Iktibar Crimea Buat Sabah



KITA baru sahaja menyambut Hari Malaysia, malangnya sungguh mengecewakan sekali apabila masih ada pihak yang menganggap insiden Lahad Datu pada tahun 2013 sebagai satu sandiwara – lebih mendukacitakan apabila anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi ketenteraan itu pula dianggap sebagai ‘berperang dengan ayam dan anjing’.
Sebelum ini, ada pihak yang menyeru kerajaan supaya ‘berunding’ dengan Filipina berkaitan tuntutan ke atas Sabah – satu seruan yang cukup merendahkan kedaulatan negara kerana sesungguhnya ia adalah perkara yang haram untuk dirundingkan daripada perspektif geostrategik.
Semua kenyataan itu merupakan manifestasi kejahilan dalam memahami kepentingan geostrategik Sabah dan pada satu sisi yang lain pula, ia mencerminkan sikap memandang remeh kepentingan pasukan keselamatan serta kuasa politik di pentas antarabangsa.
 
Biadap! Anak Mahathir doakan semua pesakit Covid-19 di Sabah adalah pengundi BN

Sesungguhnya, peristiwa pengilhakan wilayah Ukraine iaitu Crimea oleh Rusia pada tahun 2014 melalui kuasa ketenteraan dan politik demografi seharusnya menjadi iktibar dalam kita memelihara Sabah.
Pada tahun 2013, politik Ukraine berpecah-belah dengan pertembungan antara pihak pro-Rusia dengan pro-Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Kesatuan Eropah (EU).
Akibatnya, secara rahsia Rusia mengerahkan angkatan tentera dengan jumlah yang besar dan dalam tempoh yang cepat menawan Crimea pada tahun 2014 yang sebelum itu diserahkan oleh Kesatuan Soviet kepada Ukraine.
Langkah Rusia itu ibarat blitzkrieg hinggakan Ukraine yang berpecah-belah akibat politik itu hanya mampu melihat pengilhakan Rusia.
Dalam konteks Sabah pada hari ini, ahli politik kita tidak seharusnya alpa dengan kepentingan mempertahankan kedaulatan. Untuk rekod, pada 27 Julai lalu,
Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr secara terbuka mendakwa Sabah sebagai bukan milik Malaysia, mengulangi kontroversi tuntutan Filipina ke atas Sabah oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada tahun 2016.
Hakikat yang perlu diberi perhatian serius adalah kenyataan Setiausaha Agung Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani baru-baru ini bahawa mereka sedang mengusahakan tuntutan sama ke atas Sabah dengan tidak kurang 200 orang penceroboh Sulu yang terlibat menyerang Lahad Datu pada tahun 2013 sudah kembali.
Mereka turut dilaporkan sedang dalam proses menggerakkan sokongan seramai sejuta warga Sulu di Sabah.
 
Sabah terluka! Undi popular terhadap Warisan semakin merosot akibat Mohamaddin Ketapi

Kekacauan
Tidak menghairankan, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali baru-baru ini mendedahkan bahawa sumber risikan negara mengesahkan terdapat rancangan kemasukan besar-besaran rakyat dari negara jiran untuk membuat kekacauan pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.
Dalam keadaan sebegitu, wajib kita meletakkan kepentingan strategik negara mengatasi kepentingan kempen politik kepartian. Perlu diingat pada tahun 2013, pengganas Sulu yang menceroboh Sabah ketika itu berpecah dengan kerajaan Filipina.
Ketika itu, Azzimudie Kiram dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN melahirkan kekecewaan terhadap pendirian Presiden Filipina, Benigno Aquino berhubung krisis tersebut.
Beliau menyeru kerajaan Filipina agar ‘melakukan sesuatu untuk menyokong’ pencerobohan mereka ketika itu. Memetik kenyataan Azzimudie Kiram: “Mereka (Malaysia) tidak boleh menakutkan kami kerana kami berjuang untuk hak kita – hak bangsa Sulu dan secara umum, rakyat Filipina iaitu jika kerajaan Filipina masih menganggap kami adalah rakyat Filipina.
”Hari ini keadaan seolah-olah sudah terbalik. Filipina dan Sulu telah bersatu padu menuntut Sabah. Sebaliknya, dalam kalangan kita pula sudah ada yang memilih untuk berpecah-belah merendahkan pengorbanan dan kepentingan pasukan keselamatan demi kepentingan politik kepartian yang sempit.
Peristiwa pengilhakan Crimea oleh Rusia perlu dijadikan iktibar. Jasa pasukan keselamatan kita jangan diremehkan dalam mempertahankan kedaulatan Sabah.
* Abdul Muein Abadi ialah Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda
ATM bersiap sedia hadapi warga asing ganggu PRN Sabah

The post Iktibar crimea buat Sabah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/24/iktibar-crimea-buat-sabah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rempeyek Ranggup Sedap Dan Murah Di Sabah

Rempeyek Ranggup Sedap Dan Murah Di Sabah

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 303 hits
Assalammualaikum MV nak iklankan salah satu jualan mama MV iaitu Rempeyek Ranggup sedan dan murah Hanya Rm12 sahaja satu kontena yang mana dalam satu kontena ada 50 pcs Kamu yang berada di kawasan Kota Kinabalu Papar Beaufort Kuala Penyu da...
Kit Siang Dap Perli Mahathir Dan Anwar Di Prn Sabah

Kit Siang Dap Perli Mahathir Dan Anwar Di Prn Sabah

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 419 hits
Tidak pasti sama ada Lim Kit Siang DAP berkempen di PRN Sabah atau cuba melondehkan Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim Kit Siang mungkin beranggapan ramai yang tidak tahu perkara sebenarnya kerana mereka yang hadir ceramah beliau dan maj...
21 New Covid 19 Cases Fourth Sabah Cluster Emerges

21 New Covid 19 Cases Fourth Sabah Cluster Emerges

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 310 hits
COVID 19 Malaysia has reported 21 new cases of Covid 19 in the 24 hours up to noon today including yet another cluster in Sabah The Selamat cluster in Semporna is the fourth cluster reported in the country this month after the Benteng LD cl...
Bersih Cancels Plan To Host Debate Between Sabah Cm Candidates

Bersih Cancels Plan To Host Debate Between Sabah Cm Candidates

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 236 hits
Electoral watchdog Bersih 2 0 has cancelled its plan to hold a debate between Sabah chief minister candidates In a statement it said that the decision was made because only one candidate has agreed to participate in the event which was sche...
Rm14 Bilion Kukuhkan Ketenteraan Sabah

Rm14 Bilion Kukuhkan Ketenteraan Sabah

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 211 hits
Kerajaan Persekutuan mampu pertahan Sabah dari anasir luar RM14 bilion kukuhkan ketenteraan Sabah secepat mungkin Sejumlah RM14 bilion diperuntukkan bagi menambah aset anggota dan membina kem tentera di Sabah dalam masa terdekat Menteri Kan...
Warisan Bawa Gelombang Besar Di Sabah

Warisan Bawa Gelombang Besar Di Sabah

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 282 hits
Kepaduan dalam WARISAN Plus mampu melahirkan satu gelombang besar dalam perjuangan tanpa mengira batasan agama dan kaum Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yakin gelombang yang begitu besar kali ini adalah has...
Terbukti Warisan Gagal Bela Nasib Rakyat Sabah Ketika Negara Dilanda Covid 19

Terbukti Warisan Gagal Bela Nasib Rakyat Sabah Ketika Negara Dilanda Covid 19

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 333 hits
Calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri Karamunting di Pilihan Raya Negeri Sabah yakin ramai pengundi Cina sudah kembali mempercayai hanya BN yang mampu membela nasib rakyat Datuk Chew Kok Woh berkata pandemik Covid 19 menjadi saksi ke...
Isu Royalti Minyak Pengerusi Bn Sabah Akan Berunding Dengan Petronas

Isu Royalti Minyak Pengerusi Bn Sabah Akan Berunding Dengan Petronas

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 247 hits
KEMABONG Mustahil untuk kerajaan Persekutuan memberikan 20 peratus royalti seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan namun ia akan dirunding bagi memberikan lebih manfaat kepada rakyat negeri di bawah bayu itu Perkara itu dimaklumkan Pengerus...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Unveiling The Convenience Of Online Bookstore In Malaysia

Pilihan Allah Pasti Terbaik Kita Tidak Bisa Memaksa Pilihan Kita Kepada Allah

True Wallet Live22 Top 53 By Nellie Live22slot Fun 29 Jun 2024

Konfflik Irael Iran 3 Suasana Terkini

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Bercakap Dengan Jun