Kimanis Yang Manis


Muhasabah untuk PH, BN dan Muafakat Nasional
PAKATAN Harapan tidak dapat menerima hakikat kekalahan PRK Kimanis dan beberapa PRK yang lalu, menunjukkan sokongannya mulai merosot.

Hatta, kajian demi kajian telah dibuat oleh beberapa institusi penyelidikan, sememangnya sokongan terhadap PH telah merosot. Bukan soal waktu yang masih terlalu singkat untuk PH. Tetapi soal karisma seseorang yang bergelar pemimpin.

Sudah tentu, saya tidak mempertikaikan kehebatan negarawan bergelar Perdana Menteri, yang begitu berpengalaman. Malangnya, pasukannya tidak sehebat Perdana Menteri.

Lebih daripada 20 bulan, sebenarnya sudah cukup untuk menampakkan perubahan yang berlaku.

Namun, perubahan demi perubahan yang cuba dilakukan ditutupi dengan perlakuan jelik pemimpin-pemimpin politik dan kenyataan-kenyataan mereka, yang menjadikan rakyat semakin bosan dan meluat.

Ingatan demi ingatan telah diberikan, tetapi mereka tidak pernah kisah. Pada mereka, sokongan tetap kekal kuat kepada PH.

Pada hemat saya, buatlah muhasabah diri. Nilai balik segala kata-kata dan perbuatan saudara semua.

Jika mahu terus berkuasa, kekal sokongan dan tidak merosot, perhatikan beberapa perkara berikut yang tidak seberapa ini.

Pertama, jangan kesampingkan Islam, Melayu, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu dan Bumiputera serta Raja-Raja Melayu. Semua ini ibarat dadah daging kepada orang Melayu.

Bagi Bumiputera Sabah dan Sarawak, hak mereka, identiti mereka dan tanah-tanah mereka, mungkin jauh lebih penting.

Lihat perancangan ultra kiasu untuk kesampingkan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Sedangkan Bumiputera inilah yang mempertahankan Sabah dan Sarawak daripada cengkaman penjajah.

Fikirkan sejenak, apa sumbangan ultra kiasu di Sabah dan Sarawak dalam menuntut kemerdekaan kedua-dua negeri tersebut. Boleh dikatakan hampir tiada. Tiba-tiba mereka mahu kesampingkan peranan dan hak-hak Bumiputera di sana.

Justeru, saya seru, pertahankan institusi-institusi yang termaktub dalam Perlembagaan. Jangan biarkan ia dihina dan dipermainkan oleh ultra kiasu.

Bila ultra kiasu ternyata begitu celupar membangkitkan, tegur mereka atau ambil tindakan. Bukannya dibiarkan begitu sahaja. Begitu juga kenyataan-kenyataan seperti, tanah Melayu, tanah Hindu, Melayu adalah pendatang dan banyak lagi.

Sehingga ke hari ini, rakyat masih lagi mencari jawapan, apa beza ketika berada dalam pemerintah BN dengan PH. PH begitu melaung-laungkan soal integriti, menentang kroni, rasuah dan sebagainya. Rakyat marhaen seperti saya mahu melihat apakah perkara-perkara yang dijanjikan itu benar-benar dilaksanakan?

Kedua, jangan biarkan komunis berleluasa. Sejarah komunis sama ada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak, tidak dapat dikaitkan sama sekali dengan sumbangan kemerdekaan. Apabila isu komik komunis menjadi hangat, pemimpin ultra kiasu begitu mempertahankan komunis. Begitu juga perhimpunan komunis-komunis di Kajang.

Sejarah membukti bahawa tindakan komunis begitu kejam berbanding kumpulan subversif lain, terutamanya sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Saya amat pelik bagaimana pemimpin ultra kiasu begitu tegar menyokong gerakan komunis yang sedang menular di negara ini. Tiada tindakan tegas dilakukan terhadap mereka yang cuba menghidupkan dan menyebarkannya.

Komunis ini dibiarkan hidup dan berselindung di sebalik parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan tertentu, yang tidak perlu saya sebutkan namanya. Komunis ini juga menggunakan media sosial dan media cetak untuk menyebarkan propaganda mereka secara halus.

Jangan lupa, insiden mengibarkan bendera Malaysia berbucu lima bintang, 11 jalur merah putih bukan sahaja berlaku pada majlis pembukaan Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak anjuran Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dan banyak lagi.

Ingat, sebelum ini bendera Malaysia berbucu lima bintang sudah berlaku pada kejohanan taekwando dan majlis-majlis sukan yang lain.

Perlu diingatkan bahawa bendera bucu lima bintang adalah manifestasi kepada bendera komunis dan sebelum ini terdapat beberapa insiden mengibarkan bendera Malaysia terbalik, menukar warna hitam putih dan lain-lain. Semuanya ini sengaja dilakukan. Bila viral, minta maaf. Kita pun lembut hati, takut undi lari, maafkanlah.

Selain itu, negara kita turut dikejutkan lagi dengan perbuatan membawa masuk abu mayat Chin Peng ke dalam negara, penyebaran buku komik pro komunis di sekolah.

Begitu juga gesaan menulis semula sejarah negara. Gesaan menyemak semula subjek Sejarah dan memasukkan fahaman marxism dan komunis di dalam subjek sekolah. Pemimpin ultra kiasu yang berada dalam kerajaan begitu menyokong dan langsung tidak bersuara mengenai bahaya komunis ini.

NGO-NGO komunis yang berselindung ini perlu segera diharamkan. Mereka sudah melampaui batas. Dari satu segi, memanglah sokongan bukan Melayu akan meningkat, tetapi bukan dalam kalangan Melayu Islam.

Justeru, saya merayu, jika PH tidak mahu kehilangan sokongan, ambil tindakan tegas, tangkap dan mendakwa individu yang menghina kedaulatan dan mengancam keselamatan negara. Ini belum termasuk gerakan pengganas LTTE.

Ketiga, jangan biarkan golongan liberal berleluasa dan begitu vokal dalam membincangkan isu-isu berkaitan Islam. Ini termasuk NGO-NGO yang begitu lantang mengkritik Islam dan institusi Agama Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kebelakangan ini, ada beberapa NGO yang sangat celupar dan kurang ajar mahu meliberalkan Islam dan menggalakkan murtad dalam kalangan orang Islam. Gerakan ini mesti dipantau dan disekat. Jika tidak, pasti PH akan kehilangan sokongan orang Melayu Islam.

Tidak dinafikan mungkin ada orang bukan Islam yang suka dengan NGO-NGO liberal ini, tetapi majoriti orang Melayu Islam tidak sedemikian sikap, meskipun mereka tidak beramal sepenuh dengan Islam.

Cuba fahami hati budi Melayu sebelum bertindak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan hati naluri mereka. Melayu ini pantang dicabar.

Keempat, jangan kesampingkan jati diri negara yang berasaskan Melayu Islam seperti jawi berbanding isu tanglung dan ponggal. Rujuk artikel saya minggu lalu. Tidak perlu lagi saya terangkan di sini.

Kelima, jangan terlalu sangat mendengar pergerakan kumpulan yang berselindung atas nama hak asasi manusia.

Gerakan Bersih umpamanya, baru-baru ini mengeluarkan kenyataan, jika kerajaan tidak laksanakan pembaharuan yang mereka mahukan, Bersih akan kami turun ke jalanan.

Antara yang dituntut, kononnya ‘pembaharuan’ adalah supaya ditubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis (IPCMC) dan isu hukuman mati. Jangan dengar nasihat ultra kiasu ini. Biar dia turun ke jalanan, kita tengok sahaja, berapa ramai bersamanya.

IPCMC adalah satu penghinaan kepada perkhidmatan polis. Memansuh hukuman mati akan menggalakkan lagi jenayah di negara ini.

Saya fikir PH akan kalah teruk dalam PRK atau PRU akan datang jika ikut kata Bersih. Bersih daripada dahulu tidak bersih.

Akhirnya, dan pasti bukan yang terakhir, dalam ruangan terhad ini, saya syorkan pemimpin-pemimpin turun padang, pergilah ke kedai-kedai kopi dan dengar perbualan serta rintihan rakyat marhaen.

Keadaan rakyat begitu terhimpit dengan keadaan ekonomi hari ini. Harga barang terus mencanak naik, berbanding harga komoditi.

Kadang-kadang naik jelik mendengar kenyataan demi kenyataan menjelang musim perayaan, misalnya semua barang keperluan mencukupi, harga terkawal, dan macam-macam lagi. Tengok harga bawang besar hari ini pun sudah cukup. Dahulu hanya RM1, kini sudah mencecah RM5.

Ini satu sejarah saya fikir, harga bawang begitu tinggi. Kenapa? Saya bukan orang ekonomi, lebih baik saya diam.

Apa yang nak saya sampaikan adalah, kehidupan rakyat begitu terhimpit dengan kenaikan harga barang. Sama ada GST atau SST, mana lebih bagus, realitinya harga barang terus naik dan naik.

Selain itu, ingatan saya pula kepada BN dan PAS (MN), sempena kemenangan calon BN di Kimanis, kekuatan yang ada adalah satu muafakat berasaskan kebumiputeraan.

Muhasabah yang dapat saya berikan adalah, 60 tahun UMNO memperjuangkan ketuanan BN, sanggup mengemis undi ultra kiasu, secara beransur-ansur menggadai ketuanan Bumiputera.

Inilah masanya untuk UMNO membuktikan bahawa menjadi pengemis kepada ultra kiasu, sehingga menggadaikan hak-hak Melayu dan Islam serta Bumiputera, adalah dosa-dosa yang sukar dimaafkan.

Kita tidak nafikan jasa UMNO dalam membangunkan negara. Tetapi UMNO kena juga mengakui bagaimana kekayaan hasil bumi tanah jajaran Bumiputera disedut dan dilambakkan kepada kawasan bukan Bumiputera.

UMNO juga meminta maaf kepada kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kemenangan di Kimanis, sepatutnya menyedarkan UMNO untuk membetulkan balik apa yang telah berlaku.

Rakyat kini sudah mula atau mungkin mengakui UMNO lebih baik dari PH. Tetapi rakyat juga tidak bodoh dari melihat kesilapan UMNO sebelum ini.

Justeru, atas dasar inilah Muafakat Nasional, UMNO dan PAS kena bangkit, untuk memenangkan Perlembagaan. Bertindak berasaskan Perlembagaan, bukan bertindak untuk memenangkan UMNO dan PAS atau MN semata.

Dalam konteks demokrasi di Malaysia, zimmi atau harbi bukan seharus dilihat kepada kebersahajaan nas Al Quran dan Sunnah, serta keterikatan dengan piagam Madinah.

Tetapi ia harus dilihat secara maknawinya dari sudut Maqasid Syariah, yang menjadi roh kepada Piagam Madinah. Kontrak sosial yang menstruktur sebuah Perlembagaan bergelar Piagam Madinah.

Dalam konteks Malaysia, kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama begitu jelas sehingga termaktub dalam Perlembagaan, seperti yang telah disebut dalam fakta pertama yang melibatkan hak dan institusi yang mesti dijaga. Bukannya, melayan karenah ultra kiasu bagi mendapatkan undi.

Pendek kata, Muafakat Nasional selepas ini harus tegas bertindak mengikut kehendak Perlembagaan walau dengan sesiapa sekalipun, kawan atau lawan. Jangan kerana kemaruk undi ultra kiasu, kita hilang hak-hak yang sepatutnya dan terjamin dalam Perlembagaan.

Sempena Kimanis yang manis ini, kalau boleh saya cadangkan lantik Timbalan Perdana Menteri 2 daripada kalangan bumiputera Sabah dan Sarawak berbanding ultra kiasu yang sangat mengidamkannya, sedangkan ultra kiasu tidak layak untuk itu.

Oleh : Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2020/01/kimanis-yang-manis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemenangan Bn Dengan Majoriti Lebih 15k Prk Tg Piai Memang Manis Tapi Kemenangan Bn Di Prk Kimanis Lebih Manis

Kemenangan Bn Dengan Majoriti Lebih 15k Prk Tg Piai Memang Manis Tapi Kemenangan Bn Di Prk Kimanis Lebih Manis

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 432 hits
PRK Kimanis menutup tirai Selepas 20 bulan bertapak di Sabah akhirnya parti Warisan yang menjadi kerajaan Negeri Sabah di bawah teraju Shafie Apdal tumbang juga di Kimanis Kemenangan Barisan Nasional di PRK Tg Piai dengan kelebihan majoriti...
Warisan Favourites In Kimanis But Needs To Maintain Drive To Ensure Victory

Warisan Favourites In Kimanis But Needs To Maintain Drive To Ensure Victory

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 360 hits
KIMANIS POLLS Parti Warisan Sabah appears to have the upper hand over BN in the hotly contested Kimanis by election with six days to go before polling day on Jan 18 Warisan which heads the Sabah government has the state resources and machin...
Whoever Wins Kimanis Villagers Just Want An End To Flooding

Whoever Wins Kimanis Villagers Just Want An End To Flooding

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 226 hits
Gantasin Lingkabai says the floodwater level rises to the upper floor of his house at Kampung Pusak Membakut Sabah BEAUFORT Every time dark clouds form Gantasin Lingkabai prays that the downpour will not last for too long The last time ther...
Petanda Parti Warisan Sabah Bakal Menang Prk Kimanis

Petanda Parti Warisan Sabah Bakal Menang Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 445 hits
Petanda Parti Warisan Sabah Bakal Menang PRK Kimanis Parti Warisan Sabah dilihat mempunyai kelebihan berbanding BN dalam pilihan raya kecil Kimanis yang hanya berbaki enam hari sebelum menjelang tarikh pengundian pada 18 Jan Warisan yang me...
Bn Tiada Idea Hadapi Prk Kimanis

Bn Tiada Idea Hadapi Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 212 hits
Parti Pembangkang Barisan Nasional didakwa cuba menutup kegagalan mereka membawa pembangunan ke Sabah sebelum ini dengan memanipulasi isu Pelaksanaan Pas Sementara Sabah kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Presiden Parti Warisan...
Shafie Apdal Umum Kimanis Bakal Miliki Pejabat Daerah Sendiri

Shafie Apdal Umum Kimanis Bakal Miliki Pejabat Daerah Sendiri

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 343 hits
Astro Awani Shafie Apdal umum Kimanis bakal miliki pejabat daerah sendiri Gambar fail BONGAWAN Penduduk di Parlimen Kimanis bakal memiliki pejabat daerah sendiri sekali gus menjadikan penduduk sekitar tidak lagi perlu melakukan urusan penta...
Rehatkan Kuda Tua Karim Najib Beritahu Pengundi Kimanis

Rehatkan Kuda Tua Karim Najib Beritahu Pengundi Kimanis

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 338 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak menyampaikan ceramah di kampung Pimping Kimanis malam tadi KIMANIS Najib Razak mengkritik calon Warisan bagi pilihan raya kecil Kimanis Karim Bujang malam tadi dengan bertanya apakah yang telah dilakukan ol...
Mohammadin Sees No Issues In Approving Allocation For School In Kimanis

Mohammadin Sees No Issues In Approving Allocation For School In Kimanis

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 181 hits
KIMANIS POLLS Tourism and Culture Minister Mohammadin Ketapi yesterday announced a RM50 000 allocation to upgrade the facilities of a school in the Kimanis parliamentary constituency This came after Papar District Officer Ghulam Rasul Hapil...
Kimanis By Election Warisan Information Chief Denies Threatening Gov T Officials

Kimanis By Election Warisan Information Chief Denies Threatening Gov T Officials

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 282 hits
KIMANIS POLLS Parti Warisan Sabah information chief Yusof Yacob has denied threatening government officials who support the opposition Yusof who is also Sabah Education and Innovation Minister said Warisan does not adopt such an approach I ...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City