Hargai Orang Di Sekeliling Kita



Kehidupan manusia di dunia ini tidak lama. Bila-bila masa sahaja kita boleh pergi dijemput oleh Ilahi. Maka, sebagai manusia, perbanyakkanlah amalan kita supaya kita boleh selamat di akhirat sana. Jika berkemampuan, taburlah bakti dan budi kepada keluarga dan masyarakat. Selain itu, hargailah orang yang berada di sekeliling kita.

Orang yang berada di sekeliling kita seperti keluarga, jiran dan kawan hendaklah kita hargai. Mereka ialah orang-orang yang mewarnai hari-hari dalam kehidupan kita. Tanpa mereka, pastilah kita akan berasa bosan. Tanpa mereka juga, pastilah tiada siapa yang dapat menolong kita ketika kita berada dalam kesusahan.

Maksud menghargai yang saya nyatakan di sini ialah sentiasa bercampur dan bergaul mesra dengan mereka. Selain itu, binalah hubungan yang baik dengan mereka. Usah menimbulkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan hubungan kita dengan mereka menjadi keruh.

Bagi kita yang masih mempunyai ibu bapa, seringlah menziarahi ibu bapa seandainya kita tinggal berjauhan dengan mereka. Bagi yang tinggal bersama ibu bapa, janganlah asyik terperap sahaja di dalam bilik dan bermain telefon pintar. Kerap-keraplah ke ruang tamu untuk berbual mesra bersama ibu bapa sambil menonton televisyen.

Bagi orang yang mempunyai adik beradik, binalah hubungan yang baik dengan mereka. Janganlah bersengketa hanya disebabkan oleh hal yang remeh temeh seperti merebut harta pusaka misalnya. Ramai adik beradik di dunia ini yang bermasam muka gara-gara tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka yang dibuat oleh ibu bapa.

Apabila tiba hari raya, rajin-rajinkan diri untuk pergi menziarahi mereka. Jika ada rezeki lebih, berilah sedikit kepada mereka. Apabila mereka berada dalam kesusahan, jika berkemampuan, hulurkan bantuan kepada mereka. Jika terdapat adik beradik kita yang menyambut hari lahir, meskipun tidak pergi menyambutnya bersama-sama, sekurang-kurangnya berilah sedikit ucapan meskipun hanya dalam aplikasi WhatsApp.

Bukan mudah kita hendak bertemu dengan jiran yang baik menghuni kiri dan kanan rumah kita. Jika bertemu yang baik itu, hargailah dengan sepenuh hati. Sama seperti adik beradik tadi, jika ada rezeki lebih, berilah sedikit kepada mereka. Jika mereka dalam kesusahan, hulurkan bantuan kepada mereka.

Paling penting dalam hidup berjiran ini ialah saling menghormati antara satu sama lain. Hak-hak jiran hendaklah sentiasa dijaga oleh sesiapa sahaja. Jika kita saling menghormati dan saling menjaga hak, pastilah hidup kita dan akan berada dalam keadaan aman dan harmoni.

Perkara yang tidak disukai oleh jiran seperti membuat bising pada waktu malam, membuang sampah di halaman rumah jiran, memakir kereta di hadapan rumah jiran dan sebagainya janganlah kita lakukan. Jika kita terlanjur melakukannya, segeralah memohon maaf. Jangan sesekali menunjukkan ego kita pada jiran.    

Dalam dunia ini tidak ramai orang yang mempunyai sahabat. Ramai orang mempunyai kawan tetapi tidak ramai yang mempunyai sahabat. Jika kita tergolong dalam kalangan yang mempunyai sahabat, maka bersyukur dan hargailah sahabat kita. Jangan melakukan perkara-perkara yang boleh mengeruhkan persahabatan.

Seandainya kita tidak mempunyai sahabat sebaliknya hanya mempunyai kawan, maka hargailah kawan kita. Kawan pun antara orang yang boleh membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan. Fungsi kawan meskipun tidak sepenuhnya berupaya menjadi sahabat, tetapi separuh fungsi sahabat itu akan ada pada kawan. 

Seperti yang telah saya nyatakan di awal artikel ini, manusia itu hidupnya tidak lama. Maka atas sebab itulah saya meminta kita semua ini untuk menghargai ibu bapa, adik beradik, jiran dan sahabat kita. Bila-bila masa sahaja mereka semua itu boleh pergi dijemput oleh Ilahi. Jika mereka dijemput Ilahi di saat kita tidak menghargai atau tidak banyak meluangkan masa bersama mereka, pastilah kita yang akan rugi dan menyesal.

Manusia ini kebanyakannya selalu tidak mempedulikan sesuatu yang berada di depan mata tetapi mula berasa rindu apabila sesuatu itu sudah pun tiada. Maka, nasihat saya, janganlah jadi manusia sebegitu. Hargai dan sayangilah orang yang berada di sekeliling kita. Apabila mereka sudah tiada nanti, maka kita tidaklah berasa terlalu rugi.  



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2020/04/hargai-orang-di-sekeliling-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mcdonald S Malaysia Menaja Makanan Hargai Petugas Barisan Hadapan Covid 19

Mcdonald S Malaysia Menaja Makanan Hargai Petugas Barisan Hadapan Covid 19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 394 hits
hai assalammualaikumMcDonald s Malaysia Hargai Petugas Barisan Hadapan COVID 19 McDonald s Malaysia menaja makanan untuk kira kira 50 hospital di seluruh negara secara berkala dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Ini adalah masa yang me...
Hargai Petugas Hospital Altimet Belanja Pizza

Hargai Petugas Hospital Altimet Belanja Pizza

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 132 hits
Altimet menerusi Instagram meluahkan penghargaannya terhadap petugas hospital yang bertungkus lumus menangani pesakit Covid 19 Sebagai penghargaan Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad menyumbang beberapa kotak p...
Lihatlah Sekeliling Kita

Lihatlah Sekeliling Kita

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 110 hits
Masturah YusoffAda peniaga kecil nasi lemak di tepi jalan termenung Jualan sudah tiada 3 hari Pampers dan susu anak Apetah lagi stok makanan Sudah makin susut sekali Suami cuba berfikir Bagaimana nak cari belanja rumah Di saat kawalan perge...
Hargai Jasa Dan Pengorbanan Artis Kerana Mereka Menjadi Penghibur Anda Selama Ini

Hargai Jasa Dan Pengorbanan Artis Kerana Mereka Menjadi Penghibur Anda Selama Ini

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 267 hits
Pergi mati lah hiburan Quality time dgn family lagi bagus Kerja dah 9 jam balik boleh tgk netflix series Hujung minggu beriadah dgn anak anak Ada kesah pasal hiburan artis Sila meninggal Hargai jasa dan pengorbanan artis kerana mereka menja...
Warga Felda Terengganu Hargai Kecaknaan Menteri

Warga Felda Terengganu Hargai Kecaknaan Menteri

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 138 hits
oleh NARAZA MUDADengan kecaknaan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyalurkan sumbangan dari FGV Holdings Berhad terus kepada Ahli Parlimen yang mempunyai kawasan Tanah Rancangan FELDA di Teren...
Hargai Suami Anda Nak Tahu Kenapa

Hargai Suami Anda Nak Tahu Kenapa

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 312 hits
Tahukah anda Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar tapi kerana rasulullah saw melakukannya Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan i...
Hiburan Hargai Jasa Frontliners Tomok Hulur Bantuan Makanan

Hiburan Hargai Jasa Frontliners Tomok Hulur Bantuan Makanan

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 456 hits
Tidak kira hujan atau panas tanpa mengerti penat lelah petugas barisan hadapan tetap teguh menjadi dinding serta perisai melindungi rakyat Malaysia bagi mengawal penularan wabak COVID 19 Sudah masuk hari ke 15 PKP dilaksanakan pengorbanan d...
Netizen Hargai Muhyiddin Syukur Sangat Aku Di Malaysia

Netizen Hargai Muhyiddin Syukur Sangat Aku Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 177 hits
AYAT AYAT bersahaja diungkapkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan pakej rangsangan ekonominya menarik tumpuan netizen Pendekatan Muhyiddin ketika menyampaikan maklumat kepada masyarakat kini ditunggu tunggu selain imb...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat

Mahathir Sepatutnya Hadapi Sprm Seperti Anak Jantan



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur

Top Commentators March 2024 Tahniah Blogger Na