Kenyataan Igp Tu Sedikit Pun Tidak Mengejutkan
Tulang Besi dah duga pihak Polis Diraja Malaysia akan membersihkan Azmin Ali dari semua tuduhan.
Atas sebab itulah Azmin Ali tidak mengambil cuti sepanjang penyiasatan.
SUdah dijangka pihak Polis terpaksa menyebelahi Azmin Ali kerana Azmin adalah kerajaan. Dan yg membayar gaji Polis dan MCMC adalah kerajaan.
Di negara2 lain, Menteri2 yg disiasat akan mengambil cuti sepanjang penyiasatan utk memastikan penyiasatan tidak dipengaruhi oleh pihak yg memegang jawatan.
Tapi ini tidak berlaku di Malaysia dan lebih2 lagi dlm kerajaan Pakatan Harapan.
Sepatutnya Pakatan Harapan harus lebih baik dari UMNO dan Barisan Nasional.
Apa pun tidak terkejut keputusan dari IGP. Sedari awal lagi sudah nampak tiada kebebasan dan "independence" dalam penyiasatan kes ini.
PENGHINAAN KPD RAKYAT MALAYSIA
Rakyat cuma hendak tau video itu tulin atau tidak. Majoriti rakyat Malaysia sudah pun membuat keputusan siapa yg menjadi pelakon dlm video tersebut.
Maka ketulinan video telah pun diakui oleh IGP sendiri.
Tiada lagi keraguan berkenaan kesahihan video ini.
Mengatakan pihak kerajaan tidak dpt memastikan identiti pelakon video itu ertinya merendah2kan taraf pemikiran rakyat Malaysia keseluruhannya.
NAMA BAIK PAKATAN HARAPAN HANCUR
Perkara seperti ini hanya berlaku pada Kerajaan BArisan Nasional bukan Pakatan HArapan.
Tapi ia berlaku demi mempertahankan seorang yg tidak pernah mengiktiraf Pakatan Harapan pun selama ini.
Bila sudah susah begini nama baik Pakatan Harapan hendak dikotorkan demi seroang seperti ini.
Ini perkara yg sangat buruk sama sekali.
Sekian
TULANG BESI
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.malaysiawaves.net/2019/07/kenyataan-igp-tu-sedikit-pun-tidak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+malaysiawaves%2FzpEb+%28Malaysia+Waves%29