Jawatankuasa Kuil Kata Tak Terima Rm1 5 Juta Dan Tanah 1 Hektar


JAWATANKUASA petugas Kuil Sri Maha Mariamman Seafield dilapor mendakwa tidak menerima wang RM1.5 juta dari pihak pemaju One City Development dan tanah seluas 1 hektar sebagai persetujuan untuk pemindahan kuil ke lokasi baru.

Save Seafield Temple Task Force dilapor berkata bahawa wang pampasan dan tanah berkenaan bukan di bawah jagaan mereka kerana tanggungjawab itu diserah kepada bekas jawatankuasa kuil berdasarkan persetujuan mahkamah pada tahun 2014.

V. K. Regu setiausaha jawatankuasa itu memberitahu bahawa mereka tidak terlibat dengan perjanjian yang dibuat antara Pengerusi Kuil, K Chellapa dengan pihak pemaju, One City Development Berhad 4 tahun lalu.



"Kami tiada kaitan dengan perjanjian itu, tak pernah terlibat," katanya lapor The Malaysian Insight.

Kata Regu, semua dokumen yang berkaitan kini dipegang oleh Chellapa dan pemaju.

"Apa saja perjanjian yang dibuat adalah antara mereka. Kami tak tahu apa-apa tentang pampasan (RM1.5 juta) dan tanah itu,"

"Apa yang kami tahu sekarang ialah kuil berada dalam pengawasan AGC (Pejabat Peguam Negara) dan kami sedang berurusan dengan mereka," katanya

Bekas Pengerusi Kuil tak dapat dihubungi

The Malaysian Insight telah beberapa kali cuba menghubungi Chellapa tetapi semua panggilan dan mesej teks tidak berbalas.

Salah seorang anggota pasukan petugas itu, Elangovan Annamalai juga berkata, Chellapa telah menerima pampasan dan hak ke atas kuil.

Katanya tanggungjawab untuk memulangkan semula wang pampasan adalah di tangan Chellapa, kerana ia sebahagian daripada penyelesaian yang dicadangkan oleh Peguam Negara Tommy Thomas.

"Kalau dia (Chellapa) mengelakkan diri dari semua orang kerana sudah menggunakan duit itu, maka dia sekarang jutawanlah, kalau dia tak mahu pulangkan semula duit itu, pemaju patut saman dia," kata Elangovan.

Dalam penghakiman persetujuan di mahkamah pada 11 Mac 2014, tapak kuil Sri Maha Mariamman telah diserahkan kepada pemaju One City Development Berhad.

Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan bahawa empat pihak iaitu kerajaan Selangor, One City dan dua individu yang mendakwa mereka adalah pentadbir kuil bersetuju untuk memindahkan kuil tersebut. Tapak kuil diserahkan kepada pemiliknya One City.

One City telah bersetuju untuk memberi wang sejumlah RM1.5 juta sebagai pampasan kepada kuil manakala kerajaan Selangor menyediakan sebidang tanah ganti yang letaknya kira-kira 3km dari lokasi tapak yang asal.

Isu mengenai tanah di mana kuil itu berada nampaknya seperti akan selesai dengan campur tangan Peguam Negara baru-baru ini. Kuil berkenaan akan terus kekal di situ dan tanah akan diserahkan kepada tabung pentadbiran mahkamah.

Namun antara yang terkandung dalam perjanjian penyelesaian tersebut, pihak kuil perlu memulangkan semula pampasan RM1.5 juta dan tanah alternatif yang telah diterima sebelum ini kata MB Selangor Amirudin Shari.

Keadaan itu menyebabkan jawatankuasa petugas yang menguruskan kuil itu sekarang dilapor berada dalam keadaan dilema kerana wang dan tanah itu tidak berada dalam jagaan mereka.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.milosuam.net/2018/12/jawatankuasa-kuil-kata-tak-terima-rm15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Kuil Seafield Perlu Pulangkan Rm1 5 Juta Dan Tanah Tapak Baru

Mb Kuil Seafield Perlu Pulangkan Rm1 5 Juta Dan Tanah Tapak Baru

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 98 hits
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata pihak Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield Subang Jaya perlu memulangkan wang pampasan RM1 5 juta dan tapak baru seekar yang diberikan sebelum ini memandangkan kuil itu akan kekal di tapak sedia ...
Pentadbir Kuil Kata Rm525 618 Telah Dibelanja Dari Pampasan Rm1 5 Juta Yang Diterima

Pentadbir Kuil Kata Rm525 618 Telah Dibelanja Dari Pampasan Rm1 5 Juta Yang Diterima

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 189 hits
PENTADBIR Kuil Sri Maha Mariamman yang sah K Chelappa mendedahkan bahawa persatuan kuil Sri Maha Mariamman telah membelanjakan sebanyak RM525 618 daripada RM1 5 juta wang pampasan yang diterima Katanya wang itu dikeluarkan daripada simpanan...
Kuil Perlu Pulangkan Tanah Dan Wang Pampasan 1 5 Juta

Kuil Perlu Pulangkan Tanah Dan Wang Pampasan 1 5 Juta

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 44 hits
SHAH ALAM Pengurusan kuil Seri Maha Mariamman USJ 25 perlu pulangkan tapak tanah seluas 0 4 hektar dan wang pampasan RM1 5 juta yang diberi pemaju kepada pihak pengurusan kuil itu sebelum ini Langkah itu sebahagian penyelesaian dicadangkan ...
Tmj Kenapa Mahathir Nak Masuk Campur Hal Tanah Di Johor Tetapi Isu Tanah Kuil Seafield Jadi Bisu

Tmj Kenapa Mahathir Nak Masuk Campur Hal Tanah Di Johor Tetapi Isu Tanah Kuil Seafield Jadi Bisu

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 84 hits
TMJ kenapa Mahathir nak masuk campur hal tanah di Johor tetapi isu tanah kuil Seafield jadi bisu TMJ kenapa Mahathir nak masuk campur hal tanah di Johor tetapi isu tanah kuil Seafield jadi bisu
Gambar Pemimpin Ph Dilelong Raih Rm1 22 Juta

Gambar Pemimpin Ph Dilelong Raih Rm1 22 Juta

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 31 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad bergambar bersama pembeli gambar iaitu Pengarah Urusan Platinum Victory Datuk Seri Gan Yu Chai dan Pengarah Eksekutif Platinum Victory Gan Yee Hin yang telah membida dengan harga RM500 000 pada Majlis Makan Malam Ama...
Tanah Kuil Seafield Diberi Kepada Tabung Amanah Mahkamah

Tanah Kuil Seafield Diberi Kepada Tabung Amanah Mahkamah

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 32 hits
Tanah kuil Seafield diberi kepada tabung amanah mahkamah Dikemas kini 20 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 14 Dec 2018
Lelaki Terima Rm150 000 Cetus Rusuhan Kuil Ditahan Di Klia 2

Lelaki Terima Rm150 000 Cetus Rusuhan Kuil Ditahan Di Klia 2

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 314 hits
LELAKI yang dipercayai telah terima wang sebanyak RM150 000 dari pihak peguam sebelum menyerahkan RM50 000 kepada pihak ketiga yang mencetuskan rusuhan kuil Seafield dipercayai telah ditahan di KLIA 2 Maklumat tentang tangkapan itu tersebar...
Rm1 665 Juta Berjaya Dikumpul Dalam Majlis Makan Malam Amal Ph Rileksmedia

Rm1 665 Juta Berjaya Dikumpul Dalam Majlis Makan Malam Amal Ph Rileksmedia

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 135 hits
PUTRAJAYA Majlis Makan Malam Amal Pakatan Harapan berjaya mengumpul dana sebanyak RM1 665 juta melalui penjualan meja pada acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini malam ini Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azi...

Keluarga Yun Peng Belum Sedia Untuk Bertemu Dengan Pemandu Toyota Vios Kerana Perkara Ini

Teman Wanita Moey Dedah Perkara Sebenar Di Hari Tragedi Suv

Foto Panas Vanessa Akui Foto Di Bilik Hotel Adalah Dirinya

Memang Lakulah Produk Ni Pada Anak Dara Pecah Lobang

Kupu Kupu Aneh Di Masjidil Haram

Cara Buat Bawang Goreng Sedap Dan Tak Pahit Ini Petuanya

Berang Disuruh Hantar Anak Ke Sekolah Suami Belasah Isteri

Berita Dari Austria Tun Mahathir Dedahkan Kepada Dunia Barat Israel Sebenarnya Adalah Penjenayah



Keret House Rumah Paling Sempit Di Dunia

Biodata Rania Pemenang Kelima Dewi Remaja 2018 2019

Biodata Fazreen Fazeera Bekas Peserta Dewi Remaja 2018 2019

Resepi Kuih Cakoi Lembut dan Sos Manis Pandan

Lelaki Ini Mempunyai 24 Personaliti Berbeza Kisah Billy Milligan


Vape Vs Rokok Tembakau Mana Yang Lebih Selamat

Apa Itu Hevc

Dolar Dan Aset Aset Lain Diniagakan Rendah Namun Masih Ada Peluang Untuk Pasaran Pulih

Dulu Julang Tun M Sekarang

Tahniah Dan Pujian Buat Salahuddin Ayub

Petua Untuk Merawat Kudis Buta