanak-kanak daripada sinaran UV yang berbahaya.
Selain itu  BIORE UV KIDS PURE MILK  mempunyai perlindungan SPF50+PA+++ terhadap sinaran UVA dan UVB .
Malah BIORE UV KIDS PURE MILK  juga bertindak sebagai perisai anti-pencemaran terhadap tekanan persekitaran pada kulit halus seperti habuk, debunga dan kekotoran pencemar PM2.5.
Tidak hairanlah kenapa BIORE UV KIDS PURE MILK  sangat sesuai untuk kegunaan harian, dan selamat untuk di sapu pada muka dan badan.

Sesuai untuk kegunaan harian dan cukup lembut untuk kulit halus kanak-kanak. Ianya juga tiada kandungan tambahan alkohol, paraben, pewarna, pewangi dan oxybenzone di dalam Biore UV Kids Pure Milk.
Biore UV Kids Pure Milk juga mengandungi bahan pelembap (shea butter & BG) untuk mengekalkan kelembapan kulit dan melindungi kulit supaya sihat. Boleh dibilas dengan mudah menggunakan sabun.
Bukan hanya sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 tahun malah sesuai juga untuk orang dewasa. Jadi anda tidak perlu risau lagi untuk membiarkan si kecil melakukan aktiviti luar dengan adanya Biore UV Kids Pure Milk yang melindungi kulit mereka.

Bagi mama papa yang nak dapatkan Biore UV Kids Pure Milk ini boleh dapatkan di Guardian, Shopee dan Watsons.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Biore UV Kids Pure Milk boleh layari facebook https://www.facebook.com/KaoBioreMalaysia/ , Instagram https://www.instagram.com/bioremalaysia/, Youtube https://www.youtube.com/channel/UCNgDmmoo2LvkuRQLi1Y-jCQ , TikTok https://www.tiktok.com/@kaobioremy
 

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 
 
 
The post Matahari untuk tumbesaran, tetapi bukan Sinaran UV! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/matahari-untuk-tumbesaran-tetapi-bukan-sinaran-uv/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
248 Tahun Untuk Mengelilingi Matahari

248 Tahun Untuk Mengelilingi Matahari

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 123 hits
Tidak banyak fakta yang diketahui saintis mengenai planet Pluto Pluto mempunyai empat bulan Charon Nix Hydra dan P4 Bulan yang terakhir disebut P4 kerana baru ditemui Nama rasminya ialah Cerberus Pluto merupakan salah satu tempat paling sej...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Iced Butterscotch Latte Zus Coffee

Deko Raya Yang Simple Je Alhamdulillah Tahun Pertama Raya Di Rumah Baru Ni

Lirik Lagu Semua Tentangmu Sufian Suhaimi



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Limited Kelana Jaya Lrt Service Due To Lightning Strike

Deja Vu For Ringgit As It Heads Towards Dreaded 4 80 Level

Ministry Probing Alleged Threats Abuse Against Homeless Couple

Swiss Butter Strawberry Azlina Ina

Boarding Pass Tak Mention Am Pm Pelajar Kolej Terlepas Flight Kerana Salah Waktu

Leadership Skills For Owners