Majlis Kecemerlangan Sekolah Ikhwan Hafeez



Majlis Kecemerlangan Sekolah Ikhwan Hafeez
Alhamdulillah masih ada rezeki Ikhwan Hafeez untuk naik ke pentas terima anugerah kecemerlangan sekolah untuk tahun 2019. Rezeki dia tersenarai dalam penerima hadiah tahun 2. Lima orang murid dari kelas 2 Cemerlang di pilih sebagai murid cemerlang pentaksiran bilik darjah.

Semenjak sekolah laksanakan sistem pentaksiran bilik darjah ni aku sebagai ibu ni agak sedikit risau. Yelah kita dah terbiasa di nilai dengan peperiksaan dan markah. Nombor di dalam kelas dan sebagainya. Tapi, melalui sistem pentaksiran murid bukan sekadar di nilai di atas kertas malahan melalui sikap dan tauladan yang ditonjolkan sepanjang waktu persekolahan. Bayangkan kalau anak sejenis pendiam dan kurang bergaul. Entahlah.

MACAM SEMALAM DIA BARU MULA SEKOLAH
Dah janji dengan dia kalau dia buat yang terbaik dan dapat naik pentas (sekolah pagi) aku akan tunaikan apa dia nak, dengan syarat tambahan kena dapatkan keputusan yang baik untuk KAFA juga. Dia minta belikan skate board. Nampaknya aku kena lah tunaikan hajat dia memandangkan dia cemerlang untuk sekolah pagi dan juga KAFA.

Penafian: sehingga entri ni dikarang, aku masih belum hadiahkan dia skate board. Kita tangguh selagi boleh. Lol



Murid Cemerlang Pentaksiran Bilik Darjah
Berbalik kepada pentaksiran bilik darjah, oleh sebab dah tiada nombor dalam peperiksaan jadi murid dinilai oleh guru melalui aktiviti semasa di dalam bilik darjah. Kebolehan memahami, menjawab dan mengaplikasi serta menjadi contoh kepada rakan sekelas adalah antara perkara yang dipantau oleh guru kelas. Berbalik kepada pencapaian Ikhwan, guru kelas ada terangkan yang dia cemerlang dalam subjek sains, dia dapat Tahap 5 dan mampu untuk menunjukan contoh kepada rakan.

Pertama Kali Naik Pentas
Itu apa yang cikgu terangkan dekat aku. Nak terangkan lebih lanjut pun aku masih dalam fasa memahami sistem penilaian ni. Majlis kecemerlangan sekolah Ikhwan telah berlangsung pada 15 November 2019 yang lepas. Tahun ni suami kehabisan cuti jadi aku sahaja yang wakilkan untuk tengok dia naik pentas. As usual, perangai mak-mak bila nampak anak naik pentas je mula mengalir air mata. lol.

Pesanan Untuk Anak
Selalu aku pesan dekat Ikhwan, kalau teringin nak naik pentas, nak terima hadiah kena la rajin belajar. Memang aku tak paksa tapi jadi tanggungjawab aku kena selalu ingatkan. Maklumlah anak-anak ni mudah lupa, jadi mahu atau tidak memang berbuih mulut aku akan membebel ingatkan apa yang perlu dan patut.

Aku harap apa kami sampaikan dan ajar dia selama ni dia akan ingat sampai bila-bila. Dia anak sulong jadi aku selalu tekankan dia kena buat yang terbaik. Dia ada dua orang adik lagi yang bakal ikut jejak langkah dia. Jadi dia kena jadi anak contoh. Alhamdulillah setakat ni Ikhwan masih on track.

Sesungguhnya setiap anak itu amatlah berbeza. Dengan Ikhwan aku boleh bercakap dan beri nasihat. Berbeza sangat dengan Raudah. Yelah kan, apa aku nak harap dia baru tiga tahun. Mungkin sama jantina, atau aku dah meningkat usia. Sabar aku dah semakin susut. Harap sangat kami dianugerahkan ketabahan mendidik anak-anak sampai putus nyawa.

Harapan aku sebagai ibu bapa terhadap sistem pendidikan negara, agar jangan lah asyik duk tukar sistem pendidikan. Kalau perasan tukar Menteri atau tukar tampuk kepimpinan sedikit sebanyak ada je yang diubah. Kalau benar diubah untuk kebaikan, aku boleh lapang dada tapi kalau ubah sekadar memenuhi pihak berkepentingan aku harap la pihak bertanggungjawab buka mata.

Majlis Convocation KAFA
Untuk anakku Ikhwan Hafeez, mama dan abah ucapkan berjuta lemon tahniah di atas pencapaian kamu. Biarlah orang kata pencapaian kamu tak seberapa tapi di saat nama kamu disebut dan dipuji oleh guru kelas dah buat mama dan abah bangga. Semoga Allah sentiasa tetapkan hati kamu di jalan kebenaran, dilapangkan dan dicerahkan hati untuk menimba ilmu dan jadi anak soleh.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2019/12/majlis-kecemerlangan-sekolah-ikhwan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesyuarat Majlis Sosial Negara Sentuh Isu Sekolah Tahfiz

Mesyuarat Majlis Sosial Negara Sentuh Isu Sekolah Tahfiz

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 201 hits
Mesyuarat Majlis Sosial Negara sentuh isu sekolah tahfiz Dikemas kini 37 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 Dec 2019 11 24PM
Nikmati Menu Tony Roma S Rib Rib Holiday Sepanjang Cuti Sekolah

Nikmati Menu Tony Roma S Rib Rib Holiday Sepanjang Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 452 hits
Cuti sekolah merupakan waktu yang baik untuk meluangkan masa bersama keluarga Ini juga merupakan masa yang cukup sesuai bagi mereka yang mempunyai keluarga besar untuk berkumpul dan mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan Kalau rasa nak c...
Aktiviti Art Dengan Avataron Sempena Cuti Sekolah

Aktiviti Art Dengan Avataron Sempena Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 426 hits
AvatarOn By Schneider Electric Cuti sekolah dah mula Selalunya bila cuti sekolah anak anaklah yang paling excited tapi buat ibu bapa cuti sekolah adalah satu masa yang paling mencabar Pening kepala nak fikir idea nak buat aktiviti apa untuk...
Urusan Tukar Sekolah Anak In Progress

Urusan Tukar Sekolah Anak In Progress

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 297 hits
Pagi tadi Mama Yan pergi ambil fail peribadi anak dan surat tukar sekolah kat sekolah anak Sekolah kata dah boleh bawa pergi PPD Pontian Semua dah lengkap Naik opis kejap lepas tu gi makan Lepas tu pergi pejabat pendidikan Pontian Sampai PP...
Seberapa Penting Sekolah Pramugari Ini Biaya Yang Harus Dikeluarkan

Seberapa Penting Sekolah Pramugari Ini Biaya Yang Harus Dikeluarkan

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 147 hits
Untuk menjadi seorang pramugari juga tentu tidaklah mudah ada beberapa kriteria yang harus dipenuhi seperti persyaratan tinggi badan minimal Lantas bagaimana sih seorang calon pramugari belajar dasar dasar untuk menjadi flight attendant
Jadi Agen Antikorupsi Siswa Akan Awasi Kepala Sekolah

Jadi Agen Antikorupsi Siswa Akan Awasi Kepala Sekolah

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 139 hits
Saya ingin menggagas kantin kejujuran Ingin mengajak teman teman berlatih jujur tidak mengambil sesuatu yang bukan haknya membayar di kantin sesuai harga yang tercantum meski tanpa penjaga terang gadis gadis kelahiran Merauke 7 Juni 2003 in...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bendi Goreng Bersambal

Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar