Iklaskah Muhyiddin Mahu Membantu Sabah




 Perkara yang menjadi bualan di kalangan rakyat Sabah ketika ini adalah tentang keikhlasan Muhyiddin Yassin dalam setiap ucapannya yang berjanji pelbagai projek dan program untuk membantu negeri Sabah kononnya rakyat negeri itu mundur dan ketinggalan.
Mereka mempersoalkan keberadaan Muhyiddin yang sibuk di Kuala Lumpur sehinggakan sekali pun tidak menjenguk negeri Sabah ketika di landa teruk gelombang wabak Covid-19.
Adakah orang Sabah ini sekadar “second class” kepada Muhyiddin dan hanya diperlukan semasa pilihan raya sahaja untuk meraih undi?
Mungkin juga itu pandangan Muhyiddin dan para pegawainya, jika tidak masakan para pengamal media juga mula meluahkan rasa kurang senang mereka dengan para pegawai media Muhyiddin yang susah untuk berurusan.
Pegawai penerangan dan media daripada Jabatan Penerangan Sabah juga dikatakan mula kurang senang apabila mereka diarah memberikan liputan kepada Muhyiddin dan tidak perlu memberikan liputan kepada Ketua Menteri sementara, Shafie Apdal.
Lebih mengecewakan, pada awal krisis politik Sabah ini bermula apabila Muhyiddin menghantar dua orang kepercayaannya iaitu Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Politik, Nardin Awang sebagai operator utama untuk berunding dengan bekas Ketua Menteri, Musa Aman bagi merampas kerajaan negeri Sabah dari Warisan.


Kali pertama Muhyiddin turun ke Sabah adalah pada 29 Ogos lepas dan ia adalah lawatan kali pertama beliau sebagai Perdana Menteri sejak dilantik pada 1 Mac lalu.
Sedikit pun beliau tidak pandang negeri Sabah ini penting sehinggalah rancangan untuk mengambil alih negeri tersebut secara pintu belakang yang direncana oleh Hamzah dan Nardin gagal.
Muhyiddin sebenarnya tidak menyangka rancangannya itu digagalkan, tidak seperti yang berlaku di Johor, Kedah dan Melaka apabila pentadbiran kerajaan negeri tersebut bertukar tangan kepada UMNO dan rakannya, PAS.
Kini, tembelang Muhyiddin sebenarnya sudah terdedah, beliau adalah arkitek utama polemik politik di Sabah ini.
Dan kini beliau mahu menagih dan meminta simpati pengundi Sabah untuk menyokongnya kerana kegagalannya untuk merampas kerajaan secara pintu belakang seperti dilakukannya di Semenanjung sebelum ini.
Sekarang, apabila tiba kempen pilihan raya Muhyiddin juga tanpa segan silu turun berkempen dengan membawa sentimen Semenanjung untuk menawan hati para pengundi dengan mengumumkan pelbagai macam projek dan program yang kononnya untuk membantu rakyat Sabah.
Tidak cukup dengan itu, Muhyiddin juga secara terang-terangan menghina orang Sabah dengan mengatakan “Sabah negeri Miskin, rakyatnya tidak membangun”.
Bagi orang Sabah ini adalah satu penghinaan daripada orang Semenanjung kepada mereka kerana selama ini bukankah UMNO dan Barisan Nasional yang paling lama memerintah negeri tersebut?
Begitu mudah seorang Perdana Menteri menghina orang Sabah dengan kata-kata yang tidak membina dan membantu, beliau mungkin terbawa-bawa corak kempen semasa di Semenanjung yang boleh membeli rakyat dengan gula-gula atau pun budaya dedak yang pernah dibawa oleh bekas Perdana Menteri, Najib Razak.
Jika orang Sabah mahu terus dihina dan tidak memiliki harga diri, mereka boleh memilih Muhyiddin dan konco-konconya Barisan Nasional, tetapi jika ingin menjadi orang Sabah yang dihormati dan mempunyai harga diri, beranilah melakukan perubahan dengan menolak budaya politik Semenanjung.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/iklaskah-muhyiddin-mahu-membantu-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Bn Pbs Di Sabah Kini Dikenali Sebagai Gabungan Rakyat Sabah Pm Muhyiddin Yassin

Pn Bn Pbs Di Sabah Kini Dikenali Sebagai Gabungan Rakyat Sabah Pm Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 289 hits
TUARAN 12 Sept Perikatan Nasional Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah di Sabah kini dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau berkata keputusan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat kha...
Former Dpm Criticises Muhyiddin For Making Federal Allocations An Issue In Sabah Poll

Former Dpm Criticises Muhyiddin For Making Federal Allocations An Issue In Sabah Poll

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 251 hits
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail says federal funding for individual states should not be determined by the political decisions of voters Picture by Firdaus LatifKUALA LUMPUR Sept 18 Federal funding for individual states should not be de...
Zaharin Dakwa Kerana Mulut Muhyiddin Mungkin Binasa Undi Pn Bn Di Sabah

Zaharin Dakwa Kerana Mulut Muhyiddin Mungkin Binasa Undi Pn Bn Di Sabah

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 213 hits
Esok saya pulang ke Kuala Lumpur Meninggalkan Kota Kinabalu Selama 8 hari selepas saya dapat meninjau gerak pilihan raya Negeri di Sabah Pilihan raya Sabah kini kembali ke asal di tahun 1976 Kerajaan Persekutuan hendak menjatuhkan kerajaan ...
Tawaran Buat Rakyat Sabah Hajiji Calon Ketua Menteri Muhyiddin

Tawaran Buat Rakyat Sabah Hajiji Calon Ketua Menteri Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 643 hits
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Noor akan dilantik sebagai ketua menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah berjaya menawan negeri itu daripada parti Warisan atau gabungan Warisan Plus Walau...
Muhyiddin Umum Pembentukan Gabungan Rakyat Sabah Hadapi Warisan Dalam Prn

Muhyiddin Umum Pembentukan Gabungan Rakyat Sabah Hadapi Warisan Dalam Prn

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 397 hits
September 12 2020 9 19 AMPerdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata Gabungan Rakyat Sabah akan memastikan kesemua parti dalam gabungam itu bekerjasama sebagai satu pasukan TUARAN Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan parti pem...
Menang Prn Sabah Bubar Parlimen Muhyiddin

Menang Prn Sabah Bubar Parlimen Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 336 hits
Menang PRN Sabah bubar parlimen MuhyiddinOleh September 19 2020Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata sekiranya gabungan PN BN PBS menang dalam pilihan raya Sabah kali ini pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat Ini adalah per...
Muhyiddin Mahu Kembalikan Amalan Cash Is King Di Sabah

Muhyiddin Mahu Kembalikan Amalan Cash Is King Di Sabah

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 289 hits
Amalan cash is king yang dipopularkan Perdana Menteri ke 6 Najib Razak nampaknya mahu dihidupkan kembali oleh PM Muhyiddin Yassin Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil ucapan Muhyiddin dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sabah kelm...
Muhyiddin Moots Sabah Bersatu Chief As Cm If Partners Agree

Muhyiddin Moots Sabah Bersatu Chief As Cm If Partners Agree

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 189 hits
Prime Minister Muhyiddin Yassin has mooted Sabah Bersatu chief Hajiji Mohd Noor as a possible Sabah chief ministerial candidate if the state opposition coalition wins However Muhyiddin qualified his statement by saying that this would also ...
Mustahil Zahid Berani Tentang Kevmahuan Muhyiddin Isu Km Sabah

Mustahil Zahid Berani Tentang Kevmahuan Muhyiddin Isu Km Sabah

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 1427 hits
Mengkaji situasi Zahid dan Bung Mokhtar adalah tidak logik mereka berani membantah kemahuan Muhyiddin mahu KM dari Sabah Selain sedang menghadapi kes mahkamah faktor PAS akan terus sokong Muhyiddin dan Anwar juga sedia mengisi tempat UMNO a...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Sentiasalah Mengharapkan Rahmat Redha Allah

Puding Kastad Mangga

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun

Mb S Son Five Others Remanded In Rm600 000 False Claim Probe Under Macc