Hantu Hantu Berkampung Di Cornwall



Pelbagai kisah seram dan mistik seolah-olah sentiasa menyelubungi segenap ruang bumi Cornwall, wilayah paling hujung di kepulauan British ini.


Antara pusat penginapan yang terkenal dengan kisah seram itu berlaku di Jamaica Inn, Bolventor, berdekatan daerah Bodmin.

Nama hotel ini turut diabadikan sebagai tajuk  novel karya Daphne du Maurier, novelis terkanal berasal dari London serta filem seram Alfred Hitchcock.

Novel Jamaica Inn
Sehingga hari ini, ramai menginap Hotel Jamaica Inn mendakwa mereka berasa tidak selesa dengan kemunculan hantu seorang pelayar yang dipercayai mati dibunuh dilihat menghabiskan minuman di bar hotel.


Jelmaan pelayar ini dilihat kerap memasuki bar dan memesan minuman. Setelah menghabiskan minumannya, jelmaan pelayar ini keluar, lalu hilang di celah-celah kegelapan malam di Bodmin.

Bagaimanapun, kisah hanti paling popular yang sering muncul di Hotel Jamaica Inn ialah hantu pelayar berpakaian seperti kostum kurun ke 18.


Hantu pelayar ini dilihat kerap muncul dan selalu bersandar di dinding legar hotel berkenaan ketika larut malam.

Sering kali penghuni terserempak dengan kelibat lebih dari 'seorang' hantu di kawasan itu. Ada penghuni mendakwa melihat kelibat 'seorang' penunggang kereta kuda pada kurun ke 18 verlegar-legar di hadapan lobi lalu ghaib menembusi dinding hotel tersebut.

kejadian aneh yang dilaporkan itu didakwa berlaku pada waktu berbeza. Menariknya, setiap dakwaan dibuat oleh individu-individu terlibat sama dengan ciri-ciri yang disebutkan tadi. Mereka melihat kelibat penunggang kuda pada kurun ke 18.

Khabarnya, disekitar hotel tersebut juga ada penghuni ternampak kelibat seorang gadis di atas menara hotel, berjalan-jalan mundar-mandir kemudiaan ghaib.

Kelibat gadis yang dinyatakan itu merupakan roh seorang gadis yang terbunuh akibat terjun dari menara hotel tersebut kerana cintanya terputus di tengah jalan. Kisah gadis membunuh diri itu menjadi cerita klasik di kalangan penduduk setempat.

Satu lagi keanehan berlaku  melibatkan haiwan pelihranaan seperti anjing, kucing di perkampungan Lanreath.

Sering kali dilihat haiwan-haiwan ini mengejar bayang-bayang seolah -olah mengekori roh-roh yang berkeliarandi hotel tersebut. Anehnya tiada siapa ternampak jenis hantu apakah yang dikejar anjing dan kuti itu,

Duporth, sebuah daerah kain di runag Cornwell terdapat sebuah rumah agam usang tinggalan biarawati yang menetap disitu.

Selepas rumah agam tersebut kosong, penduduk setempat mendakwa terdengar pelbagai bunyi-bunyian yang pelik hampir setiap hari.

Antaranya, bunyi percikan mancis, laci disorong masuk dan keluar tanpa diketahui puncanya. Setelah rumah agam itu dirobohkan dan dibina sebuah rumah tumpangan, lain pula halnya terjadi.

Penduduk setempat ternampak pula kelibat biarawati ataupun roh digelar  "Flo" menjelma di sudut-sudut ruang di rumah tumpangan tersebut.


Bilik-bilik kosong yang tidak berpenghuni itu dikatakan menjadi kediaman rasmi roh-roh Flo. Kadang-kadang terdengar bunyi mesin jahit berputar, dapur dihidupkan dan banyak lagi bunyi-bunyian yang pelik seolah-olah bilik-bilik yang kosong di situ berpenghuni.

Menariknya, apabila pekerja di rumah tumpangan itu menegur agar dihentikan bunyi-bunyian yang menyeramkan, roh-roh tersebut akur dan suasana kembali sunyi sepi.

Selain daerah-daerah yang dinyatakan tadi, Teluk Blackwall Cove yang terletak di Utara Cornwall paling banyak meragut nyawa. Misteri perlanggaran itu masih menimbulkan tanda tanya.

Diberitakan, banyak kapal dagang yang berlabuh di perairan teluk ini kononnya berlanggar dengan batu-batan di persisiran pantai berkenaan.

Berdasarkan faktor geografi, teluk ini bukanlah lokasi yang strategik untuk kapal-kapal berlabuh kerana lokasinya yang amat berbahaya. Ia digunakan penyeludup-penyeludup sebagai pelabuhan alternatif bagi memasuki perairan Cornwall sebelum membawa barang dagangan ke tanah besar.

Ada sebuah lagi kisah seram dialami berlaku oleh seorang penduduk semasa melalui jalan raya yang menghubungkan antara pekan Mevagissey dan pekan Truro.

Kejadian pelik ini dialami olef Cliff Hocking yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke hospital di Truro untuk melawat isternya yang sakit.

Sedang membelok keretanya melalui jalan yang bengkang-bengkok itu, tiba-tiba muncul kereta kuda lama meluru ke arah Cliff dari arah yang berbeza.


Dalam keadaan panik itu, Cliff tidak mampu untuk berbuat apa-apa. lelaki itu memijak pedal brek  sambil meletakkan lengannya di muka untuk melindungi impak pertembungan tersebut.

Selang beberapa saat, Cliff mengalihkan lengannya setelah menyedari tiada apa-apa kemalangan yang berlaku.

Anehnya, tiada sebarang perlanggaran, kereta kuda di hadapannya lenyap dari pandangan!



Gambaran yang dilihat Cliff ketika itu amat jelas. Dia dapat melihat seorang lelaki yang sedang menunggang kereta kuda itu memakai kot berkolar panjang di lehernya.

Bersebelahan penunggang itu pula ada seorang pengawal yang memakai kot berwarna merah, bertopi tinggi berwarna hitam sambil membunyikan hon bertalu-talu,

Kejadian aneh tersebut amat mengejutkan warga Cornwell kerana kereta kuda yang dinyatakan Cliff itu mirip dengan kereta kuda yang digunakan oleh perkhidmatan penghantaran surat pada kurun ke 18.

Kejadian-kejadian aneh dan magis terus diperkatakan orang dan ia menjadikan sebahagian warisan bumi Cornwall, kekal diselebungi misteri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/04/hantu-hantu-berkampung-di-cornwall.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Dikejar Oleh Hantu Lorong Yang Amat Menakutkan Dreadout Act 1 Part 3

Aku Dikejar Oleh Hantu Lorong Yang Amat Menakutkan Dreadout Act 1 Part 3

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 293 hits
StayHome and play games WithMe Assalamualaikum Hairangers Baru aku tahu Hantu Lorong sangat menakutkan Gameplay Dreadout dari Indonesia ini tak pernah mengecewakan aku untuk menakutkan aku dreadout dreadoutact1 dreadoutending dreadout1 drea...
Bukan Hantu Lah

Bukan Hantu Lah

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 193 hits
Ahmad Rabiul Zulkifli MASIH ramai orang terutama remaja yang keluar malam dan tidak patuh arahan saya mengambil pendekatan memuat naik gambar itu di Facebook kata Muhammad Urabil Alias 38 dari Chukai Gambar Muhammad Urabil berpakaian sepert...
Tak Hanya Purworejo Di Malaysia Juga Ada Hantu Cegah Corona

Tak Hanya Purworejo Di Malaysia Juga Ada Hantu Cegah Corona

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 97 hits
Malaysia pun memiliki cara yang sama seorang pria dari Chukai Terengganu ini viral di media sosial Ia memakai kostum hantu untuk menakut nakuti warga agar tidak berkumpul dan melakukan karantina mandiri
Puaka Rumah Hantu

Puaka Rumah Hantu

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 75 hits
Pengalaman ini aku lalui bersama tiga orang sahabat baikku Azhar Asyraf dan Halim sewaktu kami berada di Melaka Ketika itu kami baru sahaja selesai menduduki peperiksaan STPM Kami rasa seolah olah baru merdeka Dengan itu kami bertiga buat r...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Pilihan Allah Pasti Terbaik Kita Tidak Bisa Memaksa Pilihan Kita Kepada Allah

True Wallet Live22 Top 53 By Nellie Live22slot Fun 29 Jun 2024

Konfflik Irael Iran 3 Suasana Terkini

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Bercakap Dengan Jun

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar