Kisah Tak Terungkap


Salam Ramadhan dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini Ramadhan ke-6, sekejap masa berlalu.. Lama tidak bersua di sini.. Banyak yang ingin dizahirkan tapi masih tak terucap (seperti lirik lagu Nash pula :).. Last post in February, itu pun hanya 1 post sahaja.. Sejarah paling teruk sepanjang blogging.. Hurrrmmm pasti ada sebab kannn.

Cuaca cerah
Alhamdulillah hari ini cuaca cerah.. Aktiviti mencuci porch dan gardening berjalan lancar seawal pukul 8.00 pagi.. Lama tak menjenguk mini garden disebabkan kesibukan melampau dan semangat yang hilang.. 
Spider plant
Pokok-pokok kian menguning disebabkan tak cukup air dan cuaca juga panas terik sejak kebelakangan ni. Pokok pun tak bersemangat seperti tuannya, contoh spider plant ni.. Kesian, seperti hidup segan mati tak mahu.. Hari ini baru ada masa siram dan bubuh baja.. Harap subur kembali seperti sediakala

Sebenarnya since last February dan March saya sibuk dengan assignments diikuti dengan peperiksaan akhir semester January 2021 pada 17 April lalu.. 
Module 
Semester kali ini agak tough memandangkan semua perlu belajar sendiri dan tutorial dijalankan secara online. Alhamdulillah akhirnya kesibukan semester January sudah berakhir..  
Exams and Assignments 
Dalam kesibukan dengan pelajaran, kesihatan bapa saya semakin merosot. Bermula 16 Mac 2021 lalu bapa saya mula tak lalu makan. Hanya minum susu dan makan nasi kurang sesuap. Oleh kerana kurang selera makan, maka kuranglah tenaga menyebabkan dia tak gerak ke mana-mana. Sejak itu bapa saya terlantar atas katil. 
Mendengar khabarnya yang kian uzur, pada 19 Mac 2021, saya memohon pelepasan merentas negeri dan segera pulang ke kampung untuk melawatnya. Saya melihat sendiri keadaanya. Fizikalnya lemah tetapi ingatannya masih kuat. Bapa saya seorang yang kuat semangat, tetapi apabila fizikalnya semakin lemah dia semakin tak terdaya hingga seringkali meluahkan kata-kata berserah kepada Allah kerana sudah tak tahan menanggung kesakitan. 
Saya pernah cerita tentang tahap kesihatan bapa saya di post ini - Bila Emosi Terganggu Hilang Focus. Semasa saya menulis post tersebut, saya sangat takut kehilangannya. Sewaktu bapa officemate saya meninggal, saya pernah bercerita dengan officemate sebelah begini : 
Saya : "Kalau bapa saya meninggal nanti, saya nak ambil cuti tanpa gaji 3 bulan sebab saya akan bersedih dan tak mahu bersemuka dengan sesiapa." 
Officemate saya menjawab : "Habis tu kau nak pegi mana? Duduk dalam gua?" 
Walaupun perbualan itu ada unsur gurauan tetapi ketika itu saya serius. Saya tak tahu apa akan terjadi apabila ianya benar-benar berlaku. Perkara paling takut saya hadapi di dunia ini ialah kehilangan bapa saya. Dialah kekuatan saya.

Pada 21 Mac 2021, ketika bersalaman untuk meminta izin bertolak pulang ke Seremban hati saya sangat berat. Saya tahan airmata supaya tak tumpah di depannya. Dia berpesan supaya jangan risau keadaannya. Dahulukan tugasan hakiki saya kerana ianya adalah tanggungjawab saya. Dia hanya meminta doa saya supaya dipermudahkan urusannya. Detik hati saya berkata, entah dapat jumpa lagi atau tak selepas ni.. Saya tawakal andai itu kali terakhir.

Namun, siapalah kita untuk menafikan takdir Illahi.. Pada 21 Mac 2021 itu merupakan tarikh saya dapat menatap wajah akhir ketika hayatnya.  Pada 30 Mac 2021 jam 6.30 petang, bapa saya menemui Illahi.

Al-Fatihah 
Menurut ibu, keadaannya sudah bersedia dan sempat mengucap kalimah Allah semasa menghembuskan nafas terakhir. Arwah pergi dengan mudah dan tenang. Urusan pengebumian arwah juga sangat mudah, dihadiri semua kenalan arwah jauh dan dekat. 
Akhirnya saya menghadapi situasi tanpa ayah.. Perasaan? Sangat sedih seperti tidak percaya tetapi takde perasaan sampai nak cuti tanpa gaji 3 bulan sebab saya redha. Saya tak sanggup arwah sakit tak tertanggung. Saya percaya qada' dan qadar serta takdir Illahi. 
Buat masa ini saya masih dalam proses menangani kesedihan. Saya tak boleh bersendirian untuk mengelakkan berfikir tentang kenangan manis saya bersama arwah. Seorang bapa yang bekerja keras hingga lupa dirinya. Tak reti rehat dari muda demi keluarga, adik-beradik dan masyarakat. Hidupnya bahagia memberi sesuatu yang berharga buat kami sekeluarga. Sudah sampai masa arwah rehat di sana. 
Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya yang lalu, diterima segala amal ibadahnya serta diletakkan bersama golongan orang-orang beriman dan beramal soleh. 
...آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Related post : Keadaan di alam barzakh menurut ulama
KUCING DAN KESEDIHAN
Ini pula kaedah menangani kesedihan.. Anak saya Arief dah lama begging untuk bela kucing. Saya tak setuju memandangkan siapa yang akan menguruskan kebersihan kucing itu nanti. Rutin harian saya penuh dan takde masa untuk rutin tambahan. Tetapi dijadikan cerita, ibu mertua adik saya menawarkan 2 ekor kucing peliharaannya untuk dijaga. Oleh kerana ketika itu saya sedang bermain dengan emosi, maka saya bersetuju untuk mengambil 2 ekor anak kucing tersebut. Mungkin apabila saya membela kucing, saya dapat mengurangkan rasa kesedihan dalam hati ini

Chloe and Fluffy
Maka bermusafirlah 2 ekor kucing ini dari Muar ke Seremban. Saya namakan Fluffy (atas) dan Chloe (bawah). Fluffy milik Arief manakala Chloe milik saya. Kami pelihara bersama-sama. Memandangkan mereka masih belum biasa dengan keadaan di sini, saya kurung dalam sangkar pada waktu siang ketika waktu kerja. 
Hi, saya Fluffy
Hi, saya Chloe
Pulang dari kerja saya akan membersihkan sangkar dan bermain-main dengan mereka. Ternyata mereka membawa keceriaan kepada saya. Tarikh mengambil mereka adalah tarikh kenangan saya melihat bapa semasa hayat untuk kali terakhir

Sebelum mengakhiri post ini, terima kasih kepada pembaca yang telah meninggalkan komen dalam post saya sebelum ini. Saya akan balas semua komen satu-persatu dan kunjung balas blog anda. Thank you for your endless support. Really appreciate it
   
Regards,
Loading...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ladyinredplanner.blogspot.com/2021/04/kisah-tak-terungkap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Juha Unta Minta Upah

Kisah Juha Unta Minta Upah

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 165 hits
Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu BillahSuatu ketika Juha pergi keluar untuk membeli gandum Setelah gandum dapat lalu dinaikkan ke atas untanya untuk dibawa balik Tiba tiba unta yang dikenderainya lari dengan membawa gandum yang bar...
Kisah Laknat Seekor Kuda

Kisah Laknat Seekor Kuda

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 198 hits
Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu BillahSuatu hari Abdullah bin Al Mubarak pergi ke pasar Dia telah melihat seekor kuda dijual dengan harga 40 dirham Alangkah murahnya kuda ini katanya Tetapi ada cacatnya sahut pembeli yang lain Apa...
Kisah Pencabut 99 Nyawa

Kisah Pencabut 99 Nyawa

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 104 hits
Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu BillahTelah diriwayat dari sebuah Hadis Sahih Muslim Nabi s a w bersabda Terdapat seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia Lalu dia...
Kisah Seorang Lelaki Tidak Pernah Berselawat Kepada Rasullah Saw

Kisah Seorang Lelaki Tidak Pernah Berselawat Kepada Rasullah Saw

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 139 hits
Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu BillahPada satu malam dia bermimpi bertemu Rasulullah s a w Baginda s a w langsung tidak menoleh ke arahnya Kemudian lelaki itu bertanya Wahai Rasulullah apakah engkau marah padaku Rasulullah s a w ...
Kisah Lelaki Yang Faham Bahasa Haiwan

Kisah Lelaki Yang Faham Bahasa Haiwan

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 240 hits
Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu BillahAda seorang lelaki yang memiliki beberapa ekor binatang ternakan dan apabila dia mendengar bahawa Musa faham bahasa binatang dia merayu Musa supaya mengajar ilmu itu kepadanya Setelah belajar ...
Kisah Si Pengembala Versi Anwar Zahid

Kisah Si Pengembala Versi Anwar Zahid

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 146 hits
Oleh CHE MAN CHE WIL UTUSAN TV Cerita Si Pengembala Kambing dengan Harimau adalah cerita teladan zaman kanak kanak yang sentiasa kekal dalam ingatan setiap orang Bukan di Malaysia sahaja tetapi seluruh masyarakat dunia tahu mengetahui cerit...
Video Kisah Seram Legenda Di Malaysia Yang Popular Era 90an

Video Kisah Seram Legenda Di Malaysia Yang Popular Era 90an

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 320 hits
Ke mana sahaja di pelusuk dunia anda pergi pasti setiap daripadanya mempunyai kisah kisah legenda yang tersendiri Dan salah satunya tentulah kisah legenda seram yang disebarkan dari turun temurun Kisah kisah legenda seram atau hantu kebiasa...
Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ

Wanita Cedera Diragut Ketika Menunggang Motosikal

Kes Lelaki Israel 10 Ditahan Semula Bawah Sosma

Pelbagai Cara Memakai Samping

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau