Maszlee Membina Harapan Kemudian Membunuh Harapan


KETIKA Dr Maszlee Malik diangkat menjadi menteri pendidikan, saya begitu gembira. Akhirnya, seorang ahli akademik diangkat martabatnya menjadi menteri.

Harapan tinggi terhadap Maszlee perlahan-lahan surut apabila dia menerima jawatan presiden UIAM, ditambah dengan pengumuman berkenaan bayaran balik PTPTN akan bermula RM1,000.

Maszlee turut mendapat kritikan hebat melalui isu kasut hitam dan kolam renang. Sungguh unik seorang menteri ini.

Bagi saya, dia berjaya menimbulkan harapan pada awal lantikannya, kemudian perlahan-lahan membunuh harapan tersebut dengan pelbagai berita sensasi. Kini ramai mula meletakkan label di dahinya.

Saya cuba menulis pandangan saya dengan nada sederhana. Barangkali sebelum ini kritikan terhadap Maszlee terlalu keras, oleh itu dia dan pasukannya enggan menerima kritikan tersebut.

Kedegilan Maszlee belajar daripada sejarah terbukti apabila dia menyebut skandal 1MDB akan dimasukkan dalam silibus sejarah.

Sudah tentu kenyataan seperti ini akan digunakan oleh media untuk menjual berita mereka – sesekali laporan berita akan ditulis dengan nakal.

Laporan berita seperti ini tidak boleh dikatakan culas. Memang benar Maszlee menyebutnya.

Lebih malang, sudah beberapa kali Maszlee dibuli media kerana sifat tidak cermat yang dimilikinya.

Imej sosok menteri di Internet penting, memandangkan kebanyakan rakyat mendapatkan berita yang segar dan mudah di Internet. Kegagalan menteri menjaga imej akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap menteri merosot.

Melihat isu-isu remeh yang dikaitkan oleh Maszlee amatlah menyedihkan. Tidak keterlaluan jika saya katakan dia merupakan menteri Pakatan Harapan (PH) yang paling banyak diserang atas ayat yang keluar dari mulutnya sendiri.

Saya sarankan Maszlee untuk mengambil tempoh bertenang dan tidak terlalu banyak bercakap, lebih fokus bekerja.

Saya juga hairan dengan pasukan media Maszlee yang maha lambat memberikan respons terhadap isu-isu yang sedang tular.

Bagi saya, wajar Maszlee menetapkan standard kepada pasukan medianya. Misalnya laporan “nakal” berkenaan menteri pendidikan diterbitkan pada pukul 10 pagi, paling lewat pukul 10:30 pagi sudah ada kenyataan untuk membetulkan laporan tersebut, supaya segera persepsi negatif dibendung.

Saya fikir beberapa bulan menjadi menteri memberi Maszlee kefahaman tentang kesukaran menjadi politikus.

Walaupun mungkin banyak hal yang baik dilakukan oleh kementeriannya, kebanyakan media cuma gemar menyelak kain untuk mencari kesalahan, begitu juga warga Internet.

Isu 1MDB mungkin tidak salah dimasukkan dalam silibus, namun bukan itu yang kebanyakan rakyat mahu dengar.

Ramai yang sedang gusar dengan PH – lebih-lebih lagi banyak manifesto yang enggan dilaksanakan, oleh itu rakyat mahu melihat menteri bekerja keras.

Walaupun tidak adil membandingkan kementerian, barangkali pasukan Maszlee boleh belajar dari Kementerian Pengangkutan yang saya fikir berjaya menguruskan imejnya di Internet.

Maszlee harus mula membina semula momentum untuk menonjolkan kerja-kerjanya dan segera membalas serangan-serangan nakal terhadapnya.

Ia tidak mudah. Oleh kerana sebelum ini Maszlee sudah tercalit dengan “kedunguan”, maka semakin mudah masyarakat untuk percaya isu-isu remeh yang wujud sememangnya datang dari Maszlee.

Apakah kita sudah lupa pada Ahmad Maslan?

Oleh kerana masyarakat melihat sifat “dungu dan lawak” melekat pada bajunya, apa jua yang dilakukan olehnya akan terlihat dungu oleh kebanyakan orang.

Maszlee dan pasukannya harus segera melakukan sesuatu sebelum Maszlee bertukar menjadi Ahmad Maslan 2.0.

Sekiranya rombakan kementerian berlaku, saya melihat Maszlee merupakan calon utama untuk ditukar kementerian atau dibuang dari Kabinet. Membaca tulisan A Kadir Jasin – Dr Mahathir Mohamad “menyekolahkan” Maszlee – menguatkan lagi jangkaan itu.

Saya percaya ia akan memberi impak yang besar pada Maszlee jika dia “dirombak”, namun pastinya dia akan belajar daripada kesilapan.

Dia memiliki masa yang suntuk untuk memulihkan semula imejnya.

Walaupun saya kecewa dengan prestasinya, semoga dia kembali fokus dan berjaya keluar dari jerat media yang selalu mengena. – 4 Disember, 2018.

* Rahman Imuda ialah bekas aktivis mahasiswa.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.

sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azmykelanajaya.com/2018/12/maszlee-membina-harapan-kemudian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dibawah Pakatan Harapan Rakyat Bertambah Senang Lenang

Dibawah Pakatan Harapan Rakyat Bertambah Senang Lenang

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 223 hits
TAHNIAH PAKATAN HARAPAN MERDEKAAAAAA Pak Karamu 823 aduan diterima sejak pelaksanaan SST 5 Disember 2018 AddThis Sharing Buttons Gambar hiasan KUALA LUMPUR Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerima 823 aduan khusu...
Matlamat Harapan Dan Kehidupan

Matlamat Harapan Dan Kehidupan

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh menjelang pengakhiran tahun 2018 ini muhasabah akan segala pencapaian kita sangat perlu Sebelum kita terlalu menantikan kedatangan tahun yang baru tiba lebih bermakna untuk kita fokuskan target kit...
Pakatan Harapan Must Declassify Information On Ops Yemen 2 Immediately

Pakatan Harapan Must Declassify Information On Ops Yemen 2 Immediately

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 189 hits
Former defence minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein has asked Deputy Defence Minister Liew Chin Tong to declassify intelligence information regarding Ops Yemen 2 He said this today in response to the bombshell dropped by Liew on Monday ...
Pas Mp Harapan S Real Fear Of Anti Icerd Rally Is Losing Putrajaya

Pas Mp Harapan S Real Fear Of Anti Icerd Rally Is Losing Putrajaya

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 270 hits
Pakatan Harapan fears the union between PAS and Umno as it would result in the coalition losing federal power in the next general election according to a PAS lawmaker Mohd Khairuddin Aman Razali said this is the reason that Harapan leaders ...
Icerd Satukan Umno Pas Goyahkan Pakatan Harapan

Icerd Satukan Umno Pas Goyahkan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 247 hits
Suara Tanpa SempadanKUALA LUMPUR Himpunan bantah Kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum pada Sabtu ini simbolik kepada penyatuan PAS dan UMNO sebagai sebuah parti pembangkang yang k...
Harapan Gov T Reduced Inflation By 84 Pct

Harapan Gov T Reduced Inflation By 84 Pct

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 269 hits
Malaysians are eager to know what the Pakatan Harapan government has accomplished since May 9 with the opposition going on its propaganda spree telling the world that the government has not improved the country s economy The latest being MC...
Slipped Disc Tak Ada Harapan Sembuh

Slipped Disc Tak Ada Harapan Sembuh

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 258 hits
SLIPPED DISC TAK ADA HARAPAN SEMBUH Betul ke Slipped Disc tak ada harapan sembuh Itulah yang dimomokkan kepada saya Cikgu ieta sebelum ini Ha sebelum tu jom baca dulu pengalaman saya bekerja dan jatuh sakit Slipped Disc PENGALAMAN BEKERJA H...
Dewan Rejects Motions From Bn Harapan To Debate Seafield Riots

Dewan Rejects Motions From Bn Harapan To Debate Seafield Riots

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 277 hits
PARLIAMENT Two emergency motions to debate the riots linked to the move to demolish the Seafield temple in Subang Jaya brought by lawmakers across the political divide were rejected by Dewan Rakyat today Instead Prime Minister and Home Mini...
Penderma Harapan Kini Jadi Buruan Lhdn Mahathir

Penderma Harapan Kini Jadi Buruan Lhdn Mahathir

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 255 hits
Mahathir Mohamad mendakwa mereka yang menjadi penyumbang atau penderma kepada Pakatan Harapan kini menjadi sasaran Lembaga Hasil Dalam Negeri Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai perdana menteri Mahathir menikmati sokongan padu berterus...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Pemberian Sempena Perayaan Songkran 2024

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Musim Panas Ini 10 Petua Hilangkan Sakit Tekak Yang Korang Boleh Cuba

Tremendous Diary 4 17

Cari Makan Lepas Berbuka

Spontaneous Thursday