Jalan Jalan Cari Durian Muo


Assalamualaikum...
SEMASA Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sehari sebelum dibenarkan merentas negeri, Pak Inche mengajak Sk mencari durian ke Segamat. Sebenarnya, yang nak makan durian sangat-sangat tu, Sk. Tapi, kan.. ada orang tu mementanglah kita nak sangat makan durian, dipergunakannya sebagai alasan untuk dia jalan-jalan. Sk walaupun malas, sebab di Pekan Nanas pun orang kata banyak durian, namun SK gagahkan juga la

Bila dah masuk highway tu, Sk terlintas nak tanya kawan Sk yang tinggal di Segamat, betulkah Segamat dah ada banyak durian? Haaa.. nasiblah telefon dulu. Rupanya belum banyak lagi durian Segamat, yang banyak luruh di Muar (sebut Muo). Lalu, kami meneruskan perjalanan ke Muo, lah. Sk cakap dengan Pak Inche, kali ni tak kira.. Sk tak nak durian kampung. Sk nak durian klon aje, hahaha. Tak kisahlah, apa nama timangannya pun, janji tak nak durian kampung, bunyi macam sombong ek. Taklah.. sebab dah biasa beli durian kampung asyik tertipu aje. Isi tebal tapi tawar, isi selaput biji beso, serik


Sk jalan berdua aje dengan Pak Inche. Iman tu kalau diajak ke mall nombor satu la, kalau benda-benda macam ni dia tengok mood. Jadi, pagi tu kami sarapan dulu kat Restoran Ashoka pekena puri, barulah meneruskan perjalanan ikut Plaza Tol Skudai. Dari lebuhraya, kami keluar ke persimpangan Pagoh. Sampailah ke Bukit Pasir, nampak ada gerai durian di kiri jalan. Beberapa orang pelanggan sedang menikmati durian di meja dengan penjarakan sosial. Pak Inche mengajak singgah tengok-tengok dulu katanya. Tapi, boleh tengok-tengok ke kalau dah masuk dalam tu. Apek tu memang tak kasi lepas punya, kaw kaw dia mandrem, huwa huwa huwa

Ini durian kahwin, ini ioi... ini.. bla bla bla.

Durian kahwin tu tak silap Sk, RM15 sekilo, IOI RM28 sekilo… erkkkk

Sk cakap dengan Pak Inche, kita beli dua biji dua biji tiap jenis, nanti beli tempat lain pulak. Lalu, Sk minta pilihkan durian kahwin dua biji, IOI dua biji. Dalam pada pilih-pilih tu, dia tunjuk pulak durian Bukit Pasir. Menurutnya, durian BP tu baru jer gugur, sambal tunjukkan tangkai yang masih segar. 
Ini RM30 sekilo, tapi tak apalah, kita kira sama harga IOI. Ini durian sedap ooo

Baiklahhh..  ambik dua biji. Lepas tu dia kata, durian BP tu ada empat biji aje, angkat semualah. Hurmmm.. ialah, angkatlah semua. Sekali dah timbang semua… ko rasa??

Apa ni? Apa ni?? Baru satu kedai dah kena pau RM300+ (nangis dalam kereta, hahahaha)
Lepas tu, apa lagi.. cari rimau laaa kat bandar Muo.. huwa huwa huwa



Sampai bandar Muar, Pak Inche nampak kedai kopi lama zaman P Ramlee ala-ala Hwa Mui
Bila dah dipastikan kedai itu menyediakan masakan halal, dia ajak makan. Teringat zaman dok estet la tu..

Chicken Chop Hailam untuk Pak Inche
Ayam Celup Tepung digoreng tenggelam disirami sos hailam atau sos tomato
Tak mengecewakan la.

Sk makan Bihun Hailam.. licin jugaklah.. laparrrr… hahahaha
Bila dah sampai Muo, teringat Cikgu CTZ yang jual ketupat palas Wong Jowo. Haaa.. jangan tataw, orang Jawa pun dah terror buat ketupat palas sekarang. Cikgu paksa masuk rumah dan dihidangkannya ketupat palas dengan serawa durian. First time makan ketupat ngan serawa, masuk jugaklah, sebab pulut, kan. Sedap, tapi nak makan banyak tak boleh sebab dah kenyang makan bihun hailam. Terima kasih, cikgu.. layanan lima bintang

Lepas tu pi cari durian lagi untuk ibu. Sebab yang tadi dah bercampur dalam guni kan, jadi kita beli lain supaya tak tersalah bagi durian kahwin. SK nak belikan ibu IOI, lepas tu nampak ada jugak Musang King dan Musang Queen.. hahaha. Musang Queen tu durian Tekka. Lepas tu, jalan lagi sampai Yong Peng, beli lagi durian, hahaha. Beli lagi IOI untuk Cik Ani. Lepas tu hantar durian-durian ke Sena dulu sebelum balik rumah

Sampai area rumah, terus pergi kedai dulu beli kelapa parut sebab Pak Inche nak makan nasi dengan durian. Masak nasi, perah kelapa, kopek semua Mushanggg.. lepas tu layanlah anak tekak. Sk memang makan durian begitu saja, tak suka nak makan dengan nasi atau pulut.

Puas hati beli kali ni walaupun beratus habis. Pernah dulu beli durian, tengok kemahen tebal isi tapi tawar. Ada juga Nampak tebal rupanya mengkal. Sebab tu kali ni nak makan beli durian klon aje. Hari tu, baca kat suratkhabar (korang baca lagi ke suratkhabar?), durian ni mahal sebab susah nak jaga pokoknya tu

Haa.. sekali tu jerlah beli durian. Tak habis lagi benarnya, SK frozenkan. Kalau rasa teringin baru keluarkan sebab tak nak makan banyak-banyak, takut jadi penyakit, maklumlah, umur bukan muda lagi kan, kui kui

Syukur rezeki pemberian dari-Nya






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/07/jalan-jalan-cari-durian-muo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Durian Pizza

Durian Pizza

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 370 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Bersambung lagi alkisah sampai ke petang dah habis makan kat IndoBowl tadi Tasya cakap nak pergi cari durian pulaDisebabkan rumah Marni ni kat kawasan Bangi jadi pergilah cari durian kat kawasan sini pu...
Kisah Pemilik Dusun Durian Kunyit Di Pendalaman K Tan

Kisah Pemilik Dusun Durian Kunyit Di Pendalaman K Tan

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 384 hits
Pendapatan jualan durian mencecah RM200 000 mampu menjadi pemilik kebun di kawasan pedalaman Kelantan digelar orang kaya Jualan durian cecah ratusan ribu ringgit pemilik kebun jadi orang kaya DABONG Pemilik dusun durian kunyit di kawasan pe...
Rizky Cendol Durian Kota Damansara

Rizky Cendol Durian Kota Damansara

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 476 hits
Lokasi Rizky Cendol Durian Kota DamansaraAlamat 26 Jalan Cecawi 6 19a Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor Waktu Operasi 11 00 pagi 12 00 tengah malam Tarikh Lawatan 23 Jun 2020Rizky Cendol Durian Kota Damansara menjadi lokasi persin...
Bahaya Durian Dan Nangka Boleh Menjadi Racun Yang Membunuh

Bahaya Durian Dan Nangka Boleh Menjadi Racun Yang Membunuh

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 361 hits
DURIAN DAN NANGKA MENJADI PEMBUNUHPerkongsian dari Doktor Pakar yang menerangkan dengan jelas dan terang bahawa Durian dan Nangka boleh menjadi buah yang beracun hingga mengakibatkan kehilangan nyawa Sejak seminggu dua ini di hospital tempa...
Keracunan Bau Durian 6 Petugas Kantor Pos Di Jerman Dilarikan Ke Rumah Sakit Ngeri Juga Aroma Durian

Keracunan Bau Durian 6 Petugas Kantor Pos Di Jerman Dilarikan Ke Rumah Sakit Ngeri Juga Aroma Durian

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 377 hits
Polisi dan pemadam kebakaran segera datang dan mengevakuasi seluruh karyawan Dahsyat bener aroma durian ini
Gara Gara Bau Durian 12 Pekerja Pos Masuk Hospital

Gara Gara Bau Durian 12 Pekerja Pos Masuk Hospital

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 549 hits
Gara Gara Bau Durian 12 Pekerja Pos Masuk Hospital Sudah pasti ia bukan terjadi di Malaysia Di Malaysia durian mahal mana pun ada orang beli kan Kejadian ini berlaku di negara Jerman Gara Gara Bau Durian 12 Pekerja Pos Masuk Hospital Hanya ...
Beli Durian Dengan Kulit Vs Beli Isi Durian

Beli Durian Dengan Kulit Vs Beli Isi Durian

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 615 hits
1 Aku suka makan durian Dulu aku memang selalu beli durian timbang kulit 2 Tapi sejak gerai durian kat kawasan perumahan aku ada jual durian yang dah siap bukak isi masuk dalam tupperware aku suka beli yang tu je 3 Sebab beli buah durian ni...
Cara Buat Kerepek Biji Durian Sedap Rupanya

Cara Buat Kerepek Biji Durian Sedap Rupanya

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 856 hits
Jom cuba buat Kerepek Biji Durian Maklumlah durian harganya memang mahal Sebiji sahaja boleh mencecah puluhan ringgit Itu belum lagi jika anda beli durian gred premium seperti D24 Musang King Duri Hitam dan sebagainya Jadi alang alang dah m...
Tip Pilih Durian Isi Banyak Masak Elok Tak Keras

Tip Pilih Durian Isi Banyak Masak Elok Tak Keras

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 485 hits
Nak tahu tip pilih durian Maklumlah musim durian adalah masa yang ditunggu tunggu oleh para penggemar raja buah ini Sana sini ada sahaja gerai yang menjualnya Bila permintaan sudah tinggi maka nanti mungkin ada yang nak ambil kesempatan den...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music

Potong Ikan Keluar Api

Kp Umno Tidak Perlu Layan Teguran Dari Sikitol Kluster Pengkhianat

Rights Group Calls For Police Probe Into Inciting Statements On Allah Socks

In Src International Civil Suit Former Director Says Najib Was Chess Grandmaster In Company S Scheme Of Things