Indahnya Sistem Takaful





Indahnya Sistem Takaful
Sistem kewangan Islam dilihat semakin berkembang malah kehadirannya kian dirasai semua ahli masyarakat. Jika sebelum ini kita telah dibesarkan dengan sistem konvensional, namun hari ini masyarakat mempunyai pilihan atau inisiatif lain yang ditawarkan institusi kewangan Islam

Namun, kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan sistem kewangan Islam berada pada tahap mendukacitakan. Seharusnya kita sedar kepentingan utama masyarakat khususnya umat Islam menyertai takaful adalah demi kebaikan diri serta mengelakkan unsur riba, gharar (ketidak pastian) dan maisir (perjudian)

Sebagai seorang Muslim yang beriman, sudah pasti kita sentiasa ingin memastikan apa juga dilakukan seharian selari dengan kehendak dan prinsip Islam. Sebaiknya kita menjauhi muamalah yang mendedahkan kita dengan dosa riba

Perangi riba
Amalan riba telah dinyatakan secara terang menjadi satu dosa pada pengamalnya malah Allah SWT dan rasul-Nya juga mengisytiharkan perang terhadap orang terbabit dengan riba sama ada pemberi, penerima, penulis perjanjian berkaitan riba dan sebagainya

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan rasul-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 278)
Setiap manusia mempunyai kehormatan diri yang sangat tinggi termasuklah dalam soal harta. Adalah tidak wajar mencabuli harta yang dimiliki kerana ia dikira mencabul kehormatan harta itu. Riba adalah satu bentuk pencerobohan terhadap harta secara batil

Sistem tolong menolong
Sistem takaful adalah satu sistem berteraskan prinsip syariah yang menjamin 'ketelusan dan keadilan' demi memastikan semua pihak tidak merasa tertindas. Prinsip utama takaful ialah semua pihak dapat berasa manfaat dan tidak terasa sebarang keraguan atau tertipu

Kontrak takaful berasaskan tabarru' (derma) dan taawun (tolong-menolong), di mana semua peserta yang memilih atau menyertai pelan takaful bersetuju untuk saling menolong, jamin menjamin antara mereka ketika ditimpa musibah

Maksudnya, semua peserta menyumbang dengan ikhlas untuk saling membantu jika ditimpa musibah. Dengan konsep tabarru' dan ta'awun itu, maka akan terhapus sikap keakuan, serta menyemarakkan rasa kasih sayang

Aktiviti sistem takaful dikawal selia oleh jawatankuasa syariah bagi memastikan semua produk, pelaburan dan pengurusan selaras prinsip syariah. Demi memastikan segala maklumat produk dan pelan diketahui umum, pengendali takaful turut melantik ejen sebagai dai atau wakil

Mereka dilantik untuk mempromosikan produk dan pelan perlindungan takaful kepada masyarakat. Justeru, ejen takaful bertanggungjawab memberikan maklumat jelas dan tepat berkenaan pelan takaful diambil

Empat kriteria penting yang perlu ada pada ejen takaful yang ingin melaksanakan jihad ekonomi ialah sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatonah (bijaksana)

Semua masyarakat khususnya umat Islam hendaklah mempunyai kesedaran tinggi untuk mengambil perlindungan takaful supaya diri dan keluarga sentiasa dilindungi jika ditimpa musibah atau kesusahan. Ini untuk memastikan generasi keluarga mereka berkembang tanpa meminta-minta di masa hadapan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zulfattah.com/2020/08/indahnya-sistem-takaful.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Planet Utarid Planet Terkecil Di Dalam Sistem Solar

Planet Utarid Planet Terkecil Di Dalam Sistem Solar

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 610 hits
GALAKSI VIRAL Mari kita mengenali dengan lebih mendalam mengenai Planet Utarid Berikut ialah fakta fakta ringkas mengenai planet ini Planet UtaridFAKTA MENARIK PLANET UTARID1 Planet Paling Hampir Dengan Matahari 2 Planet Terkecil Dalam Sist...
Kerap Berkahak Berhingus Makanan Ini Penyebab Sistem Imun Anak Lemah

Kerap Berkahak Berhingus Makanan Ini Penyebab Sistem Imun Anak Lemah

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 361 hits
Bila anak kerap tak sihat selalu berhingus atau berkahak cuba tengok gaya pemakanan anak Ini antara salah satu faktor penyumbang yang ramai ibu tak tahu mengenainya Ada beberapa jenis makanan yang menggalakkan kahak atau hingus punca kerada...
Sistem Ekzos Terkenal Dari Eropah Supersprint Sangat Berkualiti Dan Buatkan Bunyi Kereta Jadi Awesome

Sistem Ekzos Terkenal Dari Eropah Supersprint Sangat Berkualiti Dan Buatkan Bunyi Kereta Jadi Awesome

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 415 hits
Ohmedia tahu ramai yang meminati bidang permotoran termasuklah diri ini sendiri Nafsu dalam automatif ni kalau tak nak bagi lawa mesti bagi laju atau lebih advance buat kedua duanya sekali Perasan tak part paling ramai yang orang akan modif...
Oneplus Akan Mengumumkan Sistem Operasi Android 11 Mereka 10 Ogos Ini

Oneplus Akan Mengumumkan Sistem Operasi Android 11 Mereka 10 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 242 hits
Sudah beberapa tahun OnePlus menyelaraskan sistem operasi mereka untuk pasaran China dan global Di China ia adalah Hydrogen OS dan global pula adalah Oxygen OS Kedua duanya sama sahaja kecuali Oxygen OS ada GMS dan bersih Hydrogen OS tiada ...
Sistem Gps Beidou 3 Kini Beroperasi Sepenuhnya

Sistem Gps Beidou 3 Kini Beroperasi Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 187 hits
Sejak dekad 90an China mula membangunkan sistem navigasi satelit GPS mereka diri yang diberi nama Beidou Selepas hampir dua dekad sistem Beidou generasi ketiga kini beroperasi sepenuhnya di peringkat global Satelit terakhir dan ke 35 di dal...
Air Touch Panel Sistem Paparan Skrin Sesentuh Nirsentuh

Air Touch Panel Sistem Paparan Skrin Sesentuh Nirsentuh

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 210 hits
Covid 19 mendidik orang ramai untuk menjaga jarak dan melakukan pembatasan sosial kerap basuh tangan teruskan menggunakan pensanitasi tangan sentiasa memakai pelitup muka dan dengari arahan kerajaan untuk tujuan keselamatan Kita juga tidak ...
Tips Membeli Perlindungan Takaful Yang Mesra Bajet

Tips Membeli Perlindungan Takaful Yang Mesra Bajet

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 326 hits
TIPS MEMBELI PERLINDUNGAN TAKAFUL YANG MESRA BAJETPerlindungan Takaful membolehkan anda mendapat bantuan ketika menghadapi musibah seperti sakit kemalangan lumpuh mahupun kematian Perlindungan Takaful juga membantu menguruskan masa depan ah...
Hibah Takaful Kaedah Alternatif Kepada Pembahagian Harta

Hibah Takaful Kaedah Alternatif Kepada Pembahagian Harta

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 1329 hits
Hibah Takaful Kaedah Alternatif Kepada Pembahagian Harta MELIHAT kepada masalah pembekuan harta yang semakin meningkat saban tahun umat Islam diingatkan supaya lebih mengambil berat pelaksanaan perancangan harta Islam menitikberatkan lima k...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik

Pertiwi Trending Boikot Bangkit Usahawan Bumiputera Tv Pertiwi 23 04 2024

Piala Presiden 2024 Senarai Pasukan Format