Lagi Lagi Senario


 Lagi-lagi Senario dah ada di Netflix... Antara filem kegemaran MY yang tak jemu jemu ditonton... Sekuel Senario yang lain MY tak minat sangat.. Biasa-biasa je.. Tapi yang ni memang lain dari yang lain. hahaha..

Tak tahu berapa puluh kali dah tengok filem sejak mula ditayangkan kepada umum... Sebab MY beli  original CD dulu. Naik hafal dah dialog dalam tu. Anak anak pun sama...Yang nombor 1 dan nombor 2 tu pun dah ikut MY suka ulang tengok Lagi-lagi Senario ni

Filem Lagi - Lagi Senario memang sebuah komedi keluarga, arahan pengarah tersohor negara Aziz M. Osman dan dibintangi kumpulan Senario

Pengarah : Aziz M. Osman
Penerbit : Ahmad Puad Onah, Nor Aliah Lee, Johari Amat, Lazizah Ahmad
Syarikat Produksi : Grand Brilliance, Paradigm Film Sdn Bhd
Tarikh Tayangan : 14 Disember 2001
Tempoh Tayangan : 110 Minit
Negara Asal : Malaysia
Bahasa  : Melayu
Kos pembikinan : RM 1.58 juta
Pungutan : RM 6.33 juta ( box office woii)
MY dulu pernah ada CD Senario


Barisan Pelakon : 
Wahid Senario - Wahid
Azlee Senario - Azlee
Mazlan Senario - Mazlan
Saiful Apek - Saiful
Yassin Senario - Yassin
Wardina Safiyyah - Mazlin
Ani Mayuni - Maya

Sinopsis :

Kisah bermula dari Wahid yang telah diberhentikan kerja sebagai pelayan restoran terkemuka kerana membawa pelanggan yang memberi komen ke atas masakan cef yang juga pemilik restoran, 
Kemudian, Wahid yang telah dihalau dari rumah sewanya, menumpang tidur di warung kepunyaan Azlee. Kemudian, Azlee menawarkan Wahid untuk bekerja di warungnya dan tinggal bersam sama dengan Saiful dan Yasin

Kemudian, Mazlan membuka sebuah lagi warung bersebelahan dengan warung Azlee dan Mazlan kemudiannya mengambil Saiful sebagai penebar roti canai di warungnya. Azlee berasa sangat kecewa. Kemuncak kekecewaannya apabila Yasin juga mengikut jejak langkah Saiful bekerja di warung Mazlan

Warung Azlee vs Cafe Mazlan

Kemudiannya, Azlee mengecat warungnya dan mengambil penebar roti canai baru bernama Majid (Allahyarham Nasir Ali). Tetapi, Majid mengeluarkan peluh yang banyak ketika menebar roti canai. Part ni, anak anak memang gelak berdekah dekah. Dia punya efek peluh tu... mencurah curah mengalahkan filem Stephen Chow. 
Setelah anak saudara Mazlan, Mazlin yang dilakon oleh Wardina Safiyyah bergaduh dengan Maya, (Ani Mayuni), Mazlin berhenti kerja dengan Mazlan dan berpindah ke warung Azlee. Memang selamba, tiba tiba je pergi warung sebelah kemas meja dan ambil order. Terkejut Azlee dengan Wahid
Kemudian ada la sikit sikit part Wahid dan Wardina dating kononnya

Masa ni Wardina baru baru pakai tudung. 


Balik dating, Wahid belajar tebar roti canai guna baju masa tengah basuh baju. Adoi... Masa adik bongsu MY kecik kecik dulu, berjam jam dia mandi sebab menebar baju dalam bilik air. hahaha,..pengaruh Senario satu ketika dulu. 
Lepas tu, warung Azlee dah ada hidangan roti canai siap gimik rock & roll lagi... Bila melihatkan warung Azlee kembali maju, Mazlan berasa iri hati dan mula menabur fitnah dengan mengupah seorang lelaki  meletakkan lipas dalam makanan di warung Azlee. Huh,... betul betul punya penyakit dengki ni
Saiful yang telah melihat pakatan Mazlan, membocorkan perkara itu kepada umum.  
Dengan itu, perniagaan Mazlan merudum teruk. Apabila tiba bulan puasa, Mazlan menjual makanan pada waktu siang bulan Ramadan. Kesudahannya, Mazlan telah ditangkap. Ini menyebabkan Mazlan datang ke warung Azlee dan pergaduhan terjadi

Satu hari, mereka didatangi seorang peguam dan mereka diminta mengosongkan warung mereka kerana tapak tempat mereka berniaga sudah dibeli oleh pelanggan tetap mereka iaitu Muthusamy ( Acappan) dan Lee Ah Cai(Robert Kong ) yang memenangi tiket loteri. Saiful kemudiannya datang mengajak mereka berniaga di tempat lain. 
Tu dia... hafal jalan cerita, pelakon, dan sebahagian dialog...hahaha.. gila lah..
Banyak pengajaran dalam filem ni.. Antaranya.. percaya kepada rezeki yang Allah aturkan, jangan takbur, jangan riak, jangan iri hati, jauhi fitnah dan lain lain lagi. 

  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2021/09/lagi-lagi-senario.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik