Keris Mas


Keris Mas Sasterawan Negara pertama



KEADAAN pejabat editorial Utusan Melayu pada tahun 1948. Para wartawan dan pengarang tekun menjalankan tugas.
KU SYAFIQ KU FOZI
29 Mac 2019


SIAPA sangka, seorang anak muda yang kecewa kerana ditolak permohonannya memasuki Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) lalu merantau ke Sumatera untuk menjadi guru agama akhir­nya kembali ke tanah air dan menjadi Sasterawan Negara.

Kamaludin Muhammad atau dikenali sebagai Keris Mas bukanlah nama kecil dalam arena kesusasteraan negara. Sekitar 1950-an dan 1960-an, nama Keris Mas cukup dikenali melalui karya cerpennya yang sarat dengan semangat ‘Seni Untuk Masyarakat’.

Sehubungan itu, tidak hairanlah seorang daripada pengasas Angkatan Saste­rawan 50 (ASAS 50) tersebut diangkat sebagai Sasterawan Negara yang pertama pada 26 April 1981 apabila menerima Anugerah Sastera Negara yang julung-julung kali diadakan.


Nama Keris Mas juga tidak asing dengan Utusan Melayu. Beliau pernah bekerja di akhbar ini pada awal 1950-an sebagai wartawan dan pengarang. Sepanjang Keris Mas di Utusan juga, nama ASAS 50 memuncak naik apabila karya anggota dan pendukung angkatan itu sering disiarkan di dalam akhbar ini.

Ahmad Sebi dalam buku Media, Tinta dan Kuasa (1991) mengulas mengenainya dan membincangkan perbezaan pendapat antara Syed Husin Ali dengan A. Samad Ismail. Syed Husin mendakwa kehadiran tokoh ASAS 50 se­perti Keris Mas dan Asraf dalam Utusan memberikan kelebihan kepada ASAS 50 untuk menyebarkan fahaman Seni Untuk Masyarakat.

Kata Syed Husin: “Mereka (tokoh ASAS 50) telah dapat menyebarkan seluas-luasnya idea-idea dan pendapat-pendapat mereka; bukan menerusi penerbitan mereka sendiri kerana mereka tidak mempunyai ini, akan tetapi menerusi majalah Mastika dan mingguan Utusan Zaman” (Ahmad Sebi, 1991).

Kenyataan itu disanggah A. Samad yang berpendapat tidak mungkin ASAS 50 me­nguasai Utusan kerana Utusan ketika itu lebih didominasi golongan berhaluan kiri se­perti Dahari Ali, Hamid Abdul dan Salleh Daud yang pernah terlibat secara langsung de­ngan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Malah, hujah A. Samad, dalam Utusan sendiri ada golongan antisastera yang tidak senang dengan ruang yang diberikan kepada karya sastera dalam akhbar itu ke­rana menurut mereka, ia tidak membantu menambah jualan akhbar.

Namun, sumbangan Keris Mas terhadap perkembangan sastera melalui majalah dan akhbar tidak dapat dinafikan. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, Keris Mas antara sosok penting yang membantu memesatkan pengeluaran majalah Mastika yang ketika itu kurang mendapat sambutan pembaca.

Utusan Malaysia bukanlah satu-satunya akhbar yang pernah menerima khidmat Keris Mas. Selepas tersingkir daripada Utusan pada 1951, beliau berhijrah ke Pulau Pinang untuk bekerja de­ngan Warta Negara (Ahmad Sebi, 1991). Beliau juga pernah berkhidmat de­ngan akhbar Melayu Raya sebelum kembali kepada Utusan selepas itu.

Apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 1956, Keris Mas menganggotainya dan memegang pelbagai jawatan penting, termasuk Ketua Bahagian Pengarang dan menjadi Ketua Pe­ngarang majalah-majalah DBP seperti Dewan Sastera dan Dewan Bahasa.

Keris Mas lebih menonjol dalam penghasilan cerpen berbanding novel. Cerpen beliau juga mengandungi mesej yang kuat, terutamanya berkenaan kemerdekaan dan kemajuan bangsa. Cerpen pertama beliau yang tersiar di Utusan Zaman, Ubat Merdeka contohnya, menyuntik semangat perjuangan kemerdekaan yang kuat. Begitu juga dengan karya novelnya seperti Pahlawan Rimba Malaya dan Anak Titiwangsa.

Anugerah Sastera Negara diwujudkan dengan arahan Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn ketika menyampaikan Hadiah Karya Sastera 1977 di Rumah Malaysia, Kuala Lumpur. Ketika itu, Tun Hussein mengumumkan Hadiah Karya Sastera akan dihentikan penganjurannya setelah kira-kira tujuh tahun berlangsung.

Menurut Wan Hamzah Awang atau dikenali sebagai Wahba (1981), penghentian Hadiah Karya Sastera bertujuan mewujudkan satu lagi anugerah yang dapat mengiktiraf sasterawan ke tahap yang paling tinggi. Oleh itu, Tun Hussein telah meng­arahkan supaya satu panel Anugerah Sastera ditubuhkan dan empat tahun kemudian, Anugerah Sastera Negara dianjurkan manakala Keris Mas terpilih sebagai penerima pertama, sekali gus memegang gelaran Sasterawan Negara.

Menteri Pelajaran ketika itu, Tun Musa Hitam berkata, seramai 11 sasterawan disenarai pendek untuk anugerah itu dan Keris Mas dipilih kerana beliau adalah yang paling la­yak untuk menjadi teladan kepada penulis muda.



UTUSAN MALAYSIA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mimbarkata.blogspot.com/2019/03/keris-mas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beri Tony Fernandes Peluang Selamatkan Mas Rsn Rayer

Beri Tony Fernandes Peluang Selamatkan Mas Rsn Rayer

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 339 hits
RSRayer mencadangkan Tony Fernandes ketuai Malaysia Airlines MAS Foto MalaysiaGazette Anggota Parlimen Jelutong RSN Rayer mencadangkan CEO Air Asia Tony Fernandes diberi peluang untuk menyelamatkan Malaysia Airlines yang berdepan masalah ke...
Mp Cadang Tony Fernandes Ketuai Mas

Mp Cadang Tony Fernandes Ketuai Mas

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 284 hits
Anggota Parlimen Jelutong RSN Rayer mencadangkan CEO Air Asia Tony Fernandes diberi peluang untuk menyelamatkan Malaysia Airlines yang berdepan masalah kerugian Struktur semula MAS dan berikannya kepada Tony Fernandes Jangan campur urusan M...
13 000 Pekerja Mas Apa Jadi Lepas Dijual

13 000 Pekerja Mas Apa Jadi Lepas Dijual

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 285 hits
Penjualan Malaysia Airline MAS mencetus kebimbangan lebih ramai kakitangannya diberhentikan kerja Foto Utusan oleh Junhairi Alyasa Persatuan Pekerja Bersara Malaysia Airline Berhad melahirkan kebimbangan terhadap nasib kakitangan tidak terb...
Swasta Mas Kj Tak Mahu Era Tajudin Ramli Berulang

Swasta Mas Kj Tak Mahu Era Tajudin Ramli Berulang

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 265 hits
Mar 21 2019 0 Comments KUALA LUMPUR Model penswastaan yang bakal dipraktiskan terhadap syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines disarankan harus berbeza berbanding dasar penswastaan yang pernah digunakan kerajaan pada tahun 90 an
Isu Mas Kajian Mendalam Perlu Dilakukan Sebelum Buat Sebarang Keputusan

Isu Mas Kajian Mendalam Perlu Dilakukan Sebelum Buat Sebarang Keputusan

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 172 hits
nbsp nbsp Foto oleh BernamaISLAMABAD PAKISTAN Isu melibatkan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Berhad memerlukan kajian mendalam sebelum sebarang keputusan dapat dibuat kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau berka
Patutnya Tak Boleh Jual Mas Hadi

Patutnya Tak Boleh Jual Mas Hadi

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 286 hits
Hadi Awang berkata tindakan menjual aset negara seperti MAS bukan langkah terbaik menyelesaikan masalah sebaliknya perlu berusaha gigih memulihkannya Foto Astro Awani Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat adalah sangat malang...
Tony Airasia Punca Mas Rugi Kata Tan Sri Abdul Aziz Rahman

Tony Airasia Punca Mas Rugi Kata Tan Sri Abdul Aziz Rahman

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 320 hits
Bekas pegawai MAS mengulas cadangan MP Jelutong Rsn Rayer bahawa pemilik AirAsia Tan Sri Tony Fernandes calon sesuai memulihkan MAS Dua veteran Malaysia Airlines menolak cadangan seorang ahli Parlimen DAP untuk melantik Ketua Pegawai Ekseku...
Kerajaan Ph Akan Tetap Jual Mas Kerana Tak Mampu Tanggung Rugi

Kerajaan Ph Akan Tetap Jual Mas Kerana Tak Mampu Tanggung Rugi

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan sudah ada pihak dalam dan luar negara berminat membeli Malaysia Airlines Meskipun menyayangi MAS dan berhasrat meneruskan penerbangan negara itu namun Dr Mahathir mengakui ker...
Tun M Kata Mas Tak Lagi Terbang Seperti Dahulu

Tun M Kata Mas Tak Lagi Terbang Seperti Dahulu

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 206 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau sangat menyayangi syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia Airlines Bagaimanapun beliau berkata satu tindakan berkesan perlu diambil dan dilakukan bagi memastikan MAS tidak terus menga...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Effective Market Research On A Budget

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Buasir Otak Tv Buang 4 Huruf Belakang Jadi Jenama Telefon Be Like

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Menangkan Jackpot Di Game Jekpot88 Di Berbagai Permainan

Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia