Kmt Hansung Tea Honey Lemon Dan Pomegranate


Encik suami batuk dah seminggu lebih. Beli ubat batuk, tak berkesan pula. Teringat ada TikTokers review KMT Hansung Tea Honey Lemon. Katanya bagus untuk legakan batuk atau tekak tak selesa masa post COVID-19.  Maka, kami pun membeli lah KMT Hansung Tea. Selepas saya google, ada jual KMT Hansung Tea di Pandamart Seremban. Kami pun pergilah kesana. Baru tahu Pandamart tak boleh walk in. Kah! Itulah tak cakna. Barang tak dapat, penat yang dapat.

Selain Pandamart, encik suami kata ada jual di AEON dan Jaya Grocer. Jomlah kita ke AEON Seremban 2 pula. Sampai-sampai terus mencari di rak-rak. Yang ada cuma perisa honye plum je tak silap. Terlajak laris betul ye KMT Hansung Honey lemon ni.

Dah tak ada kat AEON, tak pasal-pasal kena tuju ke Jaya Grocer Mesa Mall Nilai. Buat pertama kalinya jejak kaki ke Mesa Mall. Sebelum ni hanya pernah order drive thru Starbucks je. Ada hikmahnya lah cari KMT Hansung Tea lansung dapat jejak sini. Padahal dah lama juga Mesa Mall bertapak kat sini

Cari-cari tak jumpa juga, akhirnya putus asa lalu bertanya pada staff. Lahhh..rupanya ada, kami yang tak perasan! Tu diaa...ada banyak stok! Macam-macam perisa ada

Jenis perisa KMT Hansung TeaHoney lemonHoney citronHoney jujubeHoney pomegranateHoney gingerHoney aloePassion fruit hanrabongPlum

Harga KMT Hansung di Jaya Grocer RM41.90, pomegranate je RM39.90. Harga di AEON, saya sempat belek murah sikit RM35-RM37 macam tu. 
Dah ada depan mata, kita beli je lah dari tak dapat apa-apa. Berbalik semula kepada tujuan utamanya. Kami beli honey lemon dan juga pomegranate untuk saya. 


Nampak macam botol kecil je tapi botol dia besar. Berat 1.15KG. Untuk honey lemon ni didatangkan sekali dengan hirisan buah lemon. Tapi pomegranate tanpa hirisan buah. Buah delima, mana nak ada sangat isinya kan. Dapat patinya saja


KMT Hansung teaKMT Hansung tea adalah sejenis teh istimewa lain dari yang lain. Bukan macam jenis uncang yang kita biasa nampak. Hansung tea ada khasiatnya tersendiri. Diperbuat daripada buah dan madu yang berkualiti tanpa bahan pengawet. Bebas daripada pewarna tiruan dan selamat untuk dimakan. 
KMT Hansung tea ni bukan sekadar untuk kesihatan. Untuk kesihatan tu kira sampingan lah. Boleh dijadikan sebagai air minuman samada dicampurkan dalam air sejuk atau air panas. Boleh dijadikan sebagai jem untuk roti, topping yoghurt, salad, overnight oats dan sebagainya.


KMT Hansung tea honey lemonSedia maklum kita tahu buah lemon dan madu sangat bagus untuk sakit tekak. Melegakan tekak dari batuk yang tak elok-elok.
Dia bukan boleh baik terus tapi melegakan tekak, at least! Ye, memang betul. Lepas amalkan minum KMT Hansung honey lemon ni, encik suami kata lega sikit rasa tekak tu. Batuk pun dah kurang. Kalau tidak, kejap kejap batuk

Hansung honey lemon tea memang sedap dibancuh dengan air panas ataupun air sejuk. Masam manis yang sedap. Siapa suka minum air lemon madu, kena beli ni. Sambil minum boleh kunyah hirisan buah lemon dipotong nipis-nipis berserta kulitnya

Sedap juga ye kunyah kulit lemon ni bila dah bercampur dengan lemon. Rasa macam tu ada tapi tak keterlaluan. acceptable! 
KMT Hansung tea honey pomegranateUntuk Hansung tea honey pomegranate pula sedap dibancuh dengan air sejuk. Lepas tu buat jem roti pun sedap sangat. 
Berkali kali kami ulang minum. Sedap sangat lah pula. Nampaknya kena buat stok KMT Hansung tea ni. Harga mahal tu tak boleh nak kata apa sebab harga bahan asasnya pun dah mahal. Untung lagi beli dah siap ni. Sedap pun sedap. Berkhasiat juga. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/12/hansung-tea-honey-lemon-pomegranate.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Ayam Masak Lemon Yang Gerenti Akan Jadi Lauk Kegemaran Ramai

Resipi Ayam Masak Lemon Yang Gerenti Akan Jadi Lauk Kegemaran Ramai

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 162 hits
Selain ayam goreng ayam masak kicap rendang ayam dan ayam masak lemak cili api kita juga boleh cuba resipi ayam masak lemon Ayam ini mempunyai cita rasa unik kerana dimasukkan jus lemon dan kulit lemon Justeru bagi penggemar rasa masam masa...
First Time Menikmati Hi Tea Buffet Lunch Kat Causeway Cafe St Giles Southkey Mid Valley Southkey Jb

First Time Menikmati Hi Tea Buffet Lunch Kat Causeway Cafe St Giles Southkey Mid Valley Southkey Jb

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 454 hits
First Time Menikmati Hi Tea Buffet Lunch kat Causeway Cafe St Giles Southkey Mid Valley Southkey JB Mencari tempat yang ada menu Hi tea plus lunch kat area Johor Bahru Haaa kat sini tempat yang sesuai dibawa makan bersama My first time jeja...
Nikmati Hari Dengan Rangkaian Wellness Tea Lipton Baharu

Nikmati Hari Dengan Rangkaian Wellness Tea Lipton Baharu

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 136 hits
Baru baru ini AlongMurni berkesempatan untuk hadir ke majlis Pelancaran Teh Lipton Baharu Dengan adanya Lipton rangkaian edisi terbaharu iaitu WELLNESS TEA LIPTON kini rakyat malaysia yang dapat menikmati kehidupan dengan tema GoodnessMadeD...
Hi Tea Di Renaissance Hotel Johor Bahru Bersama Rakan Jdt Blogger

Hi Tea Di Renaissance Hotel Johor Bahru Bersama Rakan Jdt Blogger

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 170 hits
HI TEA DI RENAISSANCE HOTEL JOHOR BAHRU BERSAMA RAKAN JDT BLOGGER Lama jugak tak berkumpul ramai ramai dengan rakan rakan dari JDT Blogger Jadi hari tu kami sepakat untuk sama sama minum petang di Renaissance Hotel Johor Bahru memandangkan ...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Fostering Critical Thinking In Our Children

Pantang Larang Berbincang Buat Tafsiran Sendiri Ayat Ayat Al Quran Yang Dipegang Kuat

Golden Lounge International Kuala Lumpur International Airport An Overview

Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan