Kenapa Tak Ramai Penagih Cina


 


Secara umumnya, nilai masyarakat Cina Malaysia masih berpegang kepada idea pemikiran yang bersifat sebab, logik dan rasional. Sebahagian mereka menolak pegangan nilai agama yang dianggap terikat dengan nilai tradisi yang kurang menyelesaikan permasalahan dan keperluan masyarakat Cina.
Melalui kaedah berfikir secara sebab, logik dan rasional, ada kalanya bertembung dengan nilai-nilai Barat yang mempunyai kaedah berbeza. Nilai budaya Cina yang tegar berlandaskan budaya sebab, logik dan rasional dikaitkan dengan bahasa dan pendidikan Cina.
Ini menjadikan masyarakat Cina yang mempunyai nilai tegar ini kurang bercampur gaul dengan masyarakat bukan Cina. Kehidupan masyarakat Cina yang berpegang nilai tegar ini membenarkan minuman arak dan judi tetapi tidak membenarkan penggunaan dadah kecuali untuk tujuan perubatan.
Mereka melihat meminum arak dan berjudi tidak salah dari segi rasional. Mereka melihatnya sebagai satu sebab dan logik untuk berhibur setelah penat bekerja, cuma dalam konteks yang tidak melampaui batas.
Budaya minum arak dan berjudi sebenarnya bertentangan dengan nilai agama Buddha. Namun, pada anggapan agama Taoisme, perlu suatu cara pemikiran baharu untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat. Malah, Confucius tidak menekan sifat tertentu yang perlu diikuti oleh manusia dalam konsep sifat baik dan buruk. 
Ini menjadikan masyarakat Cina menerima idea bahawa jika arak dan judi mempunyai cara penyelesaian ke atas sesuatu permasalahan dalam keadaan terkawal, maka tidak salah untuk diamalkan dalam kehidupan.
Begitu juga penggunaan dadah dalam perubatan Cina. Konsep perubatan menggunakan dadah adalah berdasarkan kepada manfaat dan penyelesaian masalah sepertimana arak dan judi. 
Jadi, penggunaan ganja untuk mengubati penyakit lelah, penggunaan dadah tertentu dalam menguruskan badan dan penyakit kanser adalah dibenarkan dalam konsep budaya nilai tegar Cina.
SEKOLAH CINA
Dalam konteks ini, penggunaan dadah tidak boleh keterlaluan atau melampaui batas kemanusiaan. Di sini timbulnya satu definisi, iaitu penyalahgunaan dadah.
Bagi sebahagian kecil masyarakat yang berpegang kepada nilai tegar Cina, mereka menganggap dadah adalah ubat dan perlu digunakan bila perlu. Maka tidak ramai yang menjadi ketagih, cuma menjadi pengguna sampingan bagi mengubati penyakit yang dihidapi oleh mereka yang memerlukan.
Dalam nilai pragmatis Cina pula melihat satu sisi pandangan berbeza dengan nilai tegar Cina. Majoriti yang mengamalkan pragmatis ini adalah mereka yang berpandangan kepada elemen integriti, nilai agama iaitu baik dan buruk, amanah dan hubungan kekeluargaan.
Bagi yang berpegang kepada nilai pragmatis Cina, mereka menganggap arak, judi dan dadah adalah buruk kepada masyarakat. Ini kerana mereka berpandangan cara pemikiran sebegini bertentangan dengan nilai agama yang membezakan antara baik dan buruk. Justeru, golongan ini amat menentang penggunaan dadah dalam semua aspek.
Bagi mereka, kehidupan yang baik adalah kehidupan berakhlak, mulia, integriti dan amanah. Golongan ini menyokong pemerintahan negara berdasarkan undang-undang dan tiada pemisahan antara kehidupan individu dan kehidupan bermasyarakat. Seterusnya kehidupan ini tidak boleh berdasarkan kepada sebab dan akibat tetapi perlu diselarikan dengan nilai baik dan buruk. Apa yang baik akan memberikan impak positif kepada masyarakat dan sebaliknya kepada yang buruk.
Di sini, golongan yang memegang nilai pragmatis melihat, walaupun golongan nilai tegar membenarkan penggunaan dadah untuk tujuan perubatan tetapi terdapat juga sebilangan yang mengambil kesempatan untuk merosakkan nilai tegar Cina. Maka dengan ini, budaya pencegahan digunakan oleh golongan yang memegang nilai pragmatis Cina. Apa yang menarik, golongan nilai pragmatis telah memberikan satu didikan awal kepada anak-anak mereka, apa itu baik dan apa yang dimaksudkan buruk. Mereka juga mendidik anak-anak mereka dengan berpegang kepada nilai agama berlandaskan contoh yang baik perlu diikuti dan contoh buruk perlu dijauhi
ZURIAT
Golongan yang memegang nilai pragmatis sentiasa mendidik budaya pemilihan yang baik dapat memelihara dan mengekalkan zuriat generasi yang berkekalan agar kehidupan bermasyarakat menjadi lebih aman, selamat dan makmur. Golongan yang memegang nilai tegar Cina ini pula masih ingin mengekalkan budaya arak, judi dan dadah berdasarkan sebab, logik dan rasional. Namun, mereka tetap menerima budaya pencegahan ke atas dadah yang merosakkan kehidupan manusiawi.
Di sini, elemen budaya pencegahan bagi golongan yang memegang nilai tegar Cina adalah menjauhi dadah daripada keterlampauan. Maksudnya, jika boleh jangan guna dadah untuk tujuan perubatan tetapi jika terpaksa, maka gunakan secara bijak supaya tidak berlaku aspek melampaui batas.
Bagi golongan ini, didikan yang diberikan kepada anak-anak mereka adalah dadah ada kegunaan tetapi jika menggunakan secara tidak bijak, maka akan merosakkan kehidupan manusiawi. Falsafah budaya pencegahan ini juga diajar di sekolah Cina sejak didikan awal lagi. Maka tidak menghairankan apabila dadah berjaya dihapuskan daripada masyarakat Cina dari aspek ketagihan.
Ini yang membezakan antara kefahaman yang dijadikan budaya amalan pencegahan berbeza dengan masyarakat Melayu. Walaupun begitu, kefahaman aspek dadah ini telah ditelusuri sejak Barat memperkenalkan ganja bermula Perang Candu Pertama di China.
Masyarakat Cina Malaysia tidak menolak aspek dadah untuk tujuan perubatan sahaja, bukannya membawa satu domain ketagihan sepertimana berlaku dalam masyarakat Melayu. Budaya pencegahan dadah ini telah digunakan setelah pengalaman beratus tahun masyarakat Cina yang terjebak dadah bermula dengan ganja. Akhirnya, satu domain pemikiran yang lain daripada lain telah lahir antara yang membenarkan dan yang menentang penggunaan dadah dalam masyarakat Cina Malaysia.
DR. Iskandar Hasan Tan Abdullah Pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/kenapa-tak-ramai-penagih-cina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Goreng Kata Ramai Siam Cina India Sokong Dia

Pas Goreng Kata Ramai Siam Cina India Sokong Dia

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 136 hits
April 6 2021 Dewan Himpunan Pendukung PAS Kedah berjaya menubuh beberapa lagi cawangan baharu yang turut melibatkan masyarakat Siam Cina dan India Pengerusinya K Kumaresan berkata cawangan baharu terbabit di Baling Jerlun Kuala Kedah dan Pa...
Mahu Kembar Kuasai Tiga Bahasa Sebelum Usia 12 Tahun Dr Sheikh Muszaphar Hantar Adam Noah Ke Pra Sekolah Cina

Mahu Kembar Kuasai Tiga Bahasa Sebelum Usia 12 Tahun Dr Sheikh Muszaphar Hantar Adam Noah Ke Pra Sekolah Cina

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 330 hits
Seronok melihat cara didikan pasangan Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Dr Halina Yunos kepada enam orang cahaya mata mereka Bermula dari anak sulung lagi kedua duanya mahu memberikan pembelajaran yang terbaik buat anak anak mereka B...
Cina Tolong Melayu Melayu Sibuk La Ni Dok Muafakat Kah Kah

Cina Tolong Melayu Melayu Sibuk La Ni Dok Muafakat Kah Kah

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 187 hits
STEVEN SIMPagi ini saya sepatutnya ada mesyuarat penting dengan Sdr Lim Guan Eng tapi last minute saya terima info ada sebuah keluarga di Bukit Mertajam kena halau dari rumah sewa sebab ibu mereka tak mampu bayar sewa Saya terus pergi ke sa...
5 Makanan Cina Yang Popular Dalam Kalangan Melayu

5 Makanan Cina Yang Popular Dalam Kalangan Melayu

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 585 hits
5 Makanan Cina Yang Popular Dalam Kalangan Melayu Kepelbagaian kaum yang ada di negara kita ni menjadikan negara kita begitu unik di mata dunia Jadi apabila sebut je pasal makanan apa yang tak ada di Malaysia ni Cakap je nak makan makanan j...
Ambil Iktibar Tahun Baharu Cina Elak Perhimpunan Besar Aidilfitri Kata Pakar

Ambil Iktibar Tahun Baharu Cina Elak Perhimpunan Besar Aidilfitri Kata Pakar

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 173 hits
Lonjakan kes jangkitan di Sarawak pada Februari dipercayai akibat perhimpunan sosial di bistro restoran dan kediaman peribadi ketika Tahun Baharu Cina PETALING JAYA Pakar kesihatan menggesa pihak berkuasa berkaitan memperketat penguatkuasaa...
Ramai Cina Kaya Raya Hasil Pengkhinatan Umno Terhadap Bangsa Sendiri

Ramai Cina Kaya Raya Hasil Pengkhinatan Umno Terhadap Bangsa Sendiri

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 234 hits
Selesai baca buku Riwayat Lim Goh Tong bertajuk CERITA SAYA Berjaya menjadi pemilik Gunung Ulu Kali selepas memohon daripada kerajaan Pahang 4 940 hektar dan Selangor 1 110 hektar Tanah tanah itu dia dapat percuma dengan status hak milik ke...
Siapa Yang Akan Menang Antara Dolar As Dan Yuan Digital Cina

Siapa Yang Akan Menang Antara Dolar As Dan Yuan Digital Cina

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 289 hits
Pasaran menganggap konfrontasi antara mata wang dunia utama sebagai corak Walau bagaimanapun keadaan berubah apabila aset digital masuk Sekarang siapa yang akan menang antara yuan digital dan dolar fiat Trik di pasaran global diciptakan ole...
Bila Yb Cina Sibuk Berbuat Amal

Bila Yb Cina Sibuk Berbuat Amal

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 229 hits
Bila YB Cina sibuk berbual amal YANG MELAYU TERHAYAL DI UDARA Melihat MP Steven Sim Chee Keong perasaan bercampur baur Pelbagai usaha kebaikkan dilakukan olehnya Terharu kerana dia sudi membantu keluarga Melayu Terbaru kerana dia ahli Parli...
Rezeki Berganda Peladang Peniaga Timun Cina Terengganu Ketika Ramadan

Rezeki Berganda Peladang Peniaga Timun Cina Terengganu Ketika Ramadan

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 168 hits
KUALA TERENGGANU Tradisi penduduk Terengganu yang menjadikan tembikai atau lebih dikenali sebagai timun Cina sebagai buah buahan wajib apabila berbuka puasa membawa rezeki berganda kepada peniaga dan peladang tempatan Seorang peladang Bahar...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil