Kebijaksanaan Kabinet Elakkan Krisis Perlembagaan Tercetus



Disebabkan kesensitifan isu cadangan perisytiharan darurat, selain kesibukan dengan urusan keluarga, saya mengelak daripada memberikan sebarang komen mengenainya.

Begitupun, hari ini saya merasakan mahu memberi sedikit komen kerana saya berpendapat bahawa isu ini telah menimbulkan satu perkembangan baharu dari sudut perlembagaan

Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong sebenarnya adalah amat jelas di dalam Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan, iaitu:(a) melantik seorang Perdana Menteri;(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;(c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu,(d) dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini.
Proklamasi darurat yang terkandung di dalam Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah berbunyi:
“Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.”
Tidak disebut dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan ini bahawa proklamasi darurat adalah berada di dalam kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong

Duluan mengikat yang masih diguna pakai dalam isu ini adalah penghakiman di dalam kes Teh Cheng Poh v PP [1979] 1 MLJ 50 yang berbunyi:
“Fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong adalah fungsi-fungsi seorang raja berperlembagaan dan, melainkan di dalam perkara-perkara tertentu yang tidak berkait dengan rayuan ini, Baginda tidak melaksanakan fungsi-fungsi Baginda di bawah perlembagaan di atas inisiatif Baginda sendiri tetapi dikehendaki oleh Perkara 40 (1) untuk bertindak mengikut nasihat kabinet. Jadi bila kita menemui di dalam perlembagaan itu sendiri atau di dalam sesuatu undang-undang persekutuan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong yang dinyatakan hendaklah dilaksanakan jika Baginda berpendapat atau jika berpuas hati bahawa sesuatu keadaan tertentu wujud atau bahawa sesuatu tindakan tertentu adalah perlu, rujukan ke atas pendapat atau kepuasan hati Baginda adalah pada hakikatnya satu rujukan ke atas pendapat atau kepuasan hati secara kolektif ahli-ahli kabinet, atau pendapat atau kepuasan hati seseorang Menteri tertentu yang telah Kabinet telah perturunkan kuasa mereka untuk memberi nasihat ke atas perkara tersebut.”
(“The Yang di-Pertuan Agong’s functions are those of a constitutional monarch and, except on certain matters that do not concern the instant appeal, he does not exercise any of his functions under the constitution on his own initiative but is required by Article 40 (1) to act in accordance with the advice of the cabinet. So when one finds in the constitution itself or in a federal law powers conferred upon the Yang di-Pertuan Agong that are expressed to be exercisable if he is of opinion or is satisfied that a particular state of affair exists or that particular action is necessary, the reference to his opinion or satisfaction is in reality a reference to the collective opinion or satisfaction of the members of the cabinet, or the opinion or satisfaction of a particular Minister to whom the cabinet have delegated their authority to give advice upon the matter in question.”)
Soal Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat juga sebenarnya adalah amat jelas di dalam Perkara 40 (1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan, iaitu:
“Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini…” (Perkara 40 (1))
“Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.” (Perkara 40 (1A))
Oleh itu, sangatlah boleh dihujahkan bahawa pengumuman Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, pada 25 Oktober 2020 bahawa “Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia” adalah tidak selari dengan peruntukan perlembagaan dan tafsiran mahkamah ke atas peruntukan perlembagaan tersebut

Begitupun, syukurlah bahawa kerajaan pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Hj Mohd Yassin mengambil tindakan bijaksana untuk akur kepada titah Yang di-Pertuan Agong seterusnya tidak memulakan apa-apa langkah konfrontasi yang boleh mencetuskan krisis perlembagaan

Tidak dapat dibayangkan apa bentuk kecaman ke atas Yang di-Pertuan Agong dan kemudaratan yang akan berlaku kepada negara jika Perdana Menteri Malaysia sekarang bukanlah YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Hj Mohd Yassin tetapi pemimpin lain daripada Pakatan Harapan

Saya percaya sudah pastilah ada hikmah besar yang masih lagi terselindung di sebalik tindakan Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan nasihat kabinet mengenai perisytiharan darurat ini, paling tidak ia bolehlah ditafsirkan sebagai “undi percaya” Baginda kepada kerajaan

Mahukah dan mampukah lagi para pemimpin parti-parti tertentu terus mengecam kerajaan sekarang kerana kononnya gagal menangani wabak COVID-19 dengan baik dan berkesan setelah Yang di-Pertuan Agong menitahkan secara terbuka bahawa:
(1) Baginda “merasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan”?(2) Baginda “amat mempercayai keupayaan Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak COVID-19 ini dari terus merebak”?
Begitu juga, mahukah dan mampukah lagi para pemimpin parti-parti tertentu terus cuba mengganggu kestabilan pemerintahan negaradan kestabilan kerajaan sekarang setelah Yang di-Pertuan Agong menitahkan secara terbuka bahawa:
(1) Baginda “ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara”?(2) Baginda “turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan kerajaan sedia ada”?
Pada hemat saya dan ramai lagi rakan-rakan lain, kedua-dua titah ini sebenarnya jauh lebih besar makna dan impaknya berbanding penolakan perisytiharan darurat itu sendiri.
Kamarul Yusoff    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/kebijaksanaan-kabinet-elakkan-krisis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Pencilkan Peranan Perlembagaan Dalam Tangani Krisis Covid 19 Tok Mat

Jangan Pencilkan Peranan Perlembagaan Dalam Tangani Krisis Covid 19 Tok Mat

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 263 hits
Datuk Seri Mohamad Hasan KUALA LUMPUR Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata apa jua tindakan dalam menangani krisis pandemik Covid 19 mestilah memaparkan keupayaan kerajaan untuk bertindak dengan wajar saintifik dan mengam...
Krisis Keyakinan Rakyat Terhadap Perikatan Nasional Mesti Diurus Mengikut Kehendak Perlembagaan Bukan Darurat

Krisis Keyakinan Rakyat Terhadap Perikatan Nasional Mesti Diurus Mengikut Kehendak Perlembagaan Bukan Darurat

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 212 hits
KENYATAAN MEDIAKRISIS KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP PERIKATAN NASIONAL MESTI DIURUS MENGIKUT KEHENDAK PERLEMBAGAAN BUKAN DARURAT Kenyataan Dato Seri Azmin Ali mengenai apa yang diistilahkan beliau sebagai Darurat Ekonomi adalah tindakan mendahu...
Muhyiddin Mulakan Krisis Kenapa Bebankan Raja Rakyat

Muhyiddin Mulakan Krisis Kenapa Bebankan Raja Rakyat

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 257 hits
Datuk A Kadir Jasin Pada 23 Februari Muhyiddin Mohd Yassin bawa Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan Muhyiddin berpakat dengan PKR feksyen Azmin Umno Pas dan Gabungan Parti parti Sarawak menubuhkan Perikatan Nasional Muhyiddin beritahu S...
6002 Krisis Air Ppim Desak Tubuh Jawatankuasa Khas Bebas Penyelewangan Ismaweb 20 10 2020

6002 Krisis Air Ppim Desak Tubuh Jawatankuasa Khas Bebas Penyelewangan Ismaweb 20 10 2020

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 245 hits
BANGI 3 Rabiulawal 1442H Selasa Kecewa dengan gangguan bekalan air yang tidak berkesudahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendesak kerajaan negeri mempertimbangkan untuk menubuh jawatankuasa khas bertindak khusus untuk sumber air Jawatan...
Muhyiddin Patut Tumpu Urus Krisis Covid 19 Bukan Survival Politik

Muhyiddin Patut Tumpu Urus Krisis Covid 19 Bukan Survival Politik

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 179 hits
Pada 20 Oktober 2020oleh Lim Guan EngOleh Lim Guan EngBerikutan penjelasan oleh Ahli Parlimen Amanah Shah Alam Khalid Samad bahawa dia tidak pernah bercakap bagi pihak DAP berkenaan dakwaan kerjasama DAP dengan UMNO saya ingin menegaskan ba...
Macau Scam Di Tahap Krisis

Macau Scam Di Tahap Krisis

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 188 hits
October Sindiket Macau scam dan perjudian dalam talian merupakan sindiket jenayah terancang yang mengaut keuntungan atas angin dengan meninggalkan ribuan mangsa sehelai sepinggang dan porak poranda untuk menghadapi masa depan Mengikut stati...
Semakin Ngawur Macron Sebut Islam Sedang Krisis Di Seluruh Dunia

Semakin Ngawur Macron Sebut Islam Sedang Krisis Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 196 hits
Presiden Prancis Emmanuel Macron menyebut Islam saat ini sedang mengalami krisis di seluruh dunia Dia menyinggung soal radikalisme Dalam pidatonya Macron mengatakan Islam sedang dalam kondisi krisis karena ekstrimisme kekerasan Oleh karena ...
Diy Kabinet Dapur Dengan Bajet Rm250 Sahaja 2 Minggu Dah Siap

Diy Kabinet Dapur Dengan Bajet Rm250 Sahaja 2 Minggu Dah Siap

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 414 hits
Kabinet dapur ni memang penting Selain menjadikan ruang dapur lebih kemas ia juga menaikkan seri dapur supaya lebih sedap mata memandang Menerusi perkongsian Puan Nasibah Ramly beliau tunjukkan cara cara membuat kabinet dapur secara DIY yan...
Poster Mega Deal 2020 Kabinet Malaysia Muhyiddin Pm Ku Li Tpm

Poster Mega Deal 2020 Kabinet Malaysia Muhyiddin Pm Ku Li Tpm

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 749 hits
Kini sedang berlegar dan tular di media sosial satu poster Mega Deal 2020 barisan Kabinet Malaysia yang dijangka bakal di rombak dalam masa terdekat Ini susulan daripada krisis peralihan kerajaan yang dicetuskan oleh DSAI minggu ini yang me...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord