Keaslian Juadah Melayu Dalam Suasana Eropah Di Faroz Cafe Ttdi


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu bila nak nikmati makanan betul-betul rasa Malaysia mesti kita akan pilih restoran yang dekorasi tradisional atau juga lebih kepada kemelayuan. Mungkin itu yang selalu kebiasaan macam Maha sendiri. Bila tengok restoran yang modern dan juga futuristic ini tak berapa nak yakin dengan kesedapan terutama masakan tradisional Malaysia. 
Bukan nak memperlekehkan restoran macam tu tapi kebanyakan mungkin dipengaruhi oleh tukang masak dan juga pekerja-pekerja yang berada dibarisan hadapan. Itu yang Maha rasai bila masuk ke sebuah restoran ini. Walaupun mengetengahkan konsep dekorasi Eropah dan juga Inggeris tapi makanan yang disajikan begitu dekat dengan selera Maha. Restoran yang Maha maksudkan adalah Faroz Cafe yang terletak di Taman Tun Dr Ismail




Kita tahu situ adalah area kawasan elit dan juga persaingan restoran dan cafe yang urban banyak. Namun bukan itu sahaja menjadi tarikan kepada pecinta makanan tapi juga rasa yang penting. Sebab pertama kali Maha masuk sini jatuh cinta dengan dekorasi yang membuat kita rasa sangat dialukan. Siap susun atur kemas serta ketelitian dari segi penggunaan bahan dan material untuk menjadikan restoran ini bagaikan sebuah istana. 
Nasi Kerabu Ayam Percik (RM23+RM8)
Tu baru bahagian dekorasinya kalau sebut tentang rasa masakan yang disajikan memang Maha boleh bagi markah penuh. Bukan nak puji saja-saja tau tapi sebab bila Maha rasa makanan terutama masakan tradisional mereka seperti Nasi Kerabu Ayam Percik dan juga Nasi Kerabu Ikan Goreng memang tepati rasa seperti asal. Komponen yang ada dalam hidangan ini semua lengkap ada ulam-ulam, kemudian sambal dan juga budu, kelapa goreng, bersama dengan telur masin dan juga keropok cukup segalanya
Nasi Kerabu Ikan Goreng (RM23+RM4)
Ditambah lagi kalau korang order yang ayam percik atau ikan goreng mereka juga sertakan sekali dengan daging salai. Satu pinggan tu memang cukup kenyang kalau korang order tak akan rasa nak kongsi. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan apa yang korang dapat dan rasai. Kalau nak tahu kena datang dan cuba sendiri makanan di sini
Oxtail Bakar (RM37)
Kemudian ada juga juadah berasaskan daging iaitu Oxtail Bakar dan juga Sup Tulang Merah. Walaupun selalu kita makan sup ekor sahajakan tapi kali ini ekor tu dibakar dengan rempah dan sangat lebut tidak liat. Bilah lengkang mudah daripada tulangnya dan hancur dimulut bila dikunyah. Ditambah lagi dengan sup sayur dan juga sambal hijau yang menambah lagi kesedapan dalam hidangan ini. Sup Tulang Merah (RM38)

Sup Tulang Merah popular di negeri selatan tanah air dan kat sini juga ada. Korang tak perlu nak pergi sampai sana walaupun tak berapa nak merah kerana ia tidak menggunakan pewarna tapi menggunakan rempah yang sebenar. Sup ini juga sedap dinikmati dengan Mantou yang disediakan sekali. Ada yang kukus dan juga goreng sangat sedap bila makan sambil dicicah dengan sup ini. Teriyaki Chicken Chop (RM28)
Tak lupa juga menu barat ada juga di sini bagi mengimbangi konsep dan juga makananya. Sini korang boleh cuba mereka punya Teriyaki Chicken Chop dan juga Pesto Laksa. Menarik bukan yang Maha suka pada chicken chopnya masih berjus serta ada Mash Potato dibawahnya. Pesto itu pula adalah menggunakan mee laksa yer bukan spaghetti. Mengandungi banyak bahan didalamnya seperti makanan laut udang, kupang dan juga Soft-shell crab.  
Pesto Laksa (RM28)
Korang datang sini kena cuba juga mereka punya special pencuci mulut. Ada banyak tapi yang paling Maha suka adalah Cekodok Pisang dan Urap Spring Rolls. Untuk dessert barat pula istimewa di sini iaitu Tiramisu dan juga Crema Catalana. Semua ni Maha suka memang pelengkap kepada penutup setelah makan yang berat-berat tadi
Cekodok Pisang (RM12)
 Urap Spring Rolls (RM15)
Minuman pun korang boleh cuba antara Wild Berry Mojito dan juga Kedondong Asam Boi. Wild Berry tu korang kalau nak minum kena kacau sekata dulu baru dapat rasa semuanya kemasaman dan juga kemanisan dalam minuman ini. Minum sejuk-sejuk juga sangat mengancam kena dengan juadah makanan yang pedas tadi. Bak kata pepatah semuanya ngam dan mantap. Tiramisu (RM16)
Crema Catalana (RM14)
Tapi mereka juga ada satu minuman istimewa di sini iaitu Printed Coffee. Jarang Maha jumpa kat tempat lain dimana pada pecinta kopi korang boleh minum kopi yang dihiasi dengan wajah korang di atasnya. Macam yang Maha minum ini ada wajah Maha. Kalau korang nak order minuman ini nanti pelayan akan ajar cara untuk upload gambar korang menggunakan aplikasi yang disediakan. Pastu nanti korang pilihlah nak nikmat dengan minuman kopi panas atau juga hot chocolate. Maha minum ni hot chocolate sangat best. Rasa sayang nak minum sebab ada muka kita kat situ

Printed Coffee (RM12+RM3)
Jadi bagi Maha Faroz Cafe ini komplete pakej daripada segi dekorasi pas dan juga makannya pun sangat sedap. Jadi korang boleh datang mencuba makan kerana restoran ini buka setiap hari kecuali pada hari Ahad tutup dan beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Kalau korang ada perancangan nak buat majlis sini pun boleh juga kerana restoran ini mampu memuatkan sehingga 80 orang tetamu dalam satu-satu masa
Kedondong Asam Boi (RM12.90)
Wild Berry Mojito (RM15)
Yang Berbahagia Puan Sri Faridah Idris Pemilik Faroz Cafe
Ada dua tingkat cafe ini kalau nak buat private function atau event boleh gunakan bahagian atas. Sangat selesa dan sesuai untuk mereka nak merasai majlis berkonsep mewah tapi pada harga yang berpatutan. Dalam masa sama boleh order makanan tempatan atau barat ikut apa yang korang nak mereka sedia membantu. Nak buat majlis pelancaran product atau juga sesi reunion sangat sesuai lah




Nanti kalau korang datang sini jangan lupa untuk bergambar sebab setiap sudut dalam restoran ini ada keistimewaannya tersendiri pasti orang akan tertanya-tanya adakah korang makan kat luar negara tapi sedangkan hanya kat KL sahaja hehehe. Kalau ada kawan-kawan atau rakan sekerja dari luar negara nak rasai makanan tempatan yang sebenar mungkin boleh rekemankan restoran ini mesti mereka akan terjatuh cinta. Apa pun Maha dah cuba merasai suasana di sini dan juga makanan-makanan yang ada di sini. Korang bila lagi nanti dah cuba tinggalkan komen kat sini ok. 
Info lanjut dan juga promosi Faroz Cafe boleh layari :Facebook : https://www.facebook.com/FarozcafeAlamat : No 39 , Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail               Kuala Lumpur, Malaysia
Ranking Mahamahu :-Kebersihan : 4.5/5Kesedapan : 4.5/5Harga : 4/5








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/11/keaslian-juadah-malaysia-dalam-suasana-eropah-faroz-cafe-ttdi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhbar Melayu Kelantan 60 000 Tahun

Akhbar Melayu Kelantan 60 000 Tahun

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 566 hits
Kajian USM dapati sub etnik penduduk paling asal di SemenanjungKajian Asal usul bangsa Melayu melalui kaedah genetikPenyelidik Kumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia Ketua Prof Madya Dr Zafarina ZainuddinSubjek 10 sub etnik Melayu di...
Idea Melayu Raya Dan Borneo Sedang Diagendakan

Idea Melayu Raya Dan Borneo Sedang Diagendakan

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 199 hits
MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZILIDEA Melayu Raya yang digagaskan1 Satu ketika dahulu pernah tergagasnya idea Melayu Raya Antara nama nama yang masyhur seperti Dr Burhanuddin al Helmy Abdul Hadi Hj Hassan Ibrahim Yaakob dan ramai lagi ...
Melayu Menghambakan Melayu By Faisal Tehrani

Melayu Menghambakan Melayu By Faisal Tehrani

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 203 hits
Melayu menghambakan MelayuFaisal Tehrani October 31 2019 Terdapat satu pertanyaan daripada seorang pelajar saya mengapakah terdapat segelintir orang Melayu berasa diri mereka tuan kepada orang lain Saya pernah menerangkan dalam kolum saya d...
Fatwa Pas Undi Calon Melayu Islam Hantui Bn

Fatwa Pas Undi Calon Melayu Islam Hantui Bn

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 262 hits
Dengan meletakkan ahli politik MCA Wee Jeck Seng sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil di Tanjung Piai gabungan itu akan menghadapi masalah meyakinkan pengundi Melayu Penganalisis berpendapat peluang BN untuk menang menentang calon Paka...
Nikmati Suasana Di Dalam Cruise Hanya Dengan Membeli Barangan Di Watsons

Nikmati Suasana Di Dalam Cruise Hanya Dengan Membeli Barangan Di Watsons

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 191 hits
Hadiah yang dinanti nantikan telah tiba buat penggemar barangan jenama Watsons Kali ini anda akan mendapat hadiah yang di luar jangakaan Yang pastinya The post appeared first on
Senarai Filem Melayu Oktober Disember 2019

Senarai Filem Melayu Oktober Disember 2019

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 336 hits
Original Content Berikut senarai filem tempatan Malaysia yang bakal ditayangkan di pawagam bagi bulan Oktober hingga Disember 2019 Senarai pawagam yang menayangkan filem filem ini adalah Golden Screen Sumber Dilarang Plagiat Tanpa Kebenaran
Tg Piai Penanda Aras Sokongan Melayu Bukan Melayu Terhadap Ph

Tg Piai Penanda Aras Sokongan Melayu Bukan Melayu Terhadap Ph

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 224 hits
Diterbitkan Hari ini 6 01 petangPRK TG PIAI Penganalisis politik Dr Mazlan Ali berpandangan PRK Tanjung Piai kali ini sedikit berbeza dengan lapan PRK yang telah berlangsung selepas pertukaran kerajaan Mengambil kira perkembangan mutakhir p...
Mausembang Melayu Bukan Lagi Bangsa Subsidi

Mausembang Melayu Bukan Lagi Bangsa Subsidi

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 186 hits
JAWATAN KOSONG 2018 https www maukerja my Twitter https twitter com MauKerjaMY Instagram https instagram com MauKerja Facebook https www facebook com MauKerja USAHA MELAYU JANGAN HANYA HARAP SUBSIDI Kita mampu ubah hidup kita Dalam bidang k...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah