Makan Di Ejohng Corner Kupihaus
Assalamualaikum WBT

KISAH hari selasa lepas jugak ni, yang siangnya makan lunch buffet retro style tu, malamnya Pak Inche ada bola. Iman kata, bonda.. lama tak makan kat Ejohng. Kalau ajak babah mesti tak nak. Okey, jomlah kita ke Ejohng
Last kami makan kat Ejohng boleh baca DI SINI

Nak makan Spaghetti Chicken Carbonara tapi dia kata sos carbonara tu dah habis.

Tak nak makan nasi sebab siang dah makan nasi. Iman jer belum makan nasi, dia pilih Asam Pedas Tetel. Dekat sini tak jual set ya, lauk harga lain, nasi kena add on. Tapi nasi dia ada set la, sama ada nak dengan telur dadar atau telur masin atau nasi sahaja. Sayur tiada pulak

Selain tu ada jugak masakan panas goreng-goreng. Disebabkan Spaghetti Carbonara tadi habis, Sk tukar ke Ginger Beef Kueyteow

Lama tak makan pizza. Kita pesanlah sekeping saiz kecil perisa Chicken Island.

Sebelum tu kan asalnya nak makan spaghetti carbonara yang berlemak-lemak, jadi Sk pesanlah Honey Lemon Panas. Iman minum Toffee Nut Latte. Sedap eh kopi Iman, banyak baca komen kopi di Ejohng ni sedap, betullah tu

Asam Pedas Tetel untuk Iman. Sedaplah jugak, kat Johor ni jarang-jarang jumpa kedai masak asam pedas tak sedap, cuma yang sedap sangat aje yang susah nak jumpa

Add on nasi putih dengan telur dadar. Ada keropok moni sebagai pembuka selera

Pizza dah sampai, saiz individu la ni kan, dia bahagi empat, jadi makan sorang dua la. Doh pizza dia rasa macam roti homemade. Sk cakap dengan Iman, macam roti pizza En Nas (kawan office) cuma bezanya roti pizza En Nas letak mayonese, yang ni letak cheese, hehehehe. Mujurlah topping dia sedap

Pizza dari pandangan atas

Lama betul rasa tunggu Ginger Beef Kueyteow ni sampai. Padahal ikut rekod dalam galeri cuma 5 minit aje pung beza dengan pizza, hahaha. Agaknya sebab Asam Pedas Tetel sampai awal 15 minit, tu jadi rasa lama tunggu. Sedap GBK ni, babah mesti suka, SK cakap kat Iman. Tapi tu la, banyak pulak halianya, berkeping-keping halia dalam tu. Iman kata, dah namanya pun Ginger Beef Kueyteow. Iye tak iye jugak ek, hahahaha.

Ejohng yang baru ni tak ramai orang macam masa dia dekat lot kedai depan dulu. Nak kata tersorok, mungkin jugak tapi dekat sini banyak parking

Kedai pun cantik, menu banyak pilihan. Nak kupi-kupi pun cun! Korang datanglah ya
Waze aje Ejohng, mesti jumpa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/02/makan-di-ejohng-corner-kupihaus.html