Hasrat Yang Menjengkelkan


Munsyi Md Rasul bin Haron
@Memartabatkan Bahasa Melayu
Bahagian Matrikulasi KPM
Putrajaya
3 Jun 2019
KEBITARAAN BAHASA MELAYU
SARJANA Belanda, Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai yang berikut:
“Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa Lingua Franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina.”
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu telah mengalami proses perkembangan yang begitu pesat. Sejak merdeka, bahasa Melayu telah dinaikkan martabat sebagai bahasa kebangsaan yang menggantikan bahasa Inggeris yang ketika itu menjadi bahasa rasmi tunggal negara, dan dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan dari peringkat rendah hingga ke peringkat menengah tinggi sampai ke peringkat pengajian tinggi. Selain itu, bahasa Melayu menjadi pendukung dan berperanan sebagai bahasa perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan beragam bahasa.
HASRAT YANG MENJENGKELKAN
Kerajaan Sarawak yang bersedia melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris bermula dengan murid Tahun Satu di sekolah kebangsaan (SK) seluruh negeri, tahun depan amat menjengkelkan.
Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong, berkata ada sejumlah 1,265 sekolah rendah di negeri ini, termasuk 1,046 SK yang akan mengambil bahagian dalam program itu.
Manakala baki 219 pula adalah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang lebih cenderung meneruskan PdP subjek berkenaan menggunakan bahasa Mandarin.
Oleh hal yang demikian, Sarawak perlu melatih 2,657 guru, tahun ini, yang akan mengajar Matematik dan Sains Tahun Satu pada tahun depan. Daripada jumlah itu, 1,005 akan dilatih untuk mengajar Sains dalam bahasa Inggeris, 1,275 bagi Matematik dan 377 lagi kedua-dua subjek.
Perendah martabat bahasa Melayu ini juga memaklumkan bahawa bagi tahun berikutnya, seramai 7,508 guru akan menjalani latihan untuk mengajar dua subjek berkenaan kepada murid Tahun 2 hingga Tahun 6. Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), murid diberi pilihan menjawab soalan dalam bahasa Inggeris atau Melayu, yang mana lebih selesa bagi mereka.
Menurut pakar memperlekehkan bahasa Melayu lagi, program tersebut disokong dan dibantu oleh Kementerian Pendidikan kerana ia adalah idea Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya sekolah memilih untuk menjalankan PdP dua subjek berkenaan dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.
Kerajaan negeri sanggup memperuntukkan RM9 juta bagi menjayakan program ini yang bukan dasar pun.
PPSMI GAGAL
Kajian DBP, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pembina mengesahkan PPSMI gagal sebelum dimansuhkan 2012 dan tidak patut kerajaan sekarang mengulangi semula kesilapan.
Penguasaan Bahasa Inggeris hendaklah ditingkatkan melalui mata pelajaran itu sendiri. Pelajarilah dari negara lain melaksanakan sistem pendidikan dalam bahasa kebangsaan mereka sendiri sebagai bahasa penghantar seperti Jerman, China, Belanda, Perancis, Jepun dan Korea.
Menurutnya, UNESCO dalam piagamnya menegaskan keberkesanan pendidikan adalah menggunakan bahasa sendiri.
Sebagai Munsyi Dewan (Bahasa), saya TIDAK BERSETUJU bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dalam Sains dan Matematik untuk penguasaan Bahasa Inggeris kerana ia melibatkan subjek yang berbeza.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pajatsong.blogspot.com/2019/06/hasrat-yang-menjengkelkan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+WadahPajakSong+(WADAH+PAJAK+SONG)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Umno Tebrau Selar Hasrat Zahid Hamidi Untuk Kembali

Ketua Umno Tebrau Selar Hasrat Zahid Hamidi Untuk Kembali

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 481 hits
JOHOR BAHRU Ketua UMNO Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang menyelar tindakan penyokong Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berhasrat membawa balik beliau daripada bercuti dan mengambil semula tugas sebagai Presiden UMNO Maulizan berkata...
Syed Saddiq Dedah Hasrat Manchester Beli Pasukan Bolasepak Di Malaysia

Syed Saddiq Dedah Hasrat Manchester Beli Pasukan Bolasepak Di Malaysia

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 346 hits
Pemilik pasukan Liga Inggeris Manchester City sedang memikirkan kemungkinan membeli sebuah pasukan bola sepak di Malaysia kata Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Perkara ini merupakan salah satu daripada dua pera...
Polis Hasrat Melaram Barang Kemas Lnaru Lebur Akibat Ditipu

Polis Hasrat Melaram Barang Kemas Lnaru Lebur Akibat Ditipu

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 270 hits
KUANTAN Hasrat seorang wanita untuk melaram barang kemas baharu lebur apabila diperdayakan penjual emas yang hanya dikenalinya menerusi laman sosial Facebook sekitar Februari lepas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd W...
Ain Afini Pertimbangkan Hasrat Pu Abu Ingin Rujuk Semula

Ain Afini Pertimbangkan Hasrat Pu Abu Ingin Rujuk Semula

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 427 hits
Kemelut rumah tangga Pencetus Ummah Abu dengan bekas isteri Ain Afini sudah pun berakhir apabila pasangan itu disahkan bercerai talak dua The post appeared first on
Saya Tidak Menyesal Wanita Ini Pendam Hasrat 10 Tahun Untuk Memeluk Islam

Saya Tidak Menyesal Wanita Ini Pendam Hasrat 10 Tahun Untuk Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 277 hits
WALAUPUN diceraikan suami selepas mengambil keputusan memeluk Islam namun saya tidak menyesali tindakan itu kerana ketenangan yang diperoleh luar biasa kata Nur Amalina Ong Abdullah 42 Nur Amalina atau nama sebenarnya Ong Po Swan berkata su...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Wordpress Block Patterns Give You Superpowers

Video 2 Helikopter Bertembung Ketika Raptai Di Pangkalan Tldm Lumut

9 Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Status Puasa Qadha Puasa 6 Syawal

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas

Lirik Lagu Kembali Pulang Feby Putri Ft Suara Kayu