Itulah Tabik Terakhir Sarjan Jamil


PERTEMPURAN pengganas komunis dengan sepasukan anggota polis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor merupakan antara tragedi hitam yang tersemat dalam sejarah negara.
Tragedi pada 23 Februari 1950 itu yang turut dikenali sebagai The Malayan Alamo menyaksikan bagaimana sebuah balai polis terpencil di Bukit Kepong musnah di tangan komunis.
Balai Polis Bukit Kepong ketika itu diketuai Sarjan Jamil Mohd Shah, terletak kira-kira 59 kilometer dari bandar Muar.
Balai polis tersebut pula berada di bawah kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pagoh yang diketuai Tan Sri JJ Raj (Jr).
JJ Raj, 99, yang pada masa itu ialah Ketua Polis Daerah Pagoh berkata, peristiwa serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong masih segar dalam ingatannya sehingga kini.
JJ Raj “Keganasan dan kekejaman yang telah dicetuskan pengganas komunis menyebabkan kerajaan mengisytiharkan Darurat di seluruh Tanah Melayu pada 1948,” katanya.
Menurutnya, pasukan keselamatan pada masa itu perlu sentiasa berwaspada terhadap pengganas komunis kerana mereka mahir dalam serang hendap dan mencetuskan huru-hara di kampung dan bandar terpencil.
“Sehari sebelum kejadian itu, saya bersama beberapa anggota dari IPD Pagoh telah melawat anggota Balai Polis Bukit Kepong dan memberi masing-masing dua laras senjata ‘Bren Gun’ dan ‘Sten Gun’ untuk kubu balai polis.
“Selain itu, beberapa senjata lain juga diberikan sebagai persiapan sekiranya berlaku serang hendap oleh komunis,” katanya kepada Sinar Harian.
JJ Raj berkata, perjalanan dari IPD Pagoh ke Bukit Kepong mengambil masa antara tiga jam dan tiga jam setengah.
“Kita sentiasa berwaspada ketika dalam perjalanan ke Bukit Kepong kerana sebelum itu pernah berlaku serangan hendap komunis di pertengahan jalan semasa kami ke Lenga, Johor,” cerita beliau.
JJ Raj bersama Sir Gerald Templer iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada tahun 1952 yang menggantikan Sir Henry Gurney, pesuruhjaya yang dibunuh komunis pada 6 Oktober 1951 semasa dalam perjalanan ke Bukit Fraser Beliau berkata, apabila sampai di Bukit Kepong, Jamil bersama anggotanya dan penghulu kawasan tersebut yang dikenali sebagai Penghulu Ali menyambut kedatangannya.
“Kami makan tengah hari bersama dan beramah mesra dengan anggota polis serta penduduk kampung.
“Kemudian, saya membuat pemeriksaan sekuriti Balai Polis Bukit Kepong dan memberi senjata baharu tersebut kepada Jamil,” kenang JJ Raj.
Redah hutan empat jam JJ Raj berkata, beliau meluangkan masa melakukan rondaan di pekan Bukit Kepong bersama Jamil, Ali dan beberapa orang mata-mata dengan menggunakan basikal.
“Namun, kami tidak menyedari bahawa seramai 180 anggota komunis sedang menyorok di sekitar kawasan itu,” katanya.
Menurutnya, beliau kemudian pulang ke jeti pada jam 7 malam.
“Ketika anggota polis marin menghidupkan enjin bot, saya sempat berpesan kepada Jamil: “Tok Jamil, berjaga-jagalah baik-baik.
“Saya masih ingat lagi jawapan Jamil, ‘Jangan bimbang Tuan OCPD (Ketua Polis Daerah), kita akan pertahankan tempat ini (Bukit Kepong). Biar putih tulang jangan putih mata’ sambil memberikan tabik yang rupa-rupanya merupakan tabiknya yang terakhir kepada saya,” katanya.
JJ Raj berkata, beliau tidak sangka serangan Balai Polis Bukit Kepong berlaku selepas 15 jam beliau meninggalkan kawasan itu.
“Pada masa itu tidak ada telefon bimbit untuk berkomunikasi atau alat-alat komunikasi moden seperti yang ada hari ini,” ujarnya.
 
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkunjung ke kediaman Tan Sri JJ Raj (Jr) baru-baru ini. JJ Raj berkata, serangan Bukit Kepong pada awalnya diketahui Penghulu Kampong Durian Chondong iaitu kampung bersebelahan Bukit Kepong.
“Kejadian serangan berkenaan disedari orang kampung. Maklumat tersebut kemudian disampaikan ke Balai Polis Lenga. Akhirnya Ibu Pejabat Daerah Pagoh dimaklumkan mengenai kejadian itu,” jelas beliau.
Menurutnya, beliau dan anggotanya kemudian bergegas ke Bukit Kepong.
“Semasa dalam perjalanan, kami melihat bot polis telah dibakar oleh pengganas komunis.
“Disebabkan itu, saya dan anggota terpaksa meredah hutan belantara selama empat jam sebelum sampai ke Bukit Kepong,” katanya
Apabila tiba di balai polis itu, katanya, pihaknya melihat kemusnahan dan jasad anggota polis yang rebah akibat serangan komunis terbabit.
“Saya terus menguruskan dan menghantar anggota-anggota yang masih hidup dan cedera parah ke hospital dengan menaiki bot,” ujar beliau.
Menurutnya, tragedi itu merupakan pengalaman yang cukup pahit dan sungguh menyedihkan bagi dirinya.
“Saya anggap Jamil dan anggotanya yang terlibat dalam peristiwa Bukit Kepong sebagai pahlawan Melayu sejati, berjuang sama hebatnya seperti askar Gurkha ataupun mungkin lebih hebat.
“Askar Gurkha sangat dikenali dengan keberanian mereka dalam berperang dan ia menggerunkan pihak lawan. Mereka sama sekali tidak akan menyerah diri, sama seperti pahlawan Melayu di Bukit Kepong,” katanya.
JJ Raj berkata, secara peribadi beliau berpendapat Jamil dan semua anggotanya sepatutnya dijulang sebagai wira dan dihargai.
Minat sejak kecil
“Mereka bermatian-matian mempertahankan kawasan daripada ditawan oleh komunis. Meskipun jumlah anggota polis itu sedikit, mereka langsung tidak gentar melawan pengganas komunis.
“Anggota polis itu tidak menyerah diri atau melarikan diri malah berlawan habis-habisan sehingga ke titisan darah terakhir,” katanya.
JJ Raj berkata, rakyat Malaysia sepatutnya mengingati jasa perwira negara.
“Golongan muda juga harus ingat bahawa keamanan serta kemakmuran negara pada masa ini adalah hasil titik peluh dan titisan darah pejuang negara yang sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan keamanan dan kedaulatan tanah air tercinta ini,” kata beliau.
Mengimbas kembali pengalaman menyertai pasukan polis, JJ Raj berkata, beliau menceburi kerjaya polis disebabkan minat dan dorongan keluarga.
“Saya memang minat pasukan polis sejak kecil lagi kerana penampilan seorang anggota polis yang kemas dan segak memakai pakaian seragam polis.
“Pada masa itu, apabila saya melihat anggota polis memakai pakaian seragam, saya memandang mereka seperti orang yang berbakti dan berkhidmat kepada negara,” katanya.
Menurutnya, beliau juga mendapat dorongan daripada abangnya, mendiang Datuk JJ Raj Sr yang bersara sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada 1969.
“Abang menasihati saya supaya menyertai pasukan ini kerana ia membawa manfaat kepada negara.
Tan Sri JJ Raj Jr bersama bekas ketua polis negara, Tun Mohammed Hanif di Istana Diraja Klang, Selangor sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor tahun lalu. “Selepas Perang Dunia Kedua dan pemerintahan Jepun berakhir, saya mengikuti jejak langkah abang saya dan menyertai pasukan polis sebagai inspektor percubaan pada 1946,” katanya.
JJ Raj berkata, beliau dua beradik kemudian berkhidmat bersama-sama dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Sepanjang perkhidmatan saya di PDRM, saya menyandang pelbagai jawatan; antaranya Ketua Polis Daerah Pagoh, Tangkak, Kulim, Segamat dan Kuala Lumpur; Komandan Maktab PDRM di Kuala Kubu Bharu dan Ketua Polis Negeri Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Selangor.
“Jawatan terakhir yang saya sandang ialah Pengarah Pengurusan Bukit Aman sebelum bersara pada tahun 1976. Saya berkhidmat selama 30 tahun dalam PDRM,” beritahu beliau.
JJ Raj berkata, kerjaya polis sangat mulia dan menyifatkan perbuatan segelintir anggota polis yang terlibat rasuah sebagai ancaman kepada keseluruhan anggota PDRM.
“Pada zaman saya dahulu, anggota PDRM berdepan dengan ancaman pengganas komunis. Tapi kini anggota polis menghadapi ancaman daripada musuh yang tidak dapat dilihat iaitu ancaman gejala rasuah.
“Jika tidak dibanteras dengan segera, musuh ini boleh melumpuhkan dan menghancurkan PDRM dari dalam,” tegas beliau.
SH
The post ‘Itulah tabik terakhir Sarjan Jamil’ appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/15/itulah-tabik-terakhir-sarjan-jamil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Beri Amaran Terakhir Kp Johor Berjaya Tahan 4 Suspek Pasang Jalur Gemilang Terbalik

Baru Beri Amaran Terakhir Kp Johor Berjaya Tahan 4 Suspek Pasang Jalur Gemilang Terbalik

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 366 hits
Sebelum ini Ohmedia ada naikkan satu artikel yang menunjukkan Ketua Polis Johor tidak akan menerima lagi sebarang permohonan maaf dari mana mana pihak yang memberi alasan tak perasan memasan Jalur Gemilang secara terbalik Hari ini Polis Joh...
Permintaan Terakhir Calon Pengantin Sebelum Bunuh Diri Minta Calon Istri Belanja Keperluan Nikah

Permintaan Terakhir Calon Pengantin Sebelum Bunuh Diri Minta Calon Istri Belanja Keperluan Nikah

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 333 hits
Calon pengantin yang meninggal dunia karena bunuh diri meninggalkan kenangan bagi kekasih yang ditinggalkannya Tidak ada yang tahu pasti apa alasan korban nekat bunuh diri pada Jumat Padahal korban dan kekasihnya DJ sudah bertunangan dan ti...
Sampai Nafas Terakhir Ini Siksaan Yang Dirasakan Otong Di Markas Polisi

Sampai Nafas Terakhir Ini Siksaan Yang Dirasakan Otong Di Markas Polisi

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 217 hits
Saya kehausan saya enggak dikasih minum kata Hendri Alfreet Bakari saat dibawa anggota kepolisian menggeledah rumah salah satu temannya Sakit yang dirasakan Hendri alias Otong warga asal Batam bermula ketika ia diringkus anggota Polresta Ba...
Tidak Akan Beri Amaran Lagi Kp Johor Datuk Ayob Beri Amaran Terakhir Kes Jalur Gemilang Terbalik

Tidak Akan Beri Amaran Lagi Kp Johor Datuk Ayob Beri Amaran Terakhir Kes Jalur Gemilang Terbalik

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 374 hits
Kita sudah lali mendengar alasan tidak sengaja tak perasan dan sebagainya apabila ada pihak memasang Jalur Gemilang secara terbalik Jika sebelum ini mereka terlepas kali ini tidak lagi Ohmedia katakan ini selepas Ketua Polis Johor Datuk Ayo...
Mendagri Tito Skenario Terakhir Corona Selesai Virusnya Melemah Sendiri

Mendagri Tito Skenario Terakhir Corona Selesai Virusnya Melemah Sendiri

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 294 hits
Menteri Dalam Negeri RI Tito Karnavian bicara soal skenario selesainya pandemi Corona Dia menyebut skenario paling akhir yakni virus Corona melemah sendiri Pandemi selesai setidaknya ada tiga skenario yang pertama adalah ketika ditemukannya...
Cerita Malam Terakhir Siswanto Ditembak Mati Di Malam Takbiran Idul Adha

Cerita Malam Terakhir Siswanto Ditembak Mati Di Malam Takbiran Idul Adha

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 183 hits
Malam Idul Adha menjadi malam terakhir di hidup Siswanto saat hendak bertransaksi satu kilo sabu di Mojokerto Bukannya menjadi sarana memperbaiki diri malam takbiran hari raya Idul Adha 2020 ini justru dimanfaatkan Siswanto pemuda 27 tahun ...
Ji Hyunwoo Dedah Sudah 6 Tahun Tak Bercinta Netizen Syak Yoo Inna Kekasih Terakhir

Ji Hyunwoo Dedah Sudah 6 Tahun Tak Bercinta Netizen Syak Yoo Inna Kekasih Terakhir

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 228 hits
Jarang muncul dalam rancangan hiburan atau pun temu bual pelakon Ji Hyun woo telah menyertai program Video Star bagi mempromosikan drama terbarunya Lonely Enough to Love bersama rakan pelakon yang lain Kalau anda nak tahu drama tersebut mem...
Salam Nuzul Quran Dan Salam Ibadah 10 Malam Terakhir Ramadhan

Salam Nuzul Quran Dan Salam Ibadah 10 Malam Terakhir Ramadhan

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 235 hits
Berbahagialah kepada yang meraikannya dengan memenuhi waktu malam tersebut dengan amalan dan ibadah kepada Allah SWT Kami menyedut kiriman doa ini untuk jadi panduan untuk tahun tahun mendatang jika dizinkan Allah insyaaAllah DOA MALAM NUZU...
Sakit Parah Adik Donald Trump Mengembuskan Napas Terakhir

Sakit Parah Adik Donald Trump Mengembuskan Napas Terakhir

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 237 hits
Kabar duka menyelimuti keluarga Presiden Amerika Serikat Donald Trump Adik lelaki Trump Robert Trump dinyatakan telah menghembuskan napas terakhirnya Mengutip pernyataan resmi sekretaris pers presiden AS The Washington Post pada Minggu mela...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang