Hukum Penggunaan Ucapan Shalom


Soalan
Apakah hukum penggunaan perkataan ‘shalom’ secara lafaz/tulis/perbuatan bagi umat islam khususnya di malaysia untuk menyapa orang islam dan bukan islam, dalam satu kelompok ataupun dalam kelopok berasingan? Penggunaan ‘shalom’ ini digunakan oleh kebanyakan anak muda dan menganggap bahawa perkataan shalom hanya sekadar bahasa yang berlainan tapi sama maksudnya dengan lafaz ‘assalamualaikum’.
Ringkasan Jawapan
Agama Islam menganjurkan kepada penganutnya untuk menegur sapa dengan lafaz ucapan ‘assalamualaikum’ yang bermaksud salam sejahtera ke atas kamu, dan ini merupakan salah satu dari sunnah Nabi SAW. Tidak salah untuk menggunakan perkataan ‘shalom’ secara lafaz, tulis, dan perbuatan untuk menyapa orang lain kerana ucapan shalom juga bermaksud aman dan sejahtera dalam bahasa ibrani, dan menjadi ucapan yang dianjurkan dalam agama Yahudi sebagai doa kepada orang lain. Namun begitu sebagai umat Islam, seseorang muslim wajar menghidupkan Sunnah Nabi SAW dengan melafazkan bentuk lafaz yang dianjurkan oleh Baginda. Di samping itu juga, setiap muslim perlu mengelakkan segala kelakuan yang boleh menimbulkan fitnah dari masyarakat sekeliling. Contohnya jika ucapan “Shalom” itu menyebabkan buah mulut dan sangkaan buruk dari orang sekeliling makai a sepatutnya dielakkan.
Huraian Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas baginda junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga beliau, para sahabat, serta orang-orang yang mengikuti jejak langkahnya sehingga hari akhirat.
Menurut Hebrew Word Studies, ‘shalom’ bermaksud keamanan, sejahtera, dalam keadaan baik, ataupun kesihatan yang baik di dalam bahasa ibrani. Ucapan ini sering digunakan oleh masyarakat Yahudi untuk menegur seseorang secara sopan dan mesra, dan seakan-akan menjadi penyambung kepada hubungan yang lebih baik. Perkataan ‘shalom’ juga disebutkan di dalam kitab Exodus perjanjian lama 21-22 yang boleh diterjemahkan sebagai ‘semoga dalam kebaikan’, ‘semoga sihat sepenuhnya’, dan ‘akan dibalas kebaikannya’. Jika menurut bahasa ibrani klasik pula, ia bukan sahaja bermaksud kebaikan bahkan boleh difahami juga sebagai pemulihan tubuh badan yang merangkumi kesihatan jiwa dan mental. Maka, perkataan kesejahteraan, keamanan, kebaikan, dan kesihatan yang baik boleh diterjemahkan dalam satu perkataan menurut bahasa ibrani iaitu ‘shalom’.[1]
Dalam menjalani kehidupan di atas dunia sebagai seorang yang beragama Islam, banyak panduan dan tatacara yang telah disebut dan diajarkan kepada kita. Antaranya adalah menegur seseorang dengan ucapan atau teguran yang baik dan sopan, dan menjawab teguran itu dengan baik juga. Firman Allah SWT:
وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا
Maksudnya: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”.
(Surah al-Nisa’:86)
Al-Baghawi dalam tafsirnya mengatakan bahawa ayat ini menyarankan agar kita memberi salam kepada muslim yang lain, dan untuk jawapan salam itu pula disarankan untuk membalas dengan lebih baik daripada ucapan yang diterima itu. Jika diberi salam ‘assalamualaikum’, maka jawablah dengan ‘waalaikumussalam warahmatullah’, jika diberi salam’ assalamualaikum warahmatullah’, maka balaslah dengan ‘waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh’, dan jika diberi salam ‘assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh’, maka balaslah yang semisal dengannya.
[Lihat Tafsir Al-Baghawi: 1/669]
Hukum memberi salam asalnya ialah sunat yang sangat dituntut. Adapun menjawabnya adalah wajib. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: “Hukum memulakan salam itu adalah sunat muakkad. Menurut ulama-ulama kami, ia adalah sunat kifayah jika sekolompok jemaah melintasi di hadapan seorang lelaki atau jemaah lain kemudian salah seorang daripada kelompok pertama memberi salam maka terhasil hukum sunat. Adapun hukum menjawab salam adalah fardu atau wajib secara ijma’. Sekiranya seseorang memberi salam kepada seseorang yang lain maka pihak yang kedua itu wajib menjawabnya sebagai memenuhi tuntutan fardu ain. Manakala sekiranya diberi salam kepada sekelompok manusia, maka hukum menjawabnya menjadi fardu kifayah.”
[Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab: 4/493-494]
Maka timbul persoalan bolehkah memberi salam kepada yang bukan Islam? Kita sedia maklum bahawa jika seorang muslim dituntut untuk memberi dan menjawab salam daripada muslim yang lain, namun ada sedikit perbezaan jika melibatkan ucapan salam kepada yang bukan Islam. Isu ini telah dibahaskan dalam artikel-artikel yang lepas di pautan berikut:
Hukum memberi salam kepada yang bukan Islam:
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3985-irsyad-al-fatwa-siri-ke-368-memberi-salam-kepada-kelompok-muslim-dan-non-muslim
Ucapan salam: Hadith dan Feqahnya:
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3985-irsyad-al-fatwa-siri-ke-368-memberi-salam-kepada-kelompok-muslim-dan-non-muslim
Berkenaan isu memberi salam kepada yang bukan Islam juga, memang ada disebutkan di dalam hadis. Sabda Nabi SAW:
لَا تَبْدَؤُوا اَلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى بِالسَّلَامِ
Maksudnya: “Janganlah kalian memulakan ucapan salam kepada orang Yahudi dan juga Nasrani.”
(Riwayat Muslim: 1905)
Hadis di atas menjelaskan tentang larangan memulakan salam kepada orang bukan Islam. Ada pun jika menjawab salam daripada mereka, diharuskan jika aman daripada fitnah. Namun jika ucapan itu sekadar ucapan umum seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat petang’ dan seumpama dengannya maka tiada masalah untuk kita memulakan teguran atau ucapan. Ini bertepatan dengan apa yang disebutkan di dalam kitab al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah:
وإذا كانت هناك حاجة داعية إلى بدء الكافر بالتحية فلا حرج فيها حينئذٍ، ولتكن بغير السلام، كما لو قال له: أهلاً وسهلاً أو كيف حالك ونحو ذلك. لأن التحية حينئذ لأجل الحاجة لا لتعظيمه
Maksudnya: “Apabila ada keperluan/hajat untuk memulakan ucapan salam, maka tidaklah mengapa, akan tetapi tidak boleh menggunakan perkataan ‘assalam’ (doa keselamatan). Cukup dengan mengatakan selamat datang, apa khabar dan sebagainya. Salam ketika itu juga kerana adanya keperluan, bukannya untuk memuliakannya”.
[Lihat al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah 25/168]
Ibn Hajar al-Haytami juga ada membincangkan tentang keharusan memberi salam dalam bahasa selain bahasa arab iaitu Assalamualaikum. Diharuskan untuk memberi ucapan salam dan sejahtera dalam bahasa asing, namun jika salam itu diberi dalam bahasa arab lalu yang menerima salam itu memahaminya maka wajib untuk menjawab salam tersebut.[2]
[Lihat Tuhfat al Muhtaj Fi Syarh al Minhaj: 9/225]
Namun begitu menurut Imam Nawawi lagi bahawa sebahagian ulama mazhab Syafie berpendapat tidak sah memberi salam selain dari lafaz bahasa arab, dan sebahagiannya mengatakan sah. Oleh itu lebih utama jika keluar dari masalah khilaf iaitu mengambil pendapat yang lebih selamat dengan mengucapkan salam sepertimana yang dianjurkan oleh sunnah Nabi SAW demi menjamin ganjaran pahala.
[Lihat al-Majmu’ Syarh Muhazzab: 4/599]
Kesimpulan
Agama Islam menganjurkan kepada penganutnya untuk menegur sapa dengan lafaz ucapan ‘assalamualaikum’ yang bermaksud salam sejahtera ke atas kamu, dan ini merupakan salah satu dari sunnah Nabi SAW. Tidak salah untuk menggunakan perkataan ‘shalom’ secara lafaz, tulis, dan perbuatan untuk menyapa orang lain kerana ucapan shalom juga bermaksud aman dan sejahtera dalam bahasa ibrani, dan menjadi ucapan yang dianjurkan dalam agama Yahudi sebagai doa kepada orang lain. Namun begitu sebagai umat Islam, seseorang muslim wajar menghidupkan Sunnah Nabi SAW dengan melafazkan bentuk lafaz yang dianjurkan oleh Baginda. Di samping itu juga, setiap muslim perlu mengelakkan segala kelakuan yang boleh menimbulkan fitnah dari masyarakat sekeliling. Contohnya jika ucapan “Shalom” itu menyebabkan buah mulut dan sangkaan buruk dari orang sekeliling makai a sepatutnya dielakkan. Alangkah baik dan murninya ucapan salam itu dikekalkan dengan kalimah asal “Assalamualaikum” yang telah diajar oleh Rasulullah. Wallahua’lam.
[1] Doug Hershey, ‘The True Meaning of Shalom’, Fellowship of Israel Related Ministries, 2020, https://firm.org.il/learn/the-meaning-of-shalom/
[2] وَلَوْ سَلَّمَ بِالْعَجَمِيَّةِ جَازَ وَإِنْ قَدَرَ عَلَى الْعَرَبِيَّةِ حَيْثُ فَهِمَهَا الْمُخَاطَبُ وَوَجَبَ الرَّدُّ
 
Sumber: muftiwp.gov.my
The post Hukum Penggunaan Ucapan ‘Shalom’ appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/hukum-penggunaan-ucapan-shalom/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Ganti Penggunaan Sinovac Mula Guna Pfizer Sepenuhnya Bulan Depan

Kelantan Ganti Penggunaan Sinovac Mula Guna Pfizer Sepenuhnya Bulan Depan

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 208 hits
BAKAL penerima vaksin Covid 19 di negeri Kelantan akan menerima vaksin jenis Pfizer bermula bulan Ogos Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Husin berkata penggunaan Pfizer adalah untuk menggantikan bekalan Sinovac dengan kadar...
Rsdc Wisma Atlet Kaji Penggunaan Oxygen Generator Penuhi Kebutuhan Oksigen Pasien

Rsdc Wisma Atlet Kaji Penggunaan Oxygen Generator Penuhi Kebutuhan Oksigen Pasien

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 192 hits
Koordinator RSDC Wisma Atlet Kemayoran Mayjen TNI Tugas Ratmono menerangkan Oxygen Generator ini berfungsi memurnikan oksigen dari udara menjadi oksigen berkadar di atas 90 persen
Sultan Brunei Pelopor Penggunaan Vaksin Ketuhanan

Sultan Brunei Pelopor Penggunaan Vaksin Ketuhanan

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 191 hits
BANDAR SERI BEGAWAN Jabatan Mufti Kerajaan Jabatan Perdana Menteri menerbitkan buku bertajuk Raja Brunei Pelopor Penggunaan Vaksin Ketuhanan Pelita Brunei melaporkan majlis pelancaran buku tersebut disempurnakan Mufti Kerajaan Yang Berhorma...
Soroti Penggunaan Masker Di Dagu Ridwan Kamil Balas Lawakan Densu Uya Kuya Dengan Gaya Khaby Lame

Soroti Penggunaan Masker Di Dagu Ridwan Kamil Balas Lawakan Densu Uya Kuya Dengan Gaya Khaby Lame

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 202 hits
Sebelumnya Denny Sumargo dan Uya Kuya menanggapi larangan menurunkan masker ke dagu saat makan melalui sebuah video yang viral di TikTok
Beberapa Kesalahan Umum Penggunaan Grammar

Beberapa Kesalahan Umum Penggunaan Grammar

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 264 hits
Dalam belajar Bahasa Inggris pasti sering menemukan kesalahan umum penggunaan grammar Grammar atau struktur tata bahasa menjadi hal yang penting untuk diperhatikan Terutama dalam hal kepenulisan karena bisa mempengaruhi kredibiltas tulisan ...
Cara Mengurangkan Penggunaan Data Semasa Panggilan Suara Dan Video Whatsapp

Cara Mengurangkan Penggunaan Data Semasa Panggilan Suara Dan Video Whatsapp

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 607 hits
Anda mesti ingin mengurangkan penggunaan data semasa panggilan Whatapp ada menyediakan option untuk menjimatkan lagi data ketika berhubung dengan sesiapa iOS dan android boleh mengikuti langkah yang sama Dibawah saya bagi panduan untuk meng...
Mengapa Ucapan Tulisan Presiden Pas Kena Troll

Mengapa Ucapan Tulisan Presiden Pas Kena Troll

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 251 hits
ZOLKHARNAIN ABIDINAda orang kata awat dok fokus misalan kera dan tupai pada tulisan Presiden Pas Banyak lagi isi tulisan dia pasai apa tak ambil buat perbincangan Pi ambik kera dan tupai pasai apa Ginilah Saya cerita diri saya bukan orang l...
Banyaknya Kek Lara Si Cilik Lara Alana Dah 7 Tahun Awal Titip Ucapan Indah

Banyaknya Kek Lara Si Cilik Lara Alana Dah 7 Tahun Awal Titip Ucapan Indah

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 304 hits
Siapa yang tidak kenal Lara Alana anak pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang mempunyai jumlah pengikut di Instagram yang cukup ramai Pejam celik pejam celik rupanya Lara Alana kini sudah pun berusia tujuh tahun pada 22 Julai l...
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Resepi Char Kuew Teow Udang

Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim