Jeneral Baekje Yang Tersakiti


Dah masuk list bertahun tapi tenggelam dan dilupakan. Sampailah ada orang tanya pasal saeguk zaman Three Kingdom terus teringat drama ni. Cari punya cari, berjaya selesai marathon 36 episod masa kuarantin kendiri 7 hari baru-baru ini.
Tak banyak rekod tentang Gyebaek di internet selain daripada dikenali sebagai jeneral hebat Baekje, sezaman dengan Kim Yushin dari Silla. Kalau pernah tonton Queen Seonduk mesti kenal, lakonan Uhm Tae-woong. Zaman ini adalah kemuncak perang Tiga Negara yang menyaksikan kemaraan Silla menguasai Baekje dan Goguryeo seterusnya menubuhkan Kesatuan Silla (Unified Silla).
Drama ini mula dengan pengenalan watak dan konflik dalaman Baekje. Masih ingat Ballad of Seodong? Setelah Seodong balik ke Baekje bersama Princess Seonhwa (dari Silla), beliau mengguna pakai nama King Mu. Mereka dikurniakan seorang anak bernama Uija. Disebabkan keturunan Silla inilah rakyat Baekje tak puas hati terutamanya golongan yangban; apakejadah pewaris Baekje dari darah Silla. Sementelahan Queen Seonduk dan Queen Seonhwa tu adik beradik (Kak ngah dan kak su).
Disebabkan rancangan jahat Consort Sataek (isteri kedua King Mu), Queen Seonhwa anak beranak sekali dengan bodyguard beliau Mujin (ayah Gyebaek) dilabel sebagai spy Silla. Queen Seonhwa terbunuh sewaktu melarikan diri dari Baekje manakala Uija pula balik ke istana dan terpaksa berlakon jadi babo untuk survive bawah Queen Sataek (naik menggantikan Queen Seonhwa).
Demi membersihkan nama Queen Seonhwa dan Mujin, salah seorang menteri yang setia tulis petisyen kepada King Mu tapi surat tersebut kantoi ke tangan Queen Sataek. Seluruh keluarga dibunuh tapi anak beliau Eun-go dijual sebagai hamba kepada merchant.
Why must the three of us, bear the burden of our parents?
Gyebaek (Episode 12) Pendek kata drama ini adalah kisah Uija, Gyebaek, dan Eun-go menuju takhta King demi balas dendam atas kematian ibu bapa mereka di tangan Queen Sataek dan cerita-cerita pertumpahan darah setelah Uija jadi King.
Tonton drama ini sebenarnya agak menyakitkan hati pada awalnya. Separuh masa pertama menyaksikan karakter-karakter keliling King Mu jatuh satu persatu di tangan Queen Sataek. Memang menyakitkan hati tengok betapa lemahnya seorang King gagal mempertahankan pengikut beliau. Tiga watak utama yang tersakiti pula menjadikan love line dan tindakan mereka agak bercelaru atas nama balas dendam. Bersedia untuk memaki depan skrin bertubi-tubi sebelum kebangkitan Uija menuju singgahsana King.
Gyebaek berkhidmat untuk Baekje hinggalah gugur dalam Perang Hwangsanbeol. Beliau berjaya mematahkan 5 kali serangan Silla walaupun dalam perang tersebut beliau cuma bawa 5,000 askar mempertahankan Baekje daripada serangan 50,000 askar pimpinan Kim Yushin. Ini juga perang terakhir sebelum Baekje ditawan Pakatan Silla-Tang (Dinasti China).
Antara trivia sedih; khabarnya sebelum berangkat, beliau bunuh seluruh ahli keluarga sebagai simbolik tiada lagi tempat untuk beliau pergi selain ke medan perang. Kejatuhan Silla juga dikatakan kerana Queen Eun-go walaupun dalam drama, cerita-cerita ini diolah lain supaya lebih dramatik. Rasanya ini satu kelebihan bila rekod sejarah tak detail – boleh tulis sesuka hati atas nama fiksyen.
You can say that he emits the aura of… a lonely beast?
Cho Young (Episode 11) Dalam ending sedih tetap ada moment yang rasa precious. Walaupun kecewa dengan cinta pertama Eun-go, Gyebaek tetap ada perempuan lain yang setia di sisi menyokong beliau. Serius baru je maki kenapa Hyomin kena tikam dengan King tengok-tengok episod seterusnya mereka kahwin. Kalau drama sekarang rasanya dah mati betul macam Hwagun dalam Ruler: Master of the Mask.
Lagi puas hati, orang cakap bila meninggal kita nampak kelibat orang tersayang, dan Gyebaek mati dengan bayangan isteri di sisi, bukan lagi si heroin.
Btw saeguk princess Kim Yoo-jung ada buat penampilan dalam cerita ini. Tak sangka langsung sebab dalam Wikipedia, AsianWiki, malah profile Yoo-jung tak ada pun sebut pasal drama ini. Beliau warm up dulu sebelum star dalam drama tahun berikutnya; Moon That Embraces the Sun.
Kalau nak lengkapkan cerita sezaman Three Kingdoms ini mungkin perlu cari Yeon Gaesomun drama 2006. Cerita diktator Goguryeo yang jadi inspirasi nasionalis kerana mematahkan serangan Dinasti Tang berkali-kali, hingga akhirnya Dinasti Tang tukar strategi berpakat dengan Silla bantai Baekje terlebih dahulu. Walaupun akhirnya Goguryeo jatuh juga ke tangan Silla, tapi hanya setelah Yeon Gaesomun meninggal dunia.
Telah disiarkan dalam Facebook Group GengKdrama
The post Jeneral Baekje Yang Tersakiti first appeared on AkuDarahAnakMalaysia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/akudarahanakmalaysia/~3/y6D9LmeUXwI/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City