Kalau Berumah Di Pinggir Kumbahan


SUSUPAN PETANG

APABILA timbul isu kononnya orang Pam makan duit Umno, saya dengar berbagai-bagai cerita di sebaliknya. Saya juga ditanya secara peribadi apakah tuduhan itu benar atau tidak.

Sebelum ini cerita orang Pam makan duit Umno itu dianggap sebagai fitnah. Ia adalah taktik jahat untuk melemahkan Pam. Paling menyedihkan lagi kerja fitnah itu ditunding kepada rakan mereka sendiri yakni orang-orang Amanah, yang mereka gelar sebagai "Pan".

Apabila SPRM mula memanggil seorang demi seorang pemimpin Pam berhubung hal itu, maka persepsi mula berubah. Sudah ada orang percaya yang tuduhan itu sebagai benar. Orang mula berfikir mungkin ada sebab konkrit untuk SPRM memanggil dan menyiasat mereka.

Antara yang dipanggil dan disiasat oleh SPRM ialah Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, ahli parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan dan lain-lain.

Setelah itu lalu keluarlah beberapa senarai nama yang dipanggil untuk disoal siasat SPRM itu sebagai orang berpotensi kena tuduh. Nama-nama itu pun diratib dan didoakan agar diheret segera ke Mahkamah. Dari perspektif politiknya orang-orang itu sudah busuk.

Berbeza dengan saya. Saya tidak fikir begitu. Saya tetap yakin dan percaya apa yang dituduh itu, sangat mustahil kebenarannya. Jumlah yang disebut oleh Sarawak Report sebanyak RM90 juta kesemuanya, itulah jumlah wang yang ditelan oleh orang Pam. Wang itu dikatakan wang 1MDB.

Walaupun sudah ada yang dipanggil, tetapi saya menolak mereka tidak akan dibawa masuk sampai ke kandang orang salah. Saya tidak fikir kerana mereka akan dilindungi atas sebab-sebab tertentu kalau pun asas-asasnya ada. Hanya seorang sahaja nama yang saya sebut dan meramalkan akan terjebak dengan kasus itu ialah Nasaruddin Mat Isa. Ada sebab kenapa saya menamakan atau menyebut nama ini. Tunggu ulasannya.

Dan hari ini, apa ditunggu itu sudah pun berlaku. Nasaruddin sudah diheret ke mahkamah dan akan bersimpuh dalam kandang orang salah kemudian nanti, bagi menjawab segala pertuduhan ke atasnya. Nasaruddin dituduh melakukan 30 pecah amanah membabitkan jumlah sebanyak RM3.6 juta dan pengubahan wang haram berjumlah RM302,069.60. Wau... boleh tahan juga.

Tuduhan itu dibuat mengikut akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Jumlah pertuduhan dikenakan ke atas Nasaruddin boleh tahan juga, ia mengikuti rapat dengan pertuduhan ke atas Presiden Umno Zahid Hamidi dan bekas presiden Umno Najib Razak. Iyalah orang bertaraf presiden dan bekas presiden tentu menghadapi risiko besar.

Nasaruddin adalah bekas timbalan presiden Pas, bekas ahli parlimen  Yan Kedah dan Bachok Kelantan.

Saya tidak mahu ulas apakah kesudahannya nanti. Sebagai orang pernah kenalinya dari dekat, hanya berdoa semoga beliau tenang menghadapi segala pertuduhan itu. Saya yakin dan percaya, kebenaran tetap akan hadir walaupun lewat. Itu lumrah dan jadi sunahtullah.

Cuma apa yang hendak diulaskan di sini, sebagai menjawab kenapa saya hanya menyebut namanya kerana melihat kepada gelagat dan cara beliau berpolitik. Melihat kepada stail hidupnya yang mempamerkan kemewahan. Yang mencintai kesegakan dan memiliki barang-barang yang berharga.

Misalnya untuk makan pagi dengan saya pun di hotel bertaraf lima bintang, dan jarang makan di warung-warung mamak. Beliau seorang mementingkan kebersihan dan kualiti? Sifat dan ciri-ciri itu bukan sifat orang Pam yang tawaduk dan zuhur, berserban lusuh dan jubah hampak, tetapi sifat itu sifat dan perangai orang Umno.

Bukan itu sahaja, paling mencemaskan ialah stail beliau politik yang cenderung kepada "kebendaan". Beliau dikesani awal lagi mahu Pam berkerjasama dengan politik. Dalam mendekatkan Pam dengan Umno beliau adalah orang yang memainkan peranannya. Beliaulah paling hampir dengan pemimpin Umno.

Pemimpin Umno bukan najis yang tidak boleh didekati tetapi ia perlu diwaspadai. Dari sisi politik Umno dengan Pam, ia boleh dianggap sebagai kolam kumbahan jika kita tidak masuk ke dalamnya pun bau hamis dan loya kolam itu tetap singgah di hidung kita.  Sekarang bukan singgah lagi tetapi hinggap atas belakang.

Di sinilah beliau saya lihat tidak berhati-hati dan memikirkan apakah implikasinya. Umno adalah parti yang hidup dengan kebendaannya. Ideologinya ialah material. Sejak lama dahulu lagi Umno menjadikan duit sebagai alat untuk menawan penyokongnya. Umno menawan musuhnya dengan kebendaan dan harta benda. Jadi apabila beliau bergelewat di dapur Umno makan sedikit sebanyak pasti terkena arang.

Saya yakin dan percaya pertuduhan dikenakan ke atas Nasaruddin itu adalah hasil beliau berkawan baik dengan Umno dan Najib. Nasharuddin dilantik oleh Najib mempengerusi sebuah NGO kemanusiaan dimana kedudukan ini satu penghormatan daripada Najib yang ada motifnya.

Sebagai titiknya, pendakwaan Nasaruddin itu memberi kesan negatif kepada Pam. Ia telah meleburkan rekod bersih Pam yang berbangga yang ahli dan pemimpinnya tidak pernah dikaitkan dengan rasuah apa lagi dituduh di mahkamah. Diharap Setiausaha Agung Pam Takiyuddin Hassan akan mengeluarkan satu kenyataan penjelasan bagi mengelakkan tuduhan itu dikaitkan dengan parti agama itu.

Dan yang menggaru kepala kita kini apakah nama-nama yang disenaraikan bakal diheret ke mahkamah (yang saya tidak menayikini ianya akan berlaku itu), juga akan mengikut jejak Nasaruddin. Jika dikenangkan kepada bidalan berbunyi, lulus jarum lulus kelindan, tidak mustahil selepas ini akan ada lagi pemimpin Pam akan diheret ke mahkamah.

Yang pastinya perbicaraan Nasaruddin nanti akan memberi gambaran apa yang kini masih dalam kekaburan itu. [wm.kl.1:14 pm 22/10/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/10/kalau-berumah-di-pinggir-kolam-kumbuhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Atuh Dalam Lubang Kumbahan

Atuh Dalam Lubang Kumbahan

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 434 hits
Kanak Kanak 3 Tahun Ditemui Mati Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan Ketika Sedang BermainHari ini sebuah keluarga telah dikejutkan dengan berita kehilangan anak dan adik bongsu yang maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan ketika bermain ...
Menyemai Benih Perpaduan Melayu Tanpa Pinggir Kaum Lain

Menyemai Benih Perpaduan Melayu Tanpa Pinggir Kaum Lain

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 272 hits
Menyemai benih perpaduan Melayu tanpa pinggir kaum lain ULASAN nbsp Malangnya akan ada sahaja pihak yang tidak senang dengan usaha ini lalu dengan sengaja menimbulkan retorik perkauman
Pensyarah Kangkung Kata Bajet 2020 Pinggir Petani Nelayan

Pensyarah Kangkung Kata Bajet 2020 Pinggir Petani Nelayan

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 306 hits
Adakah Petani Nelayan Belia Desa Hartanah diabaikan dalam Belajawan 2020 1 Saya sangat terkejut dengan analisis belanjawaan yang dibuat oleh seorang akademik di UKM bertajuk Bajet 2020 Berita Buruk untuk Petani Nelayan Belia Desa Hartanah D...
Diduga Kebanyakan Minum Tuak Yasona Ditemukan Tewas Di Pinggir Sungai

Diduga Kebanyakan Minum Tuak Yasona Ditemukan Tewas Di Pinggir Sungai

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 176 hits
Tidak ditemukan tanda bekas penganiayaan di tubuh Yasona Tidak ada pula luka bekas terjatuh Di dekat tubuh Yasona ditemukan bekal yang diduga miliknya seperti beras mi instan dan uang tunai
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat

Islamic Studies Expert The Act Of Likening Humans To Dogs For Patronising Mcd S Is Sinful



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Honor Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur