Lantik Lagi Jenuh Sakaw Lagi La
Megat Mohamad Faris
Tan Sri Muhyiddin Yassin Wajar Dilantik Ketua Pembangkang Demi Memperkukuh Perikatan Nasional

Dalam usaha memperkukuhkan Perikatan Nasional sebagai blok politik utama yang bersedia menggalas amanah rakyat, sudah tiba masanya Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi mandat sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Sebagai tokoh yang terbukti berpengalaman, berintegriti dan berjiwa negarawan, Tan Sri Muhyiddin bukan sekadar simbol kepada kestabilan politik, malah beliau juga merupakan arkitek utama dalam pembentukan dan kelangsungan Perikatan Nasional. Kepimpinan beliau dalam menghadapi krisis kesihatan, ekonomi dan politik membuktikan bahawa beliau memiliki ketegasan, kematangan serta kefahaman mendalam tentang keperluan rakyat dan negara.
Pelantikan beliau sebagai Ketua Pembangkang akan menjadikan beliau sebagai “panglima perang” utama untuk mengatur gerak kerja parti dan gabungan menjelang pilihan raya yang akan datang. Ia juga akan memperkukuhkan suara pembangkang di Parlimen, mewujudkan imbangan kuasa yang lebih efektif, serta membawa naratif dan agenda Perikatan Nasional dengan lebih terarah dan teratur.
Lebih penting lagi, pelantikan ini juga merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan institusi Presiden Perikatan Nasional itu sendiri. Sebagai Presiden pengasas gabungan ini, keabsahan dan kekuatan Tan Sri Muhyiddin perlu diperkukuhkan bukan sahaja dari sudut moral dan sejarah, tetapi juga dari sudut struktur dan kedudukan rasmi dalam sistem politik negara. Peranan beliau sebagai Presiden tidak harus bersifat simbolik semata-mata, tetapi perlu diberi autoriti politik dan strategik yang setimpal untuk mengemudi hala tuju gabungan ini secara langsung.
Isyarat jelas perlu dihantar kepada rakyat bahawa Perikatan Nasional bukan sekadar bersedia mengambil alih pentadbiran negara, malah memiliki barisan kepimpinan yang tersusun, mantap dan bersatu di bawah satu pimpinan yang diyakini dan berwibawa.
Sudah tiba masanya kita menyusun kekuatan dengan lebih teratur, dan langkah pertama yang strategik ialah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Pembangkang serta memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai Presiden Perikatan Nasional yang sah, dihormati dan diberi kuasa penuh untuk memimpin perjuangan ini.
Ini pandangan peribadi saya bukanlah memihak kepada mana-mana kepentingan..
Presiden merupakan ketua kepada sesebuah organisasi. Salahkan untuk kita terus menyokong dan perkukuhkan?..
Adakah kita berada dalam perjuangan ini sekadar mengangkat satu batang tubuh sahaja? Atau mendapat manfaat dari sokongan itu?
Tepuk dada tanya diri kita…
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/06/lantik-lagi-jenuh-sakaw-lagi-la.html