Insaflah Zaini Dari Sentiasa Menyalahkan Utusan




*Zaini kata Utusan selama ini buat silap kerana tidak bersikap berkecuali*
Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan akan meninggalkan Utusan setelah hampir 30 tahun bersama 'akhbar UMNO' ini. Beliau pergi meninggalkan 'bekas' di hati, bagaimana tidak setujunya beliau "Utusan tidak berkecuali"

Zaini kata Utusan buat kesalahan besar selama ini kerana akhbar ini sepatutnya berkecuali walaupun dimiliki oleh sebuah parti politik

Selaku seorang pengamal media, tidak seperti bos baru beliau iaitu Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, yang merupakan seorang ahli politik, Zaini sepatutnya lebih cerdik dari Aziz untuk menulis dengan menyemak fakta dan bersikap adil, yang Aziz sendiri tidak lakukan

*Zaini sendiri perlu berkecuali*
Zaini sepatutnya mengambil pendirian berkecuali walaupun beliau mungkin cenderung memihak kepada mana-mana parti politik

Zaini sendiri kelihatan 'takut' kerana sejak pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, beliau tidak berani mengkritik dan membidas kerajaan di sebalik segala macam kepincangan, kelemahan, penipuan dan melanggar 'rule of law' malah asyik memuji pemimpin Pakatan Harapan

Sepatutnya beliau menghabiskan masa dari 9 Mei sehingga kini, kurang 2 hari genap 6 bulan Pakatan Harapan berkuasa untuk 'menegur' mana-mana kepincangan, kelemahan dan penipuan oleh kerajaan Pakatan Harapan

*Kenapa Utusan, Roketkini, Keadilan dan Harakah pro parti masing-masing?*
Sebagai sebuah akhbar yang dimiliki oleh UMNO maka Utusan diwajibkan untuk bersikap prow um no. Ini bukan satu kesalahan dan tidak perlu terlalu cerdikpun untuk memahami perkara ini

Akhbar yang boleh dilihat sebagai berkecuali mungkin hanya akhbar yang dimiliki oleh syarikat ataupun milik individu tertentu seperti akhbar Sinar, yang dimiliki oleh Datuk Hussamuddin Yaacub

Namun jika beliau berkecenderungan memihak kepada mana-mana parti politik, tentunya 'direction' akhbar Sinar akan condong ke arah pro-parti yang disukai oleh pemiliknya dan mereka masih tidak mampu 'berkecuali'

Seperti berita yang tidak dimiliki oleh sebarang parti walaupun dikaitkan dengan DAP iaitu Malaysiakini, namun jelas mereka sendiri pro-pembangkang sebelum PRU-14. Selepas PRU-14 mereka menyesuaikan diri dengan melaporkan sebarang berita dari kedua-dua belah pihak namun masih mengekalkan kecenderungan mereka sebagai pro-Pakatan Harapan

*Ini hanyalah 'common sense' dan amat pelik Zaini gagal memahaminya*
Zaini sendiri adalah seorang pengamal media selama hampir 30 tahun, malah 'Gen-Y' atau 'Gen-WeChat' hari inipun boleh faham dengan mudah mengenai perkara ini

Apatah lagi sekiranya Utusan yang dimiliki oleh UMNO, jika pengurusan tertingginya tidak pro-UMNO, maka sebaiknya UMNO gantikan Ketua Pengarangnya atau UMNO sendiri keluar dari jadi pemegang saham terbesar Utusan

*Utusan 'tidak berkecuali' sama seperti Roketkini, Keadilan, Harakah dan Malaysiakini*
Apa manfaatnya jika memiliki sebuah akhbar namun pengurusan akhbar itu sendiri mentohmah kembali pemegang saham utamanya? Cuba Zaini bertanyakan akhbar milik DAP (Roketkini), PAS (Harakah), dan Keadilan (Suara Keadilan), adakah mereka berkecuali

Pernah Zaini lihat Harakah mentohmah atau hentam Tuan Guru Haji Hadi dan pimpinan tertinggi PAS

Pernah Zaini lihat Roketkini mentohmah atau hentam Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang

Pernah Zaini lihat Keadilan hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan tertingginya

*Utusan sama seperti akhbar lain, tidak mengkritik Presiden dan pimpinan tertinggi UMNO*
Maka Zaini tidak akan lihat Utusan mentohmah atau hentam Tun Mahathir, Pak Lah, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan kini Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan tertinggi UMNO lainnya kerana ini adalah sikap biasa sesuatu akhbar milik sesebuah parti yang menjaga Presiden parti

Tidak perlu malu untuk bekerja dalam akhbar seperti ini yang kononnya tidak berkecuali namun haruslah Zaini mempunyai harga diri jika tidak bersetuju sejak sekian lama, berhenti dan mencari kerja dalam "syarikat akhbar yang berkecuali". Jika tiada di negara ini, Zaini boleh berhijrah ke negara mencari akhbar impiannya

Tidak perlu beliau menunggu sehingga 30 tahun dalam akhbar yang tidak berkecuali ini

*Presiden arah ataupun restu jika akhbar parti mengkritik pemimpin ataupun bekas pemimpin*
Jika Zaini ada melihat sebarang akhbar yang dimiliki parti seperti Utusan ini mentohmah atau hentam pimpinan tertinggi mereka, maka ini bermakna Presiden parti itu sendiri yang arahkan atau merestui tindakan akhbar tersebut bertindak demikian. Namun perkara ini jarang-jarang berlaku

Sama seperti sebelum ini Utusan melalui Pengerusi Eksekutifnya, menggunakan nama samaran 'Awang Selamat' mentohmah bekas Presiden parti iaitu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, tanpa memperincikan sebarang bukti yang kukuh, sekadar 'bukti video' dari wartawan nakal

*Parti akan dilihat lemah dan tidak mampu menjaga pemimpin*
Tindakan Presiden arah atau merestui perkara ini sebenarnya hanya akan menyusahkan dan memalukan UMNO sendiri, kerana itulah tiada parti lain seperti DAP, PKR ataupun PAS yang pernah mengambil tindakan seperti ini kerana mereka tahu parti mereka akan dilihat sebagai lemah apabila bertindak demikian

Zahid dan UMNO perlu belajar daripada parti DAP, PAS dan PKR bagaimana mengawal media mereka sendiri

*Akhbar pro-parti tetap mempertahan pemimpinnya*
Maka kerana inilah setiap akhbar pro-parti tidak akan mampu menjadi berkecuali sampai bila-bila. Jika ada salah laku pemimpin mereka yang didakwa namun masih belum disabitkan, mereka akan mendokongnya bahkan jika dipenjarakan sekalipun, mereka akan melaungkannya sebagai salah guna kuasa

Inilah ciri-ciri akhbar pro-parti yang sepatutnya, iaitu tetap mempertahankan pemimpin mereka dalam apa jua keadaan

*Impian Zaini mengenai 'Akhbartopia'*
Hanyalah satu impian jika Zaini mengimpikan satu akhbar yang "seratus-peratus berkecuali", mungkin hanya akan berlaku jika Zaini membuat akhbarnya sendiri dan bersikap berkecuali mengikut acuannya

Belum tentu mendapat sambutan kerana hakikatnya pembaca sendiri tidak berkecuali, namun Zaini boleh jadikan cadangan ini sebagai cabaran buat beliau mewujudkan akhbar yang seratus-peratus berkecuali. 
Insaflah Zaini, jangan cakap sahaja berdegar-degar, tetapi diri sendiri memihak

Baca berita sepenuhnya di;https://www.editormalaysia.com/5283/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://taipingmali.blogspot.com/2018/11/insaflah-zaini-dari-sentiasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Utusan Hancur Yang Hak Tetap Hak Zaini Hassan

Utusan Hancur Yang Hak Tetap Hak Zaini Hassan

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 240 hits
Utusan Malaysia milik Umno kini berani berkata benar mengkritik pemimpin politik yang memberi mereka makan selama ini Foto Datuk Zaini Hassan oleh Mole my Akhbar milik Umno Utusan Malaysia harus insaf dan menilai semula peranannya demi kela...
Apa Agenda Aziz Sheikh Fadzir Dan Utusan

Apa Agenda Aziz Sheikh Fadzir Dan Utusan

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 142 hits
Apa agenda Datuk Aziz Sheikh Fadzir Kenapa memperalatkan Utusan untuk mendesak DS Najib memohon maaf kepada seluruh ahli UMNO kerana isu 1MDB Apakah Aziz adalah sebahagian daripada games plan Mahathir Daim untuk terus memecah belahkan perpa...
Kenapa Utusan Balun Najib Adakah Ini Arahan Zahid Hamidi

Kenapa Utusan Balun Najib Adakah Ini Arahan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 317 hits
Agak mengejutkan sebenarnya apabila Utusan sebuah akhbar milik UMNO tiba tiba membalun Najib Razak dengan menggelarnya sebagai pembohong berkaitan dana RM2 6 bilionMelalui ruangan pojok Awang Selamat akhbar itu menggunakan interbiu bekas Pe...
Utusan Meloya Balun Najib Kaw Kaw

Utusan Meloya Balun Najib Kaw Kaw

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 342 hits
Haiit domo arigato gozaimasu Story kat dan Utusan bantai Najib apa cerita Utusan Malaysia menerusi tulisan Awang Selamat yang selama ini kuat mengkritik Pakatan Harapan dan mengangkat dakyah serta propaganda UMNO nampaknya sudah menukar hal...
Utusan Tuduh Najib Bohong Rm2 6 Bilion Dalam Akaun Peribadi

Utusan Tuduh Najib Bohong Rm2 6 Bilion Dalam Akaun Peribadi

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 272 hits
Utusan Malaysia menggelar Datuk Seri Najib Razak seorang pembohong susulan wawancara dengan Al Jazeera baru baru ini apabila beliau mendedahkan dia sebenarnya tidak tahu sumber sebenar wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi yang berni...
Najib Pembohong Awang Selamat Utusan Mesti Minta Maaf

Najib Pembohong Awang Selamat Utusan Mesti Minta Maaf

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 344 hits
Bekas ahli majlis tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi hari ini mencadangkan ahli Umno memboikot akhbar Utusan Malaysia sekiranya Pengerusi Eksekutif akhbar berkenaan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir enggan meminta maaf kepada Datuk Seri N...
Utusan Serang Najib Najib Berbohong Derma Arab Saudi

Utusan Serang Najib Najib Berbohong Derma Arab Saudi

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 269 hits
Akhbar Utusan Malaysia milik Umno melancarkan serangan terhadap bekas presiden parti Datuk Seri Najib Razak mendakwa beliau berbohong kerana tidak tahu sumber wang yang didepositkan ke dalam akaun banknya Sebelumnya Najib mendakwa wang itu ...
Umno Perlu Jual Saham Utusan

Umno Perlu Jual Saham Utusan

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 186 hits
oleh Ab Jalil Backer 1 Utusan mempunyai aset sekitar RM500 juta namun ia mempunyai tanggungan yang cukup besar juga 2 Saya tidak pasti berapa jumlah saham sebenar UMNO dalam Utusan namun saya percaya ia melebihi 60 3 Mana mana akhbar di dun...
Utusan Pemerintah Ri Dan Inggris Bahas Kerja Sama Cegah Ekstremisme

Utusan Pemerintah Ri Dan Inggris Bahas Kerja Sama Cegah Ekstremisme

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 163 hits
Pertemuan utusan Pemerintah RI dan Inggris bahas kerja sama mencegah ekstremisme Jakarta 8211 Utusan Khusus Presiden untuk Dialog dan Kerja Sama Antaragama dan Peradaban Prof Syafiq A Mu
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya