Keyakinan Pelabur Akan Berada Di Tahap Sifar Ku Li



SHAH ALAM - Keyakinan pelabur tempatan dan asing terhadap negara akan berada pada tahap sifar sekiranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan cadangan untuk mengisytiharkan darurat pentadbiran di negara ini.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ini kerana pada ketika ini ekonomi Malaysia sedang berdepan cabaran getir.

"Sekiranya Perdana Menteri meneruskan cadangan untuk mengisytiharkan darurat yang dicadangkan, saya sebagai ahli ekonomi secara peribadi, bekas Menteri Kewangan, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan bekas Pengerusi Bank Dunia serta IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) boleh memberi jaminan 'ini adalah satu perkara terakhir untuk memastikan perkara itu terjadi' bahawa ekonomi kita sudah hancur.

"Pelabur tempatan dan asing akan menjauhi kita sepenuhnya. Keyakinan perniagaan akan berada pada tahap sifar," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan mengisytiharkan darurat pentadbiran.

Sementara itu, dalam satu kenyataan lain, Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, tindakan Muhyiddin yang enggan untuk melakukan undi tidak percaya terhadap dirinya di Parlimen jelas membuktikan Ahli Parlimen Pagoh itu tidak lagi mempunyai kesahihan sebagai Perdana Menteri.

Jelas Tengku Razaleigh, beliau mempunyai maklumat yang menunjukkan bahawa Muhyiddin tidak lagi mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

"Kalau tidak, mengapa dia (Muhyiddin) takut untuk melakukan undi tidak percaya?" katanya.

Mengulas mengenai tindakan Muhyiddin yang menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk meminta pengisytiharan darurat, Tengku Razaleigh berkata, ia pada dasarnya adalah tindakan yang salah, namun ia tetap dilakukan demi untuk melindungi kedudukannya.

Katanya, seorang Perdana Menteri yang tidak sah adalah tidak bermoral untuk meminta pengisytiharan darurat yang mana bertujuan untuk mendapatkan kuasa dengan tidak bertanggungjawab serta tanpa semak dan imbang.

"Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja tidak seharusnya memperkenan permintaan yang tidak sah dan berdasarkan alasan tipis itu," katanya.

Semalam, mesyuarat khas Kabinet yang dipengerusikan Muhyiddin di Putrajaya bersetuju dengan pelaksanaan darurat bagi menangani penularan Covid-19.

Berikutan itu, Muhyiddin telah menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang selepas mesyuarat berkenaan.

Hari ini, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat.

#Sumber : SH 

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/keyakinan-pelabur-akan-berada-di-tahap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahap Tahap Pengembangan Vaksin Covid 19 Hingga Produksi Massal

Tahap Tahap Pengembangan Vaksin Covid 19 Hingga Produksi Massal

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 180 hits
Seperti diketahui tahapan vaksin Covid 19 saat ini sudah memasuki uji klinis fase tiga sehingga tinggal satu tahap lagi untuk sampai pada tahap produksi secara massal
Dua Bulan Didignos Hid4p K4nser P4ru P4ru Tahap 4 Sanjay Dutt

Dua Bulan Didignos Hid4p K4nser P4ru P4ru Tahap 4 Sanjay Dutt

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 345 hits
Superstar Bollywood Sanjay Dutt mend kwa dirinya kini bebas dari peny4kit k4nser p4ru p4ru yang dihidapinya Padahal sekitar bulan ini aktor itu baru sahaja mengaku dirinya menderita k4nser p4ru p4ru tahap 4 yang berjaya didignos para doktor...
Anak Main Sekejap Fokus Dah Kemana Ini Aktiviti Yang Boleh Mak Ayah Buat Di Rumah Nak Tahu Tahap Fokus Anak

Anak Main Sekejap Fokus Dah Kemana Ini Aktiviti Yang Boleh Mak Ayah Buat Di Rumah Nak Tahu Tahap Fokus Anak

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 397 hits
Membuat aktiviti aktiviti menarik di rumah bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak anak malah ia juga dapat membantu si kecil untuk belajar dan meneroka Namun pasti sukar untuk dapatkan fokus daripada mereka kan Ada y...
Gonose Alat Pendeteksi Covid 19 Buatan Ugm Masuk Tahap Uji Diagnosis

Gonose Alat Pendeteksi Covid 19 Buatan Ugm Masuk Tahap Uji Diagnosis

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 225 hits
Peneliti GeNose Dian Kesumapramudya Nurputra mengungkapkan ditahap uji diagnosis ini akan melibatkan 9 rumah sakit
Bitcoin Melonjak Semula Mengatasi Tahap Tinggi Dari Tempoh Dua Tahun Yang Lalu

Bitcoin Melonjak Semula Mengatasi Tahap Tinggi Dari Tempoh Dua Tahun Yang Lalu

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 185 hits
Pemilik mata wang kripto utama gembira kerana ia menembusi tahap tinggi 16 bulan Harga Bitcoin menghampiri petunjuk pada tahun 2018 menembusi ketidakpastian pada bulan bulan sebelumnya Berdasarkan pemerhatian penganalisis harga Bitcoin tela...
Eur Usd 27 Oktober Laporan Cot Tidak Ada Berita Euro Mensasarkan Tahap 1 1850 Bagaimanapun Perdagangan Penurunan

Eur Usd 27 Oktober Laporan Cot Tidak Ada Berita Euro Mensasarkan Tahap 1 1850 Bagaimanapun Perdagangan Penurunan

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 194 hits
EUR USD 1H Pada 26 Oktober pasangan EUR USD jatuh ke tahap pembetulan 50 0 pada carta setiap jam pulih daripadanya berpihak kepada mata wang Eropah dan memulakan proses pertumbuhan baru ke arah tahap pembetulan daripada 61 8 Saya juga membi...
Bitcoin Telah Mencapai Tahap Tinggi Buat Pertama Kalinya Sejak 2019

Bitcoin Telah Mencapai Tahap Tinggi Buat Pertama Kalinya Sejak 2019

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 221 hits
Bitcoin melonjak lebih dari 4 pada pagi Khamis tetapi kemudian melemah sedikit setelah mencecah paras 13 000 yang merupakan tahap tertinggi yang diniagakan sejak Julai 2019 CoinMarketCap platform yang menjejaki purata harga lebih daripada 2...
Macau Scam Di Tahap Krisis

Macau Scam Di Tahap Krisis

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 188 hits
October Sindiket Macau scam dan perjudian dalam talian merupakan sindiket jenayah terancang yang mengaut keuntungan atas angin dengan meninggalkan ribuan mangsa sehelai sepinggang dan porak poranda untuk menghadapi masa depan Mengikut stati...
Arah Aliran Menaik Ke Tahap Tertinggi Baru Untuk Pasangan Mata Wang Eurusd

Arah Aliran Menaik Ke Tahap Tertinggi Baru Untuk Pasangan Mata Wang Eurusd

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 235 hits
Arah aliran dan kesabaran adalah rakan anda di pasaran kewangan The material has been provided by InstaForex Company
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun

Mb S Son Five Others Remanded In Rm600 000 False Claim Probe Under Macc

Dilema Calun Prk Kkb Melayu Atau Cina

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

The Friendly S Music Pub By Kvadrat Architects In Astana Kazakhstan