Kitab Aza Imu Duhur Kitab Siapa
Maaf sekadar perkongsian
Ramai org tanya saya mengenai kitab Aza'imu Duhur oleh Abi Ali Addabiziri, yg merangkap satu syair dan menyebut pasal corona.
Sebenarnya untuk pengetahuan semua kitab ini adalah kitab syiah. Kenapa org kita mudah berkongsi dan mempercayai apa yg telah diviralkan tanpa menyelidiki terlebih dahulu?
Bukankah Allah telah befirman :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah al-Hujurat: 6)
Begitu juga hadis sebagaimana Yang telah diriwayatkan boleh Muslim dgn sabdanya
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
Maksudnya: Cukuplah seorang itu dianggap berdusta apabila dia bercakap segala apa yang dia dengar. Riwayat Muslim.
Imam al-Nawawi berkata: Di sini menunjukkan larangan daripada bercakap setiap apa yang dia dengar kerana boleh jadi dia dengar pada adatnya benar atau dusta. Justeru, apabila dia berbicara setiap apa yang dia dengar, maka sesungguhnya dia telah mendustakan dengan berita-beritanya yang boleh jadi bukan begitu. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim)
Begitu juga baru baru ini dihebohkan mengenai buku Iqra yg menyebut pasal corono.
Kita mudah tertipu dengan ramalan ramalan yg kononnya telah menyebul hal sedemikian.
Kesimpulannya:
Ingatlah bahawa semua ramalan adalah termasuk dalam perkara ghaib yang tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali Allah SWT.
Firman Allah SWT:
قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Ertinya nya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman"(Surah al-A’raf: 188)
Dalam satu hadis Rasulullah saw bersabda :
مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
Ertinya: “Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad” (Riwayat Ahmad)
Hal ini banyak saya telah huraikan dlm kitab saya yg bertajuk Aku Bukan Pendosa.
Wallahua'lam
Nik Nizam Nasir
Pejabat Agama Jajahan Bachok
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://matsomherbs.blogspot.com/2020/04/kitab-azaimu-duhur-kitab-siapa.html