Gurindam Seloka Orang Dibicara



A Kadir Jasin بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.  Tiga senasib: Burung sewarna berkumpul bersamaSEORANG sahabat Punjabi Malaysia – yang kerap disalahpanggil Bengali – menghantar salinan layar (screenshot) Twitter yang mengandungi pengenalan Ahmad b Maslan @ahmadmaslan.
Salinan layar atas nama Ahmad b Maslan @ahmadmaslan itu mengandungi gurindam berbunyi:
“Panglima berani pantang kalahBadan sasa kehitamanSaya ini tidak bersalahJadi mangsa kezaliman.”
Ia disertai pesanan: “Dengan rendah diri saya mohon rakan2 seluruh negara agar mendoakan saya & semua yang dizalimi agar dibantu dlm perjuagan yg penuh cabaran berdepan dengan penguasa rejim yg zalim ini.”
Kebetulan, hari ini seorang dengan nama yang sama – Datuk Seri Ahmad bin Maslan – yang berupa Ahli Parlimen Barisan Nasaional (BN) Pontian dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA).
Turut dibawa ke mahkamah atas tuduhan yang sama adalah Tan Sri Shahril Abdul Samad, bekas Wakil Rakyat BN Johor Baru yang juga bekas Pengerusi Felda. Dia menghadapi satu tuduhan.
Sama ada tampalan Twitter itu benar-benar milik Ahmad Maslan atau tidak, saya tertarik dan ingin membalas gurindam empat rangkap itu:
“Panglima berani usah gelabahBelum dibicara, belum salahKalau tuan tidak buat jenayahPenguasa zalim tentu kalah.
“Dulu tuan sangatlah beraniCakap besar satu negeriMangaku duit Najib yang bagiSebab tuan amat dipercayai.
“Tuan sombong bukan kepalangCakap besar macam hulubalangSemua musuh tuan ganyangPertahan Najib malam dan siang.
“Tuan jawablah kepada mahkamahSeandainya tuan tidak bersalahJanganlah tuan berhati gundahSegala tuduhan berjaya disanggah.
“Tapi kalau tuan buat jenayahDuit rakyat tuan belasahSilalah tuan cari helahAndai tidak ke penjaralah arah.
“Jika takdir tuan masuk penjaraJangan gundah, janganlah hibaKepakaran tuan amat berhargaTuan masak, banduan semua gembira.
Kepakaran berguna: Ahmad Maslan pandai memasak“Selamat tuan membela diriPandai bertabuh pandailah menariJangan salahkan kepada bumiKalau rentak tidak menjadi."
Akhir kalam dan dengan izin: “Manungsa mung ngunduh wohing pakarti.”
Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2020/01/gurindam-seloka-orang-dibicara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Lapis Gurindam Jiwa

Resepi Lapis Gurindam Jiwa

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 1578 hits
LAPIS GURINDAM JIWABy CakeNyamanLoyang 8 5x8 5x3 5 BAHAN BAHAN 500gm Butter 50gm gula kastor halus 350gm susu pekat 10biji telur gred AA 1tin kecil sri kaya 50gm nestum yg di kisar 50gm coffemate creamer 450gm susu tepung nespray 200gm horl...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik