Mari Kita Bercuti Daripada Politik


MENJOLOK MENTARI
KEPUTUSAN dicapai oleh Umno malam tadi membolehkan Muhyiddin Yassin menarik nafas lega pagi ini. Matahari untuk Muhyiddin masih bersinar dan dedaun juga sekejap lagi akan lebih aktif mengeluarkan oksigen apabila berlaku proses fotosintesis. Kita semua juga dapat menyedup udara beroksigen. Syukur. 
Kenyataan yang kedengaran sepanjang hari ini nanti ialah memuji dan kesediaan untuk bersama Muhyiddin, disamping Muhyiddin pula menerima keputusan Umno itu sebagai satu pengajaran buatnya. Mungkin Muhyiddin akan membuat koreksi diri untuk memenuhi pemintaan Umno dan samping mengemaskan kedudukannya. Boleh jadi mungkin juga tidak ada apa-apa yang dilakukan oleh perdana menteri itu kerana beliau tidak perlu melanjutkan komiterapi.  
Pihak lawannya sudah tentu akan mengubah fikiran daripada lawan untuk berbaik-baik. Pendemik Coronavirus dan kepentingan rakyat akan dijadikan alasan tanpa mengakui hakikat sudah kalah. DAP dan Amanah sudah pun mempamerkan belang dan keinginan naluri terpendam.
Daripada letupan-letupan kedengaran sejak semalam apabila Yang diPertuan Agong menolak cadangan mengisytiharkan darurat yang dipohon Muhyiddin seperti PM itu sudah "kepapahan" untuk menghadapi hari mukanya. Dua tiga mesyuarat semalam semuanya penting menggambarkan akan keadaan itu. Semalam Muhyiddin pun sudah dibaham sempuk kronik?
Sebelah pagi sebelum mesyuarat kabinet, Muhyiddin telah mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti komponen PN yang menyokongnya. Ketidakhadiran Zahid Hamidi dalam mesyuarat itu sedikit menggemparkan dan menjadi tanda tanya negatif buat Muhyiddin. Mereka yang suka melihat Muhyiddin kojol sangat senang hati dengan perkhabaran itu. Bahkan sudah ada mengetam papan untuk siapkan keranda.   
Pada masa sama, Zahid mengadakan perjumpaan dengan komponen BN. Keterasingan ini perlihatkan keadaan tegang. Dalam mesyuarat BN itu ada kesimpulan dibuat, tetapi ia tidak muktamad. Kenyataan liar dari beberapa pemimpin Umno yang dikutip wartawan menambahkan lagi kegemparan. Misalnya kenyataan Najib Razak yang menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim, walaupun dengan bersyarat tidak mahu bersama DAP, ia perkembangan yang mendebarkan di pihak sebelah sini. Tetapi apalah sangat diharap kepada parang tumpul. Najib ibarat parang tumpul selepas hilang kuasa. Parang tumpul termpatnya di hujung dapur. 
Apa dibincang dalam mesyuarat BN dan kenyataan liar daripada pemimpin Umno dirumus dan disimpul-matikan dalam mesyuarat MT Umno disebelah malamnya. Menunggu mesyuarat MT Umno selesa satu penyeksaan kepada orang-orang berminat, mengharap dan bekepentingan. Ia seperti menunggu isteri beranak sulung, yang anak pula diskan sebagai berkedudukan sonngsang. 
Selepas hampir tiga jam menerang dan ketuban keluar baru bermesyuarat Umno mengeluarkan kenyataan menyatakan sokongan kepada kerajaan PN. Anak yang lahir tidak mengalami apa-apa kecacatan sama seperti nujum Mak Bidan Kebayan. Umno bersama Muhyiddin. 
Kenyataan dikeluarkan oleh Zahid itu langsung mematikan beberapa spekulasi sebelum ini, yang Umno akan menyokong Anwar dan memberi gambaran Muhyiddin akan terpapah dan perlu berundur diri. Tetapi endingnya ketika itu masih kabur. Apakah Anwar akan jadi PM atau pun ada wakil lain? 
Segala muktamad dengan keputusan MT Umno itu. Jadi cerita kerajaan Muhyiddin akan tumbang, Muhyiddin akan meletak jawatan, Umno akan tarik sokongan kepada PN, Anwar dipanggil mengadap semuanya tidak menjadi. Belawak belaka. Yang nyatanya kini Muhyiddin masih seorang perdana menteri walaupun nombor sokongannya belum disahkan dan sudah pun tidak perlu disahkan kerana sebahagian penonton sandiwara klise itu sudah mahu balik.
Pandemik Covid-19 dan titah Agong telah menyelamatkan Muhyiddin. Boleh jadi juga permohonan untuk daruratkan negara itu adalah tektik dan strategi Muhyiddin dan PN untuk alih perhatian dan ubah ketetapan sebelum ini dimana Yang diPertuan Agong patut memanggil ketua-ketua parti bagi mengesahkan sokongan. Tetapi ia tertngguh. Dengan ada rancangan darurat itu menyebabkan keperluan memanggil ketua-ketua parti yang tertangguh itu terlepas.
Bijaksanalah sang arkitek mereka cita model itu.
Dicelah-celah itu juga nampak dan berbunyi ketidak-sekataan di pihak pembangkang. Sudah tertunjuk sikap saling tidak percaya mempercayai antara satu sama lain. Pembangkang berpotensi untuk berpecah. Angan-angan semuanya sudah berakhir. Sekali lagi ditegaskan kalau hendak mula babak baru dalam politik Malaysia, sama-sama tunggu Covid berakhir dan pilihan umum ke 15 di umumkan. Di situ nanti kita masuk panggung semula.
Buat sementara marilah sama-sama kita mengambil surat cuti daripada diripada majikan kita yakini diri kita sendiri untuk bercuti sekejap daripada berpolitik. [wm.kl.11:17 am 27/10/2020].


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/10/mari-kita-bercuti-daripada-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Boleh Isytihar Darurat Jika Kemelut Politik Ketika Covid 19 Mengganas Berterusan

Agong Boleh Isytihar Darurat Jika Kemelut Politik Ketika Covid 19 Mengganas Berterusan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 300 hits
Situasi ini kata Haniff akan menyebabkan Agong berdepan kesukaran untuk melantik pihak yang benar benar memiliki majoriti disebabkan unsur kecurigaan yang timbul Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah boleh mengisytiharkan darurat sekiranya keme...
Rakyat Meluat Ahli Politik Bercakaran Rebut Kuasa Sultan Selangor

Rakyat Meluat Ahli Politik Bercakaran Rebut Kuasa Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 194 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah KUALA LUMPUR Sultan Selangor menzahirkan kebimbangan baginda berhubung kemelut politik negara yang dilihat tiada berkesudahan sehingga menimbulkan keresahan rakyat Titah baginda rakyat telah mul...
Jangan Sampai Rakyat Bencikan Ahli Politik Mufti Perlis

Jangan Sampai Rakyat Bencikan Ahli Politik Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 219 hits
1 434 total views 1 434 views today KANGAR 20 Okt Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihati ahli politik untuk kembali mengutamakan kemaslahatan rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID 19 daripada sibuk berebut kuas...
Umno Perak Selar Mb Kerana Bermain Politik

Umno Perak Selar Mb Kerana Bermain Politik

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 178 hits
October 20202Umno Perak memberitahu Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu untuk menumpukan perhatian kepada kebajikan rakyat PETALING JAYA Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad menyelar Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu memintanya untuk berhenti b...
Gencatan Politik Hati Hati Ada Niat Buruk Tersirat

Gencatan Politik Hati Hati Ada Niat Buruk Tersirat

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 258 hits
Mujahid YusofBerligar satu pandangan di kalangan rakyat yang menuntut supaya orang politik berhentilah daripada berpolitiking untuk tumpu kepada pengurusan Covid 19 yang meningkat dan menjejaskan kehidupan rakyat Sebagai orang politik saya ...
Sultan Mahu Pemimpin Utamakan Rakyat Akhiri Kemelut Politik

Sultan Mahu Pemimpin Utamakan Rakyat Akhiri Kemelut Politik

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 246 hits
SHAH ALAM 20 OKT Duli Yang Maha Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bimbang dengan kemelut politik negara yang dilihat tiada kesudahan selain menimbulkan keresahan rakyat Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Lela Ba...
Rombak Kabinet Elak Gencatan Politik

Rombak Kabinet Elak Gencatan Politik

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 213 hits
SHAH ALAM Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka melakukan rombakan Kabinet sekiranya beliau berjaya mencapai kata sepakat dengan beberapa parti politik susulan kemelut dalaman kerajaan Perikatan Nasional ketika ini Penganalisis ...
Rais Yatim Jangan Galakkan Politik Gila Jahat

Rais Yatim Jangan Galakkan Politik Gila Jahat

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 314 hits
Rejam Merejam Selepas Setahun Rais Yatim cadang Politik Rejam Merejam hendaklah dihentikan dulu Dia cadang gencatan senjata Lepas setahun baru mula balik Politik rejam merejam adalah politik jahat Berpunca kerana dendam syak wasangka dan ta...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


The Friendly S Music Pub By Kvadrat Architects In Astana Kazakhstan

Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal