Jaguh Yang Dilupakan



Bukan satu, tapi tiga gelaran juara dunia diraih ratu boling negara, Shalin Zulkifli iaitu pada 2003 di Malaysia, 2007 di Mexico dan 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat sebelum bersara, baru-baru ini.
Jika dihitung terlalu banyak kejayaan diraih atlet berusia 42 tahun itu, malah koleksi pingatnya juga mencecah 74 di peringkat antarabangsa dan yang terakhir pingat perak temasya Sukan Sea Filipina 2019 dalam acara berpasukan wanita.
Memulakan karier dalam sukan boling seawal usia sembilan tahun, Shalin pada 5 Januari lalu mengumumkan mengundur diri secara rasmi daripada skuad tenpin boling negara.
Keputusan itu dibuat selepas 28 tahun mewakili negara dalam sukan itu.
Kehadirannya menjadi inspirasi kepada ramai wanita termasuk penyanyi terkemuka negara, Yuna dan juga ratu skuasy negara, Datuk Nicol David turut terkesan dengan pengumuman itu.
Berdasarkan rekod cemerlang itu, tidak keterlaluan dikatakan nama Shalin sebaris Nicol dan bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Namun timbul satu persoalan mengapa Shalin belum menerima pengiktirafan yang melayakkannya bergelar Datuk sedangkan ketiga-tiganya sama hebat. Persoalan itu turut dilontar netizen dalam ruangan komen selepas berita persaraannya baru-baru ini.
Malah ada yang mempersoalkan jika bintangHindi terkenal, Shah Rukh Khan dan penyanyi Indonesia, Rossa layak menerima gelaran Datuk, mengapa Shalin belum diiktiraf dengan darjat sama.
Seharusnya pengorbanan Shalin wajar mendapat pengiktirafan kerana ranjau ditempuhinya bukan sedikit sepanjang tempoh 28 tahun ini.
Air mata kejayaan dan kegagalan, kecederaan mengisi kamus hidup wanita berhati waja ini.
Untuk mencapai tahap seperti Shalin tidak mudah, adakalanya mengeluarkan perbelanjaan sendiri, namun semua itu dilakukan demi lencana di dada – Malaysia.
Dia diiktiraf sebagai Ratu Tenpin Boling Sepanjang Zaman Malaysia turut diangkat sebagai Olahragawati Kebangsaan sebanyak lima kali iaitu pada 1994, 1996, 1997, 2001 dan 2002.
Pemain yang dilahirkan di England pada 28 Mac 1978 itu mula mewakili Malaysia pada 1993 sebelum namanya meningkat apabila memenangi Emas Trio dan All Events dalam temasya Sukan Asia di Hiroshima, Jepun pada 1994.-HM

The post Jaguh yang dilupakan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/20/jaguh-yang-dilupakan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jaguh-yang-dilupakan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

My Duty Role As Src Director Only Existed In Name Shahrol Tells Court

Taman Tema Genting Highland

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Tuah Adzmi Zack Zakwan Adikkk Muna Shahirah Wani Syaz Nurul Iman Ya Raya Chord

Neoclassical Apartments Interior Decor Inspirations



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tadabbur Surah Surah Lazim Qarin Persiapan Mencari Lailatulqadar

Singo Pear Manfaat Pada Kesihatan Dan Petua Redakan Batuk

10 Malam Akhir Ramadan 2024 Kelebihan Tarikh Amalan Sunat

Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor Dan Kereta

Hablun Minallah By Dr Hm Rakib S H M Ag Nurul Ikhlas Pekanbaru

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan